Saturday 26 May 2012

Korang Kentut kan...

hah jangan tak mengaku plaks korang tak pernah terkentut
kentut sama ada secara sengaja atau tidak sengaja
sengaja bila kita kentut kebiasaannya - kita kentut yang orang tidak akan dengar
tidak sengaja - bila kita kentut orang sekeliling dapat mendengar

korang pernah alami situasi tidak sengaja
konon-konon dapat tahan
kepit punya kepit
tapi terlepas jugak
dan masa kelepas gas kentut tu ada orang sekeliling kita
adakah anda saya sorry
ataupun buat derkkkkkk jea hehehehhe

tapi aku rasa rata-rata orang perempuan akan buat tak tahu jea 
dan buat jea kerja seperti biasa
dan orang sekeliling buat macam tak dengar pun
jadi yang empunya diri yang memperdengarkan kentut tersebut
tidak la rasa malu sesangat
betul tak

pernah tak korang terdengar orang kentut
time tu korang rasa nak tergelak
tapi tahan jea dalam hati
tapi sengih korang tu jea dah lain macam hahahahahha
tak tahan nak gelak tapi kena tahan gak
dan dan tu jugak korang rasa nak terkentut hahahahhaha
sebab tahan gelak

bagi kita yang perempuan
kentut adalah isu yang sensitif
tapi bagi orang lelaki TIDAK
sebab orang lelaki nie bila kentut boleh jadi kebanggan plaks
seyea betul aku tak tipu
siap boleh lawan-lawan kentut lagi
siapa lagi paling kuat ceh hampessssss jea kan

tu belum lagi dah kentut kuat-kuat
siap ada ton ton bunyi kentut lagi
kuat dan panjang..pendek-pendek last sekali macam bunyi tercirittttt
betul tau
orang lelaki nie time bercinta memang korang takkan dengar la BF korang nak kentut depan korang
bila dah kawen hah alami la kejutannya apabila 1st time mendengarnya
hahahhahahaha memang la
sebab suami aku pun macam tu jugak hehehehehhe

Jom baca info pasal kentut nie


Kentut – Dari mana datangnya gas ini?

Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut. Apakah yang membuatkan kentut busuk? Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.
Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyinya bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.

Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?

Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melaluo bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini.
Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

1 comment:

  1. hehhee...mmg kompom akan buat tak tahu je. nak tutup hidung pun tak brani takut org tu malu..hehe. so tahan nafas je la..kuikuikui

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi