Tuesday 21 October 2014

Resepi Sedap Sambal Sotong Bakar

bila buat BBQ ada sotong
mesti nak sambal yang best dan sedap kan..
nie ena share resepi sambal sotong bakar yang menjadi kesukaan keluarga ena
nak letak pada ikan pun sedap..ikan parilah
memang terbaiklah ;p
kalau ada sambal nie
sorang makan mesti lebih dari 8 ekor
hahahahaa banyakkan sebab sedap ;)

nie ena share resepinya...

resepi sambal sotong bakar
Bahan-bahan :
  1. 1-2 helai daun kunyit**
  2. 3 batang serai**
  3. 2 inci kunyit hidup**
  4. 2 inci halia**
  5. 1 inci lengkuas**
  6. 3 bawang merah**
  7. 3 bawang putih**
  8. udang kering @ udang geragau - ena guna udang geragau memang sedap**
  9. 20-30 cili kering - nak cepat gunakan jea cili boh jea
  10. asam jawa
  11. gula..garam..serbuk perasa
Cara Masak :
  1. kisar semua bahan dalam blender yang bertanda**
  2. panaskan kuali dengan minyak..masukkan bahan yang telah di blend tadi
  3. masak sehingga garing
  4. masukkan asam jawa untuk sebati rasa
  5. masukkan bahan perasa
siap sudah =)
senang jea kan.....


--sambal sotong yang sudah siap--
nampak pun dah sedapkan

--sotong yang telah dibersihkan--
tak potong kecik pun
biarkan sekor-sekor macam tu


--bahan asas yang perlu ada--

--aluminujm foil--
lapikkan daun pisang
letak sotong/ikan/pari  atasnya letak sambal
kalau suka sayur letakkan bende


--siap sedia untuk dibakar--
cucuk-cucuk skit aluminum foil tu
supaya wap dapat dikeluarkan


--siap bakar atas api--
hehehehee umah ena nie memang selalu buat BBQ 
kalau ada masa hujung minggu
memang tak lepaskan peluang nie

--orang kuat bakar membakar--

--tadaaaa siap pun--
bila buka aluminium foil tu
bau memang semerbakkkk
sedapnyaaa
nak rasa masam-masam skit
perah skit asam limau...

makan macam nie pun dah sedap
terbaiklahhhh
selamat mencuba =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

3 comments:

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi