kejadian berlaku pada hari ahad yang lepas
selepas balik dari banting - memborong kerepek tempahan pelanggan
sambil sayang drive kami berdua borak-borak
tetiba keret adi hadapan kami break kecemasan
mujur sayang sempat break jugak
tapi semasa break..umairah yang duduk di hadapan
terus kepalanya terhantuk pada cermin kereta
umairah terus menangis
dalam aku pujuk-pujuk umairah minta duduk ke belakang
sayang baru ternampak yang cermin retak
terus la aku risau anak aku nie ok ker tidak
raba di bahagian belakang kepala umairah
memang terasa benjolnya
tanya umairah sakit tak
umairah hanya anggukkan kepala
hari isnin petang baru bawak umairah ke klinik
sebab risau sangat
pantau jugak kalau umairah ada muntah ataupun tidak
takder plak
pagi isnin tengok jugak keadaan umairah
tapi dia ok jea
tapi sebab rasa tak puas hati tetap nak bawak umairah jumpa doc
jumpa doc dan check segala segi
doc cakap umairah ok takder apa-apa masalah
terus lega ialah bila dengar dari yang pakar
jadi persoalan dalam fikiran aku sudah terjawab
lebih kurang begini la cerminnya retak
betapa kuatnya hentakan kepala umairah ke cermin kereta
muskil betul la macam mana la boleh retak
umairah yang masih bergerak aktif
asyik berlari sahaja di dalam klinik
jumpa doc, umairah yang ceritakan apa yang terjadi
doc tu senyum jea bila dengar umairah berceloteh :D
pija pun temankan sekali umairah pergi ke klinik
jadi ader member yang temankan umairah masuk jumpa doc
emmmmm memang kesalahan terletak kepada kami berdua
sebab utama tidak berkeras dengan umairah untuk duduk di belakang
memang bahaya anak-anak duduk dihadapan
dan tidak plak menggunakan tali pinggang
sejak kejadian tu, umairah skang nie
memang akan duduk di belakang
bila minta pakai seat belt dia akan pakai
Alhamdulillah ada perubahan
sebelum nie memang aku bising membebel
memang umairah taknak pakai seat belt
pastu berdiri jea dalam kereta
ada hikmah apa yang terjadi
Post a Comment
Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..
0 kata hati: