Thursday 22 May 2014

Percutian Ke Cherating Bay Resort, Kuantan memang BEST

percutian yang paling best untuk tahun nie
memang last week kami berjalan sakan
tu yang sampai demam tu kepenatan sangat-sangat

lepas bergerak dari Temerloh
memula kami nak bercuti ke Gambang jea
nak mandi manda di sana
tapi bila tengok tempat macam biasa-biasa jea
terus kami semua decide terus pergi ke Cherating jea
yeaaa haaaa tercapai jugak impian ena dan mak nak ke sana hehehehe

dari Gambang ke Cherating ambil masa lagi 1 jam
disebabkan nie adalah percutian bidan terjun
dalam perjalanan baru search tempat nak menginap
memang tercari-cari...perghhh memang penat sebab nak cari bilik untuk menginap kan
nak-nak main terjah jea jadi rata-rata charge memang mahal
pastu kami semua ada 9 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak
jadi hotel memang tak benarkan kami semua menginap dalam 1 apartment

cari punya cari
kami jumpa Cherating Bay Resort nie
terus bayar dan check in
kami masuk pukul 7pm...kepenaatan sangat2
2hari 1 malam kena chargea RM280
dan tambah tilam dan bantal RM30.00
kami memang mencari hotel yang ada pool
untuk anak-anak kan

masuk bilik memang puas hati
2 bilik dan 1 bilik air
ruang tamu besar
dapur pun sedia ada
suka dengan balkoni sebab terus mengadap ke kolam
terbaikkkkk
puas hati

kalau tak puas hati pun cuma kolam lah
tepi-tepi kolam ada marmar yang pecah jadi tajam
kalau time mandi tak perasan memang kaki akan luka
perghhhhh ngilu dibuatnya
just berhati-hati semasa mandi jea lah

kalau nak ke pantai cuma berjalan kaki 5 minit sahaja
banyak kedai cenderahati dan kedai makan area situ
jadi tak risau kalau kelaparan
area sini memang meriah
di cherating nie memang kami tak jejakkan kaki ke pantai pun
cuma pandang dari dalam kereta sahaja
kenapa ntahhhh lebih suka mandi di kolam sahaja
pantai dia memang cantik dan bersih jea

--pintu masuk ke cherating bay resort--
puas hati menginap di sini

--kemudahan yang terdapat dalam bilik--
ruang tamu memang besar
yang lelaki memang tidor di luar jea...

--kami menginap di tingkat atas bilik no.8--
dan paling best bilik kami terus mengadap ke kolam


--jika berminat boleh contact no yang tertera--
dari 5 bintang ena bagi 3 bintang

lepas rehat sekejap dan solat magrib
dalam pukul 9pm..baru kami keluar semula
sesi jalan-jalan cari makan
sebab perut sudah lapar sangat
kami cari restaurant yang berdekatan sahaja
malas nak drive jauh-jauh

pilihan kami untuk dinner
Restaurant Sri Pelabuhan 3 Poksu Seafood
search dalam google tempat nie mendapat komen yg baik
tapi bagi kami service tak ok lah
menu yang kami order tak dapat
service lambat gila
nak dekat 45mnt baru menu kami sampai
sedih tapi sebab dah lapar snagat kami makan jea lah
terubat sedih bila makanan yang di order sedap
licin semua pinggan kami makan

--ikan siakap 3 rasa--
tom yam campur
sup ekor
kailan ikan masin
kangkung belacan dan sayur campur tak sampai

--anak-anak leka tengok tab--
senyap skit dan jadi behave anak-anak bila dipasangkan cerita dalam tab
kalau takder tab memang satu kedai di tawafnya
haru jadinya

--bukti semua pinggan licin--
kelaparan sangat-sangat time nie
kena charge RM163.00
mahal jugak

pagi esoknya ena dan mr.hubby bangun awal
anak-anak masih lagi tidor
kami berdua ambil peluang untuk ronda kawasan
memang cantik tempat sekeliling
kedai cenderahati memang banyak
dan kedai makan pun banyak
just tinggal pilih nak masuk yang mana satu jea

--pantai cherating--
jauh jugak dari darat nak ke air laut
malas punya pasal tengok jea dari jauh
hehehehehhe boleh =)

--singgah kedai makan untuk beli sarapan--
mahal jugak kena charge
emmmm just pkir positif jea
kami pelanci=ong jadi time nie peniaga nak charge lebih-lebih kepada pelanggan
emmmm just pkir takperlah adat orang berniaga kan

1st time minum air teh 3 layer nie
rasa cendol pun ada
hahahahaha lawak lah ena nie kan serba serbi semuanya baru 1st time nak buat

kami sampai jea ke resort
tengok ank-ank dah terjun kolam dengan pak chunya
emmmmm tak sabar betul 

--cantik kan kolamnya--
cuma hati-hati dengan tepi kolam yea
sebab ada marmar pecah boleh lukakan kaki korang nanti

--model tepi kolam--
yang tak menahan umar lah
siap pakai spec lagi

--aksi umairah di kolam--

--aksi pija di kolam--

--aksi umar di kolam--
memula taknak turun ikut gelongsor tapi bila tengok kakaknya umairah dan pija
seronok jea turun ikut gelongsor baru nak follow

--kami one happy family--
happy sebab dapat tunaikan hajat anak-ank nak mandi kolam

--tepat pukul 1pm baru kami check out--
Kesimpulan :
Pantai cherating Bersih! air pantai jernih!
kolam dan tempat mencari makanan memang best!

Kesimplannye BEST.Sekian =)

Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

5 comments:

  1. harga dia menarik eh ena :p ada pool siap. mmg takde breakfast eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bfast mmg takder..tapi blh jea cari gerai di sekeliling resort..mmg byk sgt gerai
      pilih jea nak mkn apa

      Delete
  2. wahhh..bestnyaa mandi kolam..

    kalau sampai sana nanti boleh la guna khidmat cherating bay resort..:)

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi