raya ke dua waktu pagi kami lepak dahulu di rumah
sebab malamnya kami sampai di rumah pukul 3 lebih
memang kepenatan sangat sebab seharian beraya di Melaka
bangun pagi masa raya ke dua pun lewat
kemas rumah dan packing baju masuk ke dalam beg
sambil mr.hubby pergi solat Jumaat
aku di dapur memasak
tekak memang dah tak lalu nak makan rendang
jadi masuk dapur berperang masak dengan anak-anak
umar memang suka masuk ke dapur
ada jea benda yang nak si kecik nie menolong
korang tahu tak mana nak beli pisau untuk anak-anak
tengok dalam masterchecf Autralia untuk kanak-kanak
elok jea pisau plastik budak-budak tu gunakan
sebab tu ingat nak belikan untuk umar
skang nie bagi guna pisau yang tumpul yang sekali set dengan sudu dan garfu tu
kalau korang tahu bagitahu yea...
mr.hubby sampai jea di rumah
terus hidang dan makan sama-sama sekali dengan ayah
anak-anak memang suka makan sup sayur bayam
makan siap bertambah lagi
--menu di hari raya ke dua--
sup telor bayam
sambal ikan
butter prawn
perghhhhh tengah lapar memang makan bertambah lah
suka hati tengok bila suami dan anak makan bertambah
hilang penat di dapur :)
lepas makan landing depan tv
layan tengok Running Man hehehehehhe
rilex kan badan bagi hilangkan rasa penat
pukul 5 lebih baru kami gerak balik ke Sijangkang
tapi sebelum tu kami singgah dahulu ke rumah my BFF ~ Shumie
bila datang ke sini mestilah perkena rendang mak dia
memang kesukaan aku dari dahulu sehingga kini
rendang daging di campur dengan paru
memang terbaikkkkkk
ingat dulu aku mengidam minta mak shumie masakkan rendang nie
tekak nak sangat makan rendang nie :)
bila dah jumpa tu
memang gamat la jadinya
mr.hubby dengan shumie pun memang baik
jadi memang takder segan silu bila datang ke sini hehehehhehe
buat macam rumah sendiri jea :p
buruk perangai betul kan...
--bersama dengan auntie Shumie--
umar susah skit nak bergambar
ada jea buat aksi yang bukan-bukan
--tema hari ke dua ialah biru--
tersama laks dengan shumie :)
--my BFF kawan sejak dari sekolah lagi--
memang dah lama gila berkawan
ko bila lagi nak datang rumah aku shumie
datang jangan tak datang...
warna warni di hari raya :)
wow! tertarik dgn udang tu..haha :) selamat hari raya :)
ReplyDeleteumar nie ly jd model..cm2 aksi dia buat..kiut betul..
ReplyDeleteBest beraya bersama bff kn.. Wpun dh berkhwin tapi de bff mmg terbaik...
ReplyDeletePerut mmg meragam time raya. Lauk mcm sup sup ni mmg bagus untuk legakan perut!
ReplyDeletemane gambar rendang tu?
ReplyDelete