Tuesday 29 May 2012

Kebaikan Air Suam dan Lemon


rata-rata sarapan pagi rakyat malaysia ialah n.lemak..roti canai dan teh tarik
semuanya berlemak dan manis
mengundang akan penyakit darah tinggi, kencing manis dan obesiti

ketika kesedaran timbul dalam diri aku
kini aku mulakan pagi dengan minuman oats
untuk mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan
Alhamdulillah masih dalam proses mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan

terbaca artikel dan nampak sangat menarik untuk mencuba
jadi aku kongsi kebaikan meminum air suam bersama lemon
bersama teman-teman blogger semua...
setiap pagi  menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut. 


Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja. 

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri. 

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang. 

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda. 

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat. 

Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan. 

Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.

bab yang paling aku suka sudah pasti lah Membantu masalah mengurangkan berat badan..kan kan kan korang pasti setuju :D
jadikan untuk tukar rutik sarapan pagi kepada rutin yang lebih memberikan kesihatan yang baik..hanya diri sendiri dapat membuatnya..tepuk dada tanya selera...
Jom Cuba..




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

2 comments:

  1. lemon mmg bagus untuk detox.. cuci usus..dan memulakan program diet..

    tau.. tapi, makan semacam jugak. hahahaha letih lemon nak detox.

    ReplyDelete
  2. artikel berguna nih. thanks for sharing yunk :)

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi