Thursday 30 August 2012

Semput

pagi tadi sebelum pergi kerja
sudah bawak umar pergi ke klinik
ambil ubat hantar semula umairah ke nursery dan umar di rumah
terus aku pergi ke tempat kerja - masuk lambat skit

balik kerja lambat skit
sampai di rumah mak cakap nafas umar makin  teruk
lepas siap mandi semua
bagi umar minum susu
ok lagi masa tu tak lagi tergerak hati nak bawak umar pergi klinik
tapi tak lama lepas tu umar muntah
terus aku siap-siap bawak anak-anak aku pergi klinik
nak tunggu sayang balik kerja macam lambat sangat
tu yang terus decide bawak jea anak pergi klinik

nasib baik la budak berdua nie tak banyak ragam
just duduk sahaja
sibuk main dengan buih sabunnya
umar memang tak larat la

jadi budak baik sekejap

Alhamdulillah
kali nie 1st time umar sedut gas tak menangis
siap pegang sendiri lagi
lega sangat
syukur Allah permudahkan aku urusan aku di klinik 
dan anak-anak mendengar kata
syukur sangat

lepas sedut gas
dan jumpa doc semula
baru lah pernafasan umar lega

dalam kereta
si kecik nie terus lena

kakak cakap "cian adik"
emmmmm anak-anak nak membesar
memang banyak cabaran

nak kemas beg esok nak berangkat ke Melaka



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

2 comments:

  1. aida serik betul dgn nebulizer tu. nurin se awal umur 1 tahun setengah da kena serangan semput. senang dpt batuk. kena gi spital pantai sedut gas. melalak sekuat2nya. sian... 2010 aida gi kpj kajang. doktor pakar kanak-kanak tu junior kakak masa kat usm. dia suggest satu ubat (mahal!!!) makan 1 biji 1 hari. nurin makan ubat tu selama 4 bulan kot. then pantang makan minum. sejak 2010 tu la nurin da takde sedut gas lagi...

    ReplyDelete
  2. ena, cubalah berubat alternatif. mungkin homeopathy ke. Ain dulu, mmg ada penyakit lelah kronik sampai sekolah rendah. Mak bawa rawatan homeoptahy kat Bangi. Alhamdulillah tak pernah kena dah serangan lelah sampai tua ni.. Cubalah.. Mana tau serasi, kan..

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi