Saturday 30 March 2013

Appointment with Doc Dentist ~ Gigi Bongsu

baru hari nie aku nak up story pasal appointment aku dengan Doc Gigi
hari rabu yang lepas
pukul 9.30pagi aku ada perjumpaan dengan Doc Gigi di hospital Sg.Buloh
sampai di sana terus mencari parking
memang susah gila nak cari parking 
masa tu masa sudah pukul 9.15pagi
rasa cuak jugak takut lambat
sebab naik kancil jadi parking pun selit-selit jea eheh

seksanya buat appointment gigi di Hospital gov nie kan
banyak kali kena berdaftar dan menunggu
ok jom kita layan baper kali aku kena daftar sebelum dapat berjumpa dengan doc gigi

--1st appointment : No.giliran 1165--

masuk jea kena pergi ke kaunter pendaftaran
tunggu sehingga no giliran di panggil
di sini aku menunggu dalam 20 minute

bila no di panggil
tunjukkan no giliran dan bagi surat appointment 
terus nurse di situ buatkan  kad biru
dan minta aku pergi ke bilik Pembedahan mulut
masuk ke situ..aku tunjukkan kad biru dan surat appointment
nurse di situ catat sesuatu di dalam buku log dan minta aku duduk dahulu 
duduk 15 minute nurse panggil dan berikan no giliran

--2nd no giliran : 2006--

dapat no giliran nie
nurse minta aku pergi ke bilik xray - bilik OTG rasanya
turun ke tingkat 1 dan letak kad biru di bahagian pendaftaran
duduk sambil menunggu nama di panggil
30 minute menanti baru nama di panggil
beritahu aku kena xray gigi

nurse berikan no giliran yang baru

--3rd no.giliran : 9009--

dapat no giliran nurse minta aku pergi bilik no.9
tunggu sehingga nama di panggil
di sini yang lama menunggu
dekat 40 minute menanti
bosan gila
layan main games dalam handphone

bila dengar nama di panggil
memang gembira sangat
macam budak-budak dapat candy hehehehe

di dalam bilik xray
doc minta aku buka benda-benda logam di bahagian kepala
terpaksa la aku buka kerongsang tudung
nasib baik tudung aku tak terlurut
kemas terlekat di kepala

siap xray
doc minta aku kembali semula ke bilik pembedahan mulut
terkedek-kedek aku menuju semula ke tingkat 2
sampai di sana
bagi semula kas biru dan cakap sudah siap xray

nurse minta aku duduk semula
tunggu sehingga no giliran di panggil ~ 9009
bila nama di panggil
terus menuju ke bilik no.3
masuk ke bilik..doc minta baring kat kerusi empuk
chewahhh macam la empuk sangat hehehehhe

lepas doc lihat xray gigi aku
terus doc lihat susun atur gigi aku
ganga la luas-luas buka mulut

--gambar xray gigi aku--

doc nasihatkan supaya kedua-dua gigi bongsu bahagian bawah di cabut
then gigi bongsu di bahagian atas dinasihatkan cabut sekali
ini bermakna 4 gigi bongsu aku dinasihatkan untuk di cabut
uwaaaaaaa terus telan air liur aku dibuatnya
takut gila

Kesan Gigi Bongsu

Kesan Jika Tidak Membuang Gigi Bongsu.

Pesakit yang memilih untuk tidak atau menangguhkan cabutan gigi bongsu sehingga sakit berisiko tinggi memberikan masalah yang berkaitan akibat gigi bongsu yang bermasalah. Ini boleh menyebabkan kesakitan yang teruk kepada gigi sehingga gusi membengkak dan boleh melarat hingga ke bahagian leher.

Selain itu, sakit yang disebabkan oleh tekanan daripada gigi bongsu boleh menular sehingga penyakit periodontal, hakisan akar pada gigi bersebelahan,serta ketumbuhan. Malangnya, ramai yang masih mengagguhkan cabutan gigi bongsu mereka.Pesakit-pesakit ini yang bukan lagi remaja akan menjalankan pembedahan yang lebih  rumit serta tempoh pemulihan yang lebih lama. 

baca pengalaman dari teman blogger yang telah cabut gigi bongsu memang menakutkan aku
kini rasa cuak laks
sebab nama aku skang nie dalam waiting list
tunggu masa sahaja nama di panggil

apa kata korang



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

4 comments:

  1. wisdom tooth...huwaaa...x tau macam mana rasanya dan mintak2 jangan ler... so far belum tumbuh sebatang pun gigi bongsu ai...

    ReplyDelete
  2. Risau jugakkan ada moga semuanya selamat...akak ni pun x de gigi susu lagi

    ReplyDelete
  3. gigi bongsu ni gigi yg hujung sekali tu kan...

    ReplyDelete
  4. farah - hah yea ker tak tumbuh lagi

    ibuayu - wah ramai jugak yg belum tumbuh lg

    alya - haah yg hujung sekali

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi