petang semalam minta pulang awal dari HR dept
ialah boss aku takder ~ bercuti
jadi kena la ringan mulut bertanya pada HR terus
kalau Anna ada boleh terus tanya dengan boss kan
huhuhuhuhu rindu dengan Anna our boss
sudah dekat 2 minggu Anna bercuti
biasa la hujung tahun mesti habiskan baki cuti tahunan
korang punya cuti banyak lagi tak
aku?????
ada lagi 2 hari
rasa macam nak bawak ke tahun depan jea
sebab ada planning di awal tahun depan :)
minta kebenaran pulang awal sebab nak pergi ke HKL
adik sepupu dimasukkan ke bahagian Kaji Saraf
memula masuk di Hosp Melaka
tapi tiada pakar di sana
kena transfer ke HKL
baru sahaja Tingkatan 3
tapi sudah mengalami kejadian sebigi
adik sepupu terjatuh bila bangun terus tak boleh berdiri
kaki kanan lemah..di cubit..di cucuk..di buat apa pun
still tak rasa sakit dan sentuhannya
tetiba aku teringat member ofis pun mengalami perkara nie
tapi skang nie Erid dah ok
pagi nie adik sepupu akan operate
bila di chek oleh doc
terdapatnya ketumbuhan di tulang belakang
ketumbuhan tersebut menghalang saraf untuk mengalirkan darah untuk ke kaki kanan
jadi operate pagi nie untuk membuang ketumbuhan tersebut di tulang belakang
Ya Allah semoga selamat semuanya untuk adik sepupu ku nie
harap family Mak Lang bersabar menghadapi ujian dari Allah swt nie
minta korang doakan sekali yea...
di hadapan Jabatan Kaji Saraf
sampai di HKL pukul 6pm
nasib baik la dapat elak kesesakan jem
family mal lang tidor di rumah kami
memandangkan kemudahan untuk berehat di HKL tidak selamat
baik tidor di rumah kami jea
mak cakap terjumpa tikus sebesar kelapa berkeliaran di tempat rehat
takut la...
nie la adik sepupu
hanya kaki kiri sahaja boleh bergerak
itu pun agak lemah sedikit
tabah yea
memandangkan kanak-kanak tidak dibenarkan naik
jadi aku dan sayang naik bergilir-gilir melihat pesakit
umairah dan umar nasib baik jadi good girl and good boy
kami melepak di HKL sehingga habis waktu melawat ~ pukul 7.30pm
umairah dan umar berminat dengan sebuah motorsikal nie
memang lain dan unik
kecik jea
umar siap godek-godek motor nie
memang lain kan
aku pun terpikat sudah hahahahaha
balik ke Sg.Buloh nasib baik la tak jem
tapi singgah sebentar ke Restaurant Jejantas Sg.Buloh untuk solat
harap selamat semuanya..
Post a Comment
Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..
0 kata hati: