Saturday 3 August 2013

Kontroversi ~ Maznah 1 Hari di Hari Raya

tak tahu dengan pemikiran orang zaman skang nie buat benda tak pernah nak fikir dahulu harap perkara seperti nie memberikan pengajaran kepada orang lain fikir dahulu sebelum buat...

 

SEGAMAT – Pelatih anjing, Maznah Mohd Yusof, 38, yang menimbulkan kontroversi dengan rakaman video sambutan Aidilfitri bersama anjing di laman sosial YouTube, dibebaskan dengan bon jaminan mahkamah di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Kamil Sukaimi berkata wanita itu dibebaskan pada pukul 2.20 [2.08.2013] petang selepas Mahkamah Majistret di sini memberikan bon jaminan pada tengah hari Jumaat.

Terdahulu, Maznah, yang juga dikenali sebagai Chetz Yusof, dibawa ke mahkamah pada kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum dihantar ke IPD pada pukul 12.15 tengah hari untuk dibebaskan.
Mohd Kamil berkata Maznah akan dipanggil pada bila-bila masa ke mahkamah sekiranya diperlukan dan jika gagal hadir, dia perlu membayar denda RM10,000.

Maznah, yang diiringi peguamnnya G.Visvanathan Nair, ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, pada Rabu lepas dan dibawa ke Segamat di mana laporan polis pertama mengenai video bertajuk ‘1 Hari Di Hari Raya’ dibuat oleh seorang awam.
Rakaman tersebut telah menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini kerana menghina agama tersebut.

rakaman yang sangat memberi kesan kepada umat islam di Malaysia.


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

8 comments:

  1. Salam K.Zarena..

    cma tak tau kenapa isu ni dibangkitkan.
    ermm... wait n see

    ReplyDelete
  2. orang malaysia sensitif dengan anjing. tapi.. kalau dia buat bagi makan kucing kuih raya, mungkin orang lain tak kisah kot. sebenarnya anjing kat malaysia ngan tanah arab berbeza..aku nak kena belajar lagi nie..

    Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
    Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka.

    ReplyDelete
  3. x th la aper mslh dorg nie..mmg menyirap bila ngk kt youtube...tambah pulak tang kuih raye.. cm hina betul la..

    ReplyDelete
  4. terkejut gak masa tgk org post kt fb pasal ni...derang ni xde keje kut..t yg bole buat video camtu..

    ReplyDelete
  5. bila orang Islam memperlekehkan agama mereka , maka jgn salahkan org kafir bila mrk x repect org Islam ...

    ReplyDelete
  6. Sanggup dia menjatuhkan maruah agama sendiri. Ni mmg islam pd kad pengenalan je ni

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi