nie adalah 2nd time aku datang ke Restaurant Upin dan Ipin nie
last pergi tahun 2011 masa preggykan umar
sambut birthday umairah di sini
selepas penat shopping
dan kebetulan kami di Tesco Extra
terus ajak mr.hubby berbuka di Restaurant Upin & Ipin
senangkan sebab belakang Tesco jea
memula nak tengok dulu, kalau ramai orang kami makan di tempat lain jea
bila lalu tu tengok orang tak ramai
terus jea mr.hubby parking kereta
mr.hubby dan mak pergi dahulu masuk ke restaurant
tapi aku layankan perangai umairah nak bergambar dengan upin & ipin :)
nanti aku tepek gambarnya di sini erk
--restaurant nie bersebelahan opis Les Copaque--
umairah memang teruja bila dapat makan di sini
masa mula-mula datang dulu umairah baru 2 tahun
jadi tak reti sangat pasal upin dan ipin nie
kali nie datang umairah memang terlebih xcited
dia yang request nak bergambar dengan upin & ipin
--di hadapan restaurant--
--menu yang comel sangat--
watak-watak yang ada dalam upin & ipin
umairah suka jea ngan menu nie
siap cakap nak bawak balik
habis la hehehehehhe
untuk cepat dapat hidangan
kami terus order set menu A
kami sampai duduk sahaja azan sudah kedengaran
brbuka dahulu dengan buah kurma dan kuih
--umairah dan umar yang duduk diam jea--
kepenatan seharian ikut ibu dan babahnya yang gila shopping ahaks
tengok la umar sambil duduk sambil minta urutkan kaki dia :)
umairah laks leka tengok kartun upin dan ipin
anak-anak makan roti canai jea
taknak makan nasi sebab dah kenyang makan pelbagai jenis makanan di dalam kereta
--suasana di dalam restaurant--
tenang dan selasa
cuma kemudahan surau yang disediakan tidak selesa
untuk lelaki boleh la solat di situ
tapi kalau kaum perempuan nak solat mungkin tidak sesuai
sebab akan nampak kelibat kita..
jadi mr.hubby minta jea aku dan mak solat di Petronas
sambil mandikan anak di situ..
barulah anak-anak akan segar semula
--set menu A--
RM30.00
untuk makan 2 orang [dalam menu tulis lah]
tapi bagi aku menu nie sesuai untuk makan 4 orang ~ banyak tu
2 pinggan nasi ~ mr.hubby minta extra nasi
tomyam seafood
sayur kailan masin
ayam masak merah
telor bungkus bistiks
air ikut kita nak air apa - kami order air teh o ice
--aku laks order sirloin steak--
RM18.00
tekak nak sangat makan western foods
tapi bila cebisan daging masuk ke dalam mulut
emmmmmm terus putus selera
tak sedap huhuhuhuhu
coslow pun tak segar ~ terasa masam sedikit
tengok dalam gambar pun tahu dah simpan lama dalam fridge kan
lepas nie nak makan western foods pilih jea restaurant yang betul-betul specialty dalam masakannya
kecewa...
--kami sekeluarga--
--sebelum balik minta anak-anak bergambar di sofa mengadap wall dinding yang ada karektur upin & ipin--
umairah siap ajak datang lagi ke sini
emmmm lain kali yea umairah :)
masa bayar di kaunter
kena pau dengan umairah dan umar
minta belikan kipas upin & ipin
satu harganya RM5.00
total kena charge makan di situ RM62.00
emmmm ok la...
korang dah pernah datang ke sini...
apa pendapat korang
aku rasa harga dia mahal skit la kan...
wow, bestnyaaa...
ReplyDeletekalo g shah alam anna nak g la restoren ni sebab
anna peminat no,1 upin ipin ni..
pergi jgn tak pergi
Deletetu la...mcm best jer restoran nie..teringin gak nak bawa ian n iris nanti
ReplyDeletenampak best sbb ada upin & ipin klu takder mesti tak best :)
Deletetk pernh try lg..outlet terdekat kt tmn melati...sbb dgr byk feedback tk brp best ckp makanan tk sedap tp mhl
ReplyDeletebetul tu makanan kurang skit
Deleteharga mmg mahal skit
sebab ada upin & ipin jea sbb tu terjah semula
permintaan anak2 kan
br tahu..huhu..igtkan ader ayam goreng jer..hehe
ReplyDeletehehehehehhehe mcm2 ada :)
Deletesalam K.Zareena..
ReplyDeletecma tak pernah lagi dtg cni..
sbb ramai yg bagi testimoni makanan yg kurang sedap.
tp klu sekadar nk melayan anak2 mkn ayam goreng sambil tgk upin kat sini blh la kut.. huhu..
yg ni bukankt seksyen 7 rasanyer...klu belakang tesco extra tu....ni yg dekat dgn stadium shah alam tu kan kedainyer....klu tak silap la...hehehehhe....
ReplyDeleteBru tahu ada restorant ni. Ttg makanam ena td tu,kta akan rasa keceawa bl ianya tidak seperti yg kta sangka.. kan.
ReplyDelete