sehari sebelum raya lagi umairah sudah tidak sihat
panas badanya sekejap on sekejap off
jadi balik ke Sijangkang memang sudah standby ubat sahaja
tapi petang raya pertama
umairah dah terbaring lesu
kami terus decide kena bawak umairah jumpa doc jugak
merata jugak la mencari klinik
ialah hari pertama rayakan
pasti la kebanyakkan klinik tutup
terus kami pecut pergi ke Klang
nasib baik la ada sebuah klik buka
dapat jumpa doc
cek suhu badan umairah 39 - memang tinggi
dalam mulut umairah penuh dengan ulser
atas bibir pun ada 2 ulser - cian anak ibu
doc cakap panas anak tinggi sangat sebab tu la ulser tumbuh
patut la umairah taknak makan sangat
minum air pun skit-skit jea
bagi ubat demam..batuk..dan ubat sapu ulser
muka tak bermaya umairah
umar macam biasa la
bergerak aktif
nak bagi senyap pun bagi la main games dalam hp
baru akan duduk senyap
kelakar plak tengok muka sayang
siapa yang takut nak jumpa doc nie
balik kami singgah beli air badak
sebab bila minum badan akan rasa sejuk skit
nak cari kelapa mana la ada orang jual air kelapa di petang raya
emmmm umairah oh umairah
setiap raya confirm kami suami isteri akan mencari klinik
bila dapat sapu ubat ulser dalam mulut umairah
baru la umairah dapat makan dan minum skit
sian anak ibu...
kita yang dewasa nie kalau kena ulser pun rasa sakit sambil meleleh air matakan
niekan budak kecik yang tak tahan sakit
sedih aku tengok umairah kena ulser
rasa macam nak bertukar tempat sahaja...
Post a Comment
Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..
0 kata hati: