Showing posts with label kecuaian diri sendiri. Show all posts
Showing posts with label kecuaian diri sendiri. Show all posts

Friday, 20 April 2012

Bahaya Memandu Memakai High Heel

korang masa memandu jenis yang :
a) berkaki ayam
b) pakai selipar
c) pakai high heel
d) pakai sandal - tapak rata

mana satu pilihan korang
atau semuanya korang sapu masa memandu
macam aku tengok apa yang aku sarung masa keluar dari rumah
tapi kebanyakkan masa memang pakai high heel

hari rabu yang lepas
singgah sebentar ke rumah adik aku Lini
nak masuk simpang ke rumahnya memang bahaya skit
sebab selekoh 
bahaya pada diri kita yang dalam kereta
boleh kena langgar dari belakang ataupun kena hentam dari hadapan
memang kena cekal skit hati nak masuk lorong ke Ladang Baru nie

bila tiba masanya aku nak masuk - confident kereta sudah tiada
tetiba aku stuck tengah jalan
sebab tumit aku tersangkut
tak boleh nak tekan minyak
uwaaaaaaaaa
aku macam tak boleh nak fikir apa-apa time tu
tetiba lori datang - memang aku ingat dah nak mati time tu
Ya Allah
terus aku teringat pada umairah, umar dan sayang
baru tersedar
secepat kilat aku bongkok dan campak ke tepi high heel aku
terus aku tekan minyak - menderum bunyi kereta aku
Ya Allah aku lepas jea lori pun lalu
Ya Allah masih panjang lagi nyawa aku - Syukur

rasa menggigil jugak badan aku time tu
lepas nie tobat nak pakai lagi high heel time memandu
kena letak selipar dalam kereta
ataupun berkaki ayam jea time memandu
selamat

korang ada pengalaman macam aku nie tak....



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 12 April 2012

Kemalangan

selamat kembali bekerja semula
semalam cuti Pertabalan Agong
korang pergi ke mana sahaja
berjalan-jalan ker atau duduk di rumah sahaja
macam aku memula plan memang nak bawak anak-anak berjalan ke luar
pergi ke taman ker atau tengok wayang ker
tapi sayang cakap dia kena kerja emmmm punah plan aku
jadi semalam duduk di rumah bersama dengan anak-anak jea la

jadi bila sudah terperap di rumah
kena lah buat apa-apa yang patut
memandangkan adik lelaki aku akan bertunang 29hb nie
kena la mengemas rumah dari skang nie..buka langsir..buang sawang..
nak tunggu hujung minggu nie tak boleh sebab aku balik ke sijangkang
minggu depannya plak aku ada class
minggu depannya lagi adik aku dah bertunang emmmm rasa macam sekejap jea
jadi baik mengemas apa yang patut dari skang nie

dah buka langsir semuanya
buang sawang di celah-celah dinding
bila bahagian depan sudah siap
mengemas laks di bahagian belakang
biasanya kalau rumah yang kita bina
mesti ada laluan untuk ke bahagian bumbungkan
jadi penutup lubang untuk naik keatas nampak macam senget
dalam fikiran aku..baik betulkan takut jatuh kena orang lain laks
jadi aku jolok lubang tu bagi nak centerkan semula
tapi salah jolokan aku tetiba penutup lubang tu jatuh
terus kena kepala aku..tak sempat nak elak sebab terjadi tetiba sahajakan
hah amik ko aku rasa macam nak pitam time-time tu jugak
terus terduduk aku dibuatnya
rasa macam dah ok bangun sekejap
terus duduk di sofa di depan
memang rasa dah lain macam tapi tetap buat bodoh jea

sapu sampah sawang kat bahgaian depan
ubah semula perabot di depan - dalam sakit2 tu sempat lagi ubah perabot
siap semuanya terus mandi
lepas mandi aku rasa badan dah seram sejuk
sah aku terus demam..kaki tangan semuanya sejuk
masuk bilik terus tidor berpelukan dengan umar

sampai ke malam aku demam
dalam hati terfikir gak nak amik MC untuk hari nie
tapi macam berat hati laks nak MC - tu yang datang jugak ke tempat kerja
rasa satu badan sakit bisa dan sengal-sengal
sayang tolong urutkan
paksa gak aku pergi klinik
aku jea malas nak pergi - seyes tak larat nak bawak badan
malam tadi family aku buat BBQ pun
aku nak telan ayam pun tak boleh nak telan
rasa macam nak muntah jea
jadi duduk di luar sekejap terus masuk ke dalam rumah semula
berselimut tebal baring depan tv

nasib baik la bangun pagi nie
badan dah ok skit
Alhamdulillah
harap takder apa-apa yang terjadi
ke atas diri aku nie InsyaAllah


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi