adik sepupu aku yang di masukkan ke HKL
pada awal bulan yang lalu
nak tahu baca entry nie
tak sedarkan diri pada hari Rabu yang lepas
lepas solat magrib terus gerak ke KL
untuk melihat dan temankan family mak lang di sana
ramai jugak yang bagi support
family Pak Uda
Family Mak Dak
Family aku - Mak Teh
semua ada
yang tak dapat datang
faham sebab rata-rata di Melaka dan jauh
kami yang dekat nie
harus la datang dan bagi kata-kata semangat kepada family Mak lang
Zairi tidak sedarkan diri
sejak hari ahad lagi asyik muntah
doc beritau kesan dari ubat
tapi bila kejadian zairi tak sedarkan diri
terus buat scan
dan terdapat jangkitan pada operate tulang belakangnya
Ya Allah semoga adik sepupu aku nie kuat semangat
doakan yea teman-teman
hampir 1 bulan di HKL
selepas operate di tulang belakangnya
telah di hantar ke hosp Cheras
di sana untuk melakukan terapi pada kakinya
tapi kini lain plak kesnya
terdapat jangkitan di bahagian operate..
kami menunggu di luar
sebab hanya dua orang sahaja boleh masuk
tunggu giliran untuk melihat keadaan zairi
nasib baik dalam kereta memang ada simpan tikar
jadi boleh la duduk di luar sambil menunggu
nasir bergayut
sudah lama tak gunakan telefon bersyiling nie kan
umairah bergayut dengan pija
lini dan apis tak dapat datang sebab bekerja - OT
semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah swt
Amin
mmg sedihlah kalau sedara mara kita sakit sampai masuk spital. semoga semuanya berjalan lancar dan dia dikurniakan kesihatan yang baik..
ReplyDelete