sempena cuti deepavali
kami plan datang ke sini Hot Spring Sungkai Perak
perjalanan dari sg.buloh ke sini mengambil kira-kira 2 jam jugaklah
kalau bawak kereta macam F1 1 jam dah sampai kot hehehehee
ala korang lepas keluar dari tol
jangan risau memang dah nampak signboard hot spring nie
don't worry tak sesat punyalah
pastu ikut jea direction
akan jumpa pokok kelapa sawit
jangan risau teruskan jea perjalanan tu
pastu nanti akan jumpa kawasan kampung felda
memang best jea lalu
tengok rumah-rumah kampung
hah kalau korang nak menginap di sini
banyak jea homestay disini
korang google jea memang banyak
kami datang hari jea
kalau boleh datang awal skit
sebab lagi petang lagi ramai orang
di hot spring nie tak boleh bawak makanan tau
memang sebelum masuk beg akan di chek dengan teliti
jadi better makan dulu sebelum masuk
kalau nak berkelah boleh jea
berkelah di tepi kereta korang parking
berkelah tepi kelapa sawit =)
ramai jea yang buat macam nie....
harga tiket :
Dewasa RM12.00
Warga Emas RM7.00
Kanak-kanak RM10.00
OKU RM5.00
Waktu Operasi :
Isnin - Khamis
8pagi sehingga 6petang
Jumaat/sabtu-ahad/cuti umum/cuti sekolah
8pagi - 8malam
bayar tiket
dapat gelang tangan
kemudian baru boleh masuk
boleh masuk naik train atau jalan kaki
senaman skitlah kan
tapi kami masuk naik train jea
hehehehee malas nak berjalan ;p
dalamnya ada 3 tempat yang boleh kami berendam
kolam biasa yang kanak-kanak suka mandi
kolam yang boleh rendam kaki - nie memang panas
kolam sederhana panas - boleh berendam macam sauna tu rasanya
paling best boleh masak telor
memang panas gila airnya
jadi kena berhati-hatilah
awasi anak-anak bila datang area air panas nie..bahaya tau
kemudahan yang lain ok jea
ada kedai makan
ada surau
tempat persalinan baju memang bersih
jadi memang oklah datang ke sini
tapi elok bawak tikar sendiri dan khemah sendiri
senang nak baring-baring atau nak tukar baju ker
anak kecik nak tidor pun rasa selesa jea
apa-apa pun memang rasa lega pada badan lepas berendam dalam air panas nie
--pintu masuk aluan dari hot spring--
--umairah dari kereta dan tukar baju mandi--
hehehehe sampai jea boleh terus terjun dalam kolam heheheee
umar rasa takut nak naik train nie
puas lah memujuk untuk naik
tak sanggup ibu nak jalan kaki dik oiiii
--kami cari port bawah pokok--
umar dan umairah memang terus terjun
tak sempat langsung nak duduk-duduk lagi
--nie kolam untuk budak-budak--
sebelah hujung dalam skit airnya
orang dewasa boleh mandi area nie
pancuran air nie memang kuat
talakan pada belakang badan kita memang syorkkkkk
rasa macam kena urut
--tengoklah--
tak sempat nak pakai pelampung pun
dan terjun
umairah dah menghilankan diri
--kami berendam dalam kolan air panas--
memang best
rasa macam dalam sauna laks
--berendam berdua--
romantik gitu
takder maknanya
bila sebelah kami ada umairah dan umar heheheee
--kolam air panas yang ke dua--
panas dia suam-suam kuku kalau bahagian tepilah
tengah skit memang panas
ada anak kecik kena awasi yea
--pondok menjual telor--
1 bekas polistrine harganya rm5.00
kami terus beli sepapan baru rm20.00
memamg mahal
--sepapan terus kami membeli--
hah makanlah sampai muak
--masukkan telor ke dalam jaring--
ialah banyakkan
--kena ikut turn nak masak telor--
sila berhati-hati di area nie
airnya memang panas tau
tak ingat baper suhunya
--menggelegak airnya--
nak 1/2 masak cuma perlu rendam 2minute jea
jangan lama-lama nanti terus jadi telor rebus
--sambil menunggu sambil berposing--
dengan mak
kami gerak balik dalam pukul 3lebih gitu
tak lama sangat pun
sebab tengok cuaca macam dah mendung
kemas-kemas semua
terus bergerak balik
time kami nak balik pun still ramai jea lagi yang datang
--bye bye hot spring--
nanti kami datang lagi
in syaa Allah
--masuk sekejap ke dalam kedai cenderamata--
mestilah kan
kena beli key chain dan fridge magnet
untuk kenangan
--one happy family--
cantik pemandangan belakang kami kan
sambil menunggu train datang
snap-snap sekejap hehehehee
--hah nielah rupa trainnya--
sebab tulah umar takut sebab bunyi dia bising skit
ialah bunyi traktor kan
--mak dan dayah--
--kami last train--
yang lain lepas dulu heheehee
umar ikut wan dia
tinggal kami bertiga jea
--sebelum balik kita selfiea dulu--
mr.hubby pergi ambil kereta
kami lepak sekejap di pondok pengawal
perut sudah lapar...
jom kita pekena nasi bambo sungai klah dan cendol laks
jom kita serang.....
ok tips dari ena pada yang nak datang ke sini :
- sila datang awal pagi sebab senang nak parking kereta dan tak beratur lama sangat waktu membeli tiket dan nak masuk
- kalau bawak makanan sila makan di luar dulu sebab memang peraturan ketat sangat..makanan dr luar tak dibenarkan bawak masuk..tak payah lah nak sorok sangat dalam beg sebab penjaga dibahagian pintu masuk emmang cek betul-betul beg korang
- awasi anak kecik korang betul-betul ialah kolam air panas kan...bahaya tu
- awasi anak kecik korang sebab bila musim cuti sekolah memang ramai orang mmg akan ada orang kehilangan anak kecik
- hati-hati yea dan selamat bercuti =)
Post a Comment
Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..
0 kata hati: