Friday 14 September 2012

Resepi : Kek Batik Biskut Marrie

member baik tempah kek batik dari aku hari nie
balik kerja semalam  terus kelam kabut buat 
sebab siap jea terus hantar ke rumahnya malam tadi
nak hantar pagi-pagi takut aku terlambat jea
dia nak buat makan-makan di ofis
thanks Imah sebab sudi order lagi dari aku :D

resipi nie aku dapat dari MIL adik aku Lini
jadi sesiapa nak buat
boleh la try buat
senang jea nak buah kek nie
tak payah nak bakar-bakar
siap masuk jea dalam fridge
1/2 jam selepas tu sudah boleh ngap masuk mulut :D

kek batik yang siap di potong

suka tengok layer kek nie
cantik jea


Bahan-bahan :
1) 390g biskut marrie - aku guna biskut marrie perisa coffe
2) butter - 250g
3) 1 cwn gula pasir
4) 5 bijik telor
5) 1 cwn milo
6) 1 cwn koko
7) 1 tin susu cair

Cara nak masak :
1) biskut di patah-patahkan
2) masukkan milo, koko, gula, dan susu cair dalam bekas. masak sehingga semuanya sebati.
3) masukkan butter..gaul sehingga butter cair.
4) masukkan telor, kacau sehingga nampak likat.
5) last sekali masukkan biskut marrie, gaul sehingga semuanya sebati.
6) masukkan ke dalam bekas, tekan sehingga mampat.
7) kalau suka, boleh taburkan atas kek serbuk badam.

selamat mencuba...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi