Friday 23 May 2014

7 Menu Sarapan Pagi yang Menyihatkan dan Melangsingkan Badan

Ramai yang sedar sarapan pagi itu penting, tapi ramai juga yang mengabaikan kepentingannya.
"asalkan kenyang perut sudahh" itulah ungkapan yang sering kita dengar. ena sebenarnya bukan la tak makan semua sarapan seperti nasi lemak, roti canai, kuih muih sebagainya tu. ena makan, tetapi ena seimbangkan semula dengan pengambilan vitamin sebagai membantu mengurangkan kadar kolesterol, gula, garam agar ia seimbang dengan keperluan tubuh.
Tapi sekarang ena cuba untuk mengurangkan pengambilan makanan tersebut memandangkan usia ena sudah menjengah 3 series nie =)
Berbalik kepada kisah sarapan tadi. Apa sebenarnya sarapan yang sesuai diambil kita sebagai orang Malaysia nie? Iya lah bila dicakap, " orang Malaysia tak kan tak makan nasi lemak kot tiap pagi".
ena tak kata nasi lemak itu tidak sihat, ia bagus untuk jana tenaga kerana dalamnya pun dah mengandungi karbohidrat, protien, zat besi dan lemak. Namun portion pengambilannya perlu dihad kan, ditambah lagi dengan lauk pauk yang lazat, dah tentu nilai kalori akan bertambah.

Apakah Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Mudah?

Antara yang anda boleh amalkan adalah :

1.Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun saderi, atau cendawan juga merupakan pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi kandungan protein.


2.Roti bakar yang berserat tinggi cukup berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.



3.Sandwic tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan terbaik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengah hari.



4.Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampurkan dengan susu segar merupakan sajian sarapan yang sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.


                           

5.Semangkuk salad sudah mencukupi untuk sarapan dan ia boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat serta rendah lemak.



6.Bagi melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri perlu dicampurkan bersama susu segar untuk mendapat sedikit kalsium yang mencukupi. Kuantiti makanan untuk sarapan bergantung kepada keperluan masing-masing tetapi makanlah secara sederhana. Jika tidak sempat pun, memadailah mengambil segelas susu atau jus oren dan sekeping roti.



7.Ataupun yang paling mudah jika anda selalu rushing ke tempat kerja, anda boleh amalkan seperti yang ena amalkan.Segelas ESP + Mealshakes diminum. 

-ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Serbuk esp shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein dari sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan laktosa serta kolestrol.
-MEAL SHAKES
Meal shakes shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Meal shakes shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat didalam protein termasuk asid amino perlu dan tak perlu.Sangat bagus jika anda seorang yang menghadapi masalah gastrik. 
Tiada lagi masalah pedih perut, angin, sebu perut.
Hanya shake saja dan minum. Mudah bukan.


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

5 comments:

  1. selalunya cereal lah yang farah ambik ena...

    ReplyDelete
  2. kalau boleh nak ambil sarapan yg mengenyangkan..:)
    sebab portion sarapan tu yg penting kan..

    ReplyDelete
  3. Kene tukar menu la Fiza cm nie.. sbb suke makan nasi lemak..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak.. sedapnyaaa menu.. tetiba lapar..hehe

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi