Friday 9 April 2010

Hari Yang Paling...Lepas Semua Beban Di Bahu

ceritanya bermula begini
pasti ada yang ternanti-nanti apa cerita
yang berlaku dan apa yang terjadi terhadap diri aku
walaupun kawan baik aku pun
tidak tahu kisah di sebalik semua nie
yang tahu cuma shumie sahaja
yang lain hanya tahu dasar sahaja
detail dan apa yang berlaki tiada siapa yang tahu


aku sudah di BUANG BEKERJA..bagus pun
hehhehehehe lega hati aku
tak payah nak letak jawatan
macam mana dan bagaimana perkara tersebut terjadi
akan aku ceritakan secara terperinci


semuanya bermula dari hari selasa lagi [30/3/2010]
selepas 3 lebih bos aku call untuk bank in 2 cek dia
citibank dan maybank
citibank kalau di kota damansara nie
cuma ada di area the curve sahaja
maybank dekat sahaja dengan opis aku
jadi baik pergi yang jauh dahulu
time keluar dari opis memang dah hujan lebat
tapi disebabkan tanggungjawab
aku keluar jugak menuju ke mutiara damansara
sampai di traffic light sunway damansara
jam dah teruk
aku tersekat dalam jem nak dekat 1 jam 1/2
bos aku pun asyik call aku ada di mana
mesti la aku cakap di kota damansara lagi
pastu dah start marah2 dalam phone
yang buat kerja mudah pun tak boleh nak buat
erkkkk aku yang time tu dah terkedu
aerkkkk apa salah aku nie
pastu terus dia matikan bos
bila aku tengok minyak kereta aku dah menyala untuk di isi
terus aku call bos aku untuk pusing semula
dan akan bank in semula cek citibank esok pagi sahaja
ialah gila la kan untuk aku teruskan perjalanan
jem yang tak gerak-gerak langsung


bila aku cakap macam tu pada bos aku
terus la kena maki lagi
erkkkk salah lagi ker
dia ingat kalau aku pergi jugak
kereta aku tersadai tepi jalan
cek dia dapat jugak ker di bank in kan
kepala otak
aku rasa ada lah dalam 1/2 jam aku dengar bebelan bos aku memekak
di telinga aku


aku terus matikan phone aku
terus jea blah
malas aku nak dengar lagi
buat aku sakit jiwa
time tu aku memang dah menangis la
terus call helen
minta pendapat dia
dia la yang banyak tolong dan tenangkan aku
thanks helen


ambil umairah
terus balik ke rumah
tapi dalam tu aku rasa berdebar2
macam akan terjadi perkara yang buruk pada aku
memang tak sedap hati la


sambung...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

3 comments:

  1. siannya ena...
    bykkan sabaw ye.ada hikmah disebalik apa yg terjadi :)

    ReplyDelete
  2. heheh.. x sabar nk tunggu sambungan na.

    ReplyDelete
  3. fuhh.. ena cepat sambung cerita.. berdebar2 pulak rasa.. geram pun yer jugak..

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi