Saturday 6 April 2013

Pendaftaran Darjah Satu untuk Umairah

khamis lepas
sebab aku ambil cuti ialah untuk uruskan hal pendaftaran sekolah untuk umairah 
sehari sebelumnya sibuk aku memphotostat segala dokumen yang pihak sekolah perlukan
siap segalanya simpan dalam sampul surat besar
senang bila di sekolah nanti terus serahkan jea pada kerani
tak perlu lagi nak belek-belek dokumen yang diperlukan

ok pada yang masih belum daftar anak yang lahir 2008
korang boleh klik link di bawah
aku terangkan step by step untuk daftar on-line
mudah jea

kami pergi ke sekolah yang telah aku daftarkan
belakang rumah jea sekolah nie hehehehhee
kami pergi pukul 9.00am
daftar cuma ambil masa 15 minute sahaja
memang sekejap
jadi pastikan segala dokumen yang pihak sekolah mahukan sudah tersedia
jadi masa untuk daftar tidak akan lama

umairah paling xcited
sebab sudah tidak sabar nak masuk sekolah
emmmm tunggu yea sayang lagi 2 tahun kakak nak masuk sekolah

--sekolah kebangsaan seri kundang--
yang bakal umairah akan bersekolah pada tahun 2015
In Sya Allah

--xcited melihat kakak-kakak dan abang-abang tengah bersenam--
"ibu kakak nak sekolah sini yea"umairah
"haah"aku
"wah seronoknya bu"umairah

--kami bertiga--

--umairah memakai tag pelawat--


--umar macam takut-takut skit--
nak berkepit jea dengan babahnya

umairah yang xplore semua tempat
sampaikan toilet pun nak check
emmmm kakak nie memang berani
berbeza skit dengan adiknya

--Pejabat--
tempat kami untuk daftar
nasib baik pn.kerani baik dan bersopan melayan segala pertanyaan aku

--kami bertiga--

selamat sudah pendaftaran umairah untuk sesi persekolahan 2015 nanti
tak sabar nak melihat umairah memakai pakaian sekolah
rasa umairah semakin membesar laks
no no no u still my little girl
sayang anak-anak ibu
mmmuahhhh



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

5 comments:

  1. Bubbly & Associates Giveaway telah bermula... sila lihat di sini...

    http://furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/04/bubbly-associates-giveaway_6.html

    dan juga senarai peserta di sini:

    http://furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/04/senarai-peserta-bubbly-associates.html

    sponsors juga boleh join jika mahu! ^_^

    ReplyDelete
  2. ya pun dah daftar untuk sara next year...daftar kt tempat keja ya je..senang nak tgk..malas dah nak hantar sekolah lain....

    ReplyDelete
  3. awal nya dah buat pendaftaran.. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt..

    haha baguslah semangat budak2 nk sekolah..haha ade yg zmn skg budak2 xnak pg sekolah..lg pening kepala nk pikir kan

    regards,
    Unsmiley

    ReplyDelete
  5. My Anis pon dah daftar.. daftar sekolah sama ngan pra sekolah dia.. senang~

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi