Saturday 21 July 2012

1st Day Ramadhan

Alhamdulillah hari nie hari pertama umat Islam berpuasa
harap tahun nie aku dapat khatam al-Quran - InsyAllah
bagun sahur liat nak bangun
sebab tidor malamnya lewat - sibuk buat kuih
jadi waktu sahur sayang gegar badan aku bangun sahur
dalam larat tak larat..bangun jugak

sahur hari pertama menu simple sahaja :

1) ikan cencaru masak sambal
2) sayur goreng
3) air teh o panasa

part yang paling kelakar, umar pun bangun bersahur
makan sambil mulut terguap-guap tahan ngantuk
umairah walaupun aku geletek-geletek kakinya tetap tidor dengan lena

hari pertama ramadhan kami balik ke Sijangkang
sebelum sampai di rumah, ajak sayang singgaj ke bazar ramadhan
ialah balik ke rumah mertua takkan tidak membawa apa-apa juadah
malu la beb

menu yang beli di bazar ramadhan Sijangkang

1) kurma yusuff taiyub
2) 2 ketul ayam percik
3) murtabak
4) air jambu

menu berbuka pada hari pertama ialah Nasi Ayam - sedap

gambar tak sempat nak snap-snap
habis baca doa terus jea makan memang tak ingat nak snap-snap bagai :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

1 comment:

  1. kami dah pakat suami isteri tahun ni tak mau ke bazaar sangat sbb sepatutnya bulan ramadhan kita boleh berjimat dari bulan lain dari segi makanan. kalau ke bazaar mmg tak abis. membazir. nafsu makan dua org macam berpuluh orang.. hahaha (kami laa tu)

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi