sebabnya keteguran Eliss dalam entry-entry aku sebelum nie
di mana siapa yang perasan setiap entry ramadhan
aku akan letak hadis yang mana setiap malam kita kerjakan solat terawih
akan dapat fadhilatnya
baru aku tahu kini yang hadis tersebut adalah palsu
di sini aku ambil kepana ia digelar palsu
http://www.anamarzablog.com/2012/07/Kelebihan-solat-terawih-hadis-palsu.html?showComment=1343376060881#c6469962563717364163
Sekadar ingat mengingati:
Berkaitan satu hadis yang menyebut tentang kelebihan solat terawih bagi setiap malam ramadhan (kelebihan terawih dari malam pertama hingga malam ke tiga puluh ), untuk makluman pada yang belum tahu, hadis tersebut sebenarnya merupakan satu hadis palsu.
Isu hadis palsu tentang kelebihan solat terawih ni dah lama. Tapi rasanya tak semua tahu hadis tersebut hadis palsu sebab masih ada lagi yang siarkan di blog dan juga di FB.
Tak perlu mana kita kejar kelebihan yang dinyatakan didalam hadis palsu tersebut. Seeloknya, setiap ibadat yang kita lakukan dikerjakan atas sebab keikhlasan dan rasa tanggungjawab terhadap Allah semata-mata , sebagaimana yang di galakkan Rasulullah S.A.W.. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda:
“Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.”
Note : Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.
Lagipun, solat terawih ini hukumnya sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Walau tiada ganjaran khusus untuk setiap malam (sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis palsu tersebut) , ia tetap diharuskan sangat-sangat dibuat pada setiap Ramadhan kerana kelebihan Tarawih ini hanya di”offer” pada bulan Ramadhan sahaja.
terima kasih kerana menegur..
amat-amat hargainya..
kty pun ada terbaca pasal ganjaran tu palsu..
ReplyDelete