Saturday 10 April 2010

Betul Tekaan Aku..Debar Di hati Mengiyakannya

sambung cerita sebelum nie
pagi-pagi tu [31/3/2010] aku dah sampai di opis
biasanya aku akan sampai di opis pada pukol 9.15am
tapi untuk hari rabu tersebut
pukol 8 lebih aku dah ada di opis
terus punch card dan aku terus kemas semua barang aku
barang hak milik aku yang ada di opis
terus aku sumbat masuk ke dalam kotak
selipar buruk pun aku masukkan ajer ke dalam kotak
aku memang taknak tinggalkan apa-apa di opis tu
aku rasa berdebar-debar dari hari selesa tersebut
sayang asyik minta aku selawat selalu dan minta aku berdoa kepada Allah


kerja-kerja yang aku pending
terus aku buat dan failing
kiranya nie adalah 1st time aku siapkan semua kerja
dalam masa yang singkat
mungkin masa dan keadaan yang buat aku begitu
buku diary [buku catata] pun aku bawak balik sekali
ialah nak tinggalkan pun siapa nak gunakan
siap semua barang aku sumbat ke dalam kotak
aku kemas opis dahulu
siap vacaum lagi..memang bersih dan kemas


aku balik ke rumah dahulu
hantar semua barang aku
pastu terus pergi ke citibank dan maybank untuk bank in
cek bos aku tu


sampai di opis
aku buat semua payment voucher
ialah hari lastkan untuk bulan march
jadi kena lah prepare semua payment
termasuk la gaji aku
dalam pukol 4 lebih macam tu baru la bos aku tu masuk opis
muka dia memang macam taik la
aku macam biasa buatkan air teh untuk dia
dan sediakan semua buku akaun dan bil-bil yang perlu di bayar
untuk dapat approve dari dia


bila helen dah balik
dan cuma tinggal aku dan dia sahaja di opis tu
baru la taring kemarahan dia muncul
suruh ambil fail...
aku ambil dan pas pada dia
serta merta marah sebab ada yang salah failing
tapi yang pasti bukan salah aku
salah staff sebelum nie yang buat failing tak betul
tapi itu bukan isu yang besar
sebab dia memang nak cari pasal untuk lebihkan api kemarahan dia
ialah akukan tinggal sorang jadi semua kesalahan mesti la dicampakkan terus pada batang
hidung aku
time staff tu [semua staff la] taknak plak marah-marah
semua ok..bila staff dah berhenti
aku jugak yang jadi mangsa
blame pada aku
yang aku nie tak pandai jaga anak buah
aikkkk ke situ plak
sebelum nie takder plak ko nak check ker..nak tanya ker..kat budak-budak tu
dah selalu sangat jadi macam nie
kiranya nie kali ke 3 aku tinggal di opis nie
setelah budak2 yang lain blah dari situ [sebab tak tahan dengan bos aku tu]
entah sampai bila perangai nak berubah


bila dia tanya aku diam sahaja
ialah aku nak jawab apa bukan kerja aku sebelum nie
sebab sebelum nie dia ada tanya dan aku jawab salah
aku jugak kena maki
baik aku amik jalan mudah dengan mendiamkan diri
tapi langkah aku mendiamkan diri tak selamat bagia ku untuk masa tersebut
sebab serangan terus membuta tuli ke arah aku
satu persatu benda yang tak logik di tanya pada aku
mana la aku nak jawab
sebab staff tu dah berhenti
aku nak jawab apa..BODOH


aku diam dan tundukkan muka
sambil tu aku main-main dengan jari aku
riak muka aku pasti la .... siapa kenal aku pasti tahu memek muka aku macam mana
kalau aku tak suka
orang yang lihat pasti bertambah marah :p


bos aku minta employee file
dalam debar..ialah sebab aku dah keluarkan semua butir tentang diri aku
dia nak tengok tentang staff sebelum nie
bila tengok staff tersebut tiada butir dalam file tersebut lagi la hantu
dalam badan dia berterbangan
aku dudk semula depan dia
tunduk ke bawah
tapi dalam hati dah membara
nak angkat bontot untuk blah jea


bila aku dongakkan kepala
terus bos aku tanya
"u nie nak bekerja lagi ker kat sini" bos
"napa mr.jimmy nak ena kerja lagi ker" aku
"kalau u taknak kerja lagi..tak payah kerja..i buang u kerja skang nie" bos
"ok baik..ena ikut cakap mr.jimmy..mr.jimmy buang ena kan..ena terima" aku

aku terus angkat bontot
amik handbeg
capai kunci kereta
terus meluru keluar
masuk dalam kereta
lock kereta
dari belakang aku tengok jimmy dah kerja aku
terus aku reverse kereta dan blah


call helen apa yang telah aku buat
helen memang sokong la dengan apa yang telah aku buat nie
memang bagus
hp aku terus berdering-dering
jimmy call aku
mr.than pun call aku jugak
memang aku tak angkat la


terus balik ke rumah
2 jam aku kena marah dan maki
tak tahu la napa aku boleh sabar jugak hadap muka cina tu
mungkin aku nak tunggu ayat dia buang aku kerja kot hehehhhee


pukol 6pm sayang sampai
terus aku ceritakan pada sayang
cerita sambil nangis
sayang pujuk aku dan pergi ambil umairah dahulu
aku berkira-kira time tu
nak datang semula ke opis untuk pulangkan kunci opis
@pun bagi pada esok hari sahaja
terus sayang cakap baik bagi sekarang sahaja
dan hati aku terus berdebar-debar
rasa tak sedap hati

dan aku ikut cakap sayang untuk pergi
ke opis semula untuk pulangkan kunci
sampai di sana
aku memang terkejut dan takut


sambung...










Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

5 comments:

  1. adoiyaii ena...dah cam tengok halimah jongang d series pulak...byk nyer continue.... cepat ler....tak sabar nk tau neh

    ReplyDelete
  2. alaaa...ada smbungan ke...cepatlah cite...

    ReplyDelete
  3. alaaa...ada smbungan ke...cepatlah cite...

    ReplyDelete
  4. ei..geram je ngn cina tu! ishhhhhhhhh

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi