Friday 31 May 2013

Jangan Risau, Pasti Berubah

terbaca di dalam majalah Lisa
korang beli tak majalah Lisa
aku beli sebab nie antara majalah yang termurah
hanya RM3.90 eheh
ok gak info yang disisipkan di dalamnya
yang pasti banyak info mengenai kecantikkan la
bagus tu..boleh dipraktikkan

ok aku nak kongsi ilmu mengenai tabiat orang lelaki nie
best gak bacanya
--ok nie dia..aku type sebijik-sebijik dari dalam majalah Lisa--


Satu kajian yang dijalankan Pusat Penyelidikan Wanita Antarabangsa dan Istitut Promundo Brazil, mendapati responden lelaki yang telah berkahwin, mempunyai pendidikan sehingga tahap sekolah menengah dan biasa melihat bapanya membantu dalam hal-hal menjaga rumah akan lebih cenderung membantu pasangannya menguruskan rumahtangga. Keja-kerja domestik yang dimaksudkan di sini termasuk membasuh baju, membeli dan menyediakan makanan, mencuci tandas, mnegemas rumah, membayar bil-bil dan membaiki apa0apa kerosakan barangan. Dalam kaji selidik yang dijalankan di Brazil, Chile, Croatia, Indoa, Mexico, Rwanda dan Afrika inu juga didapati lebih ramai lelaki bujang mengakui mereka kurang menolong di rumah berbanding suami orang. Dari keputusan ini, kumpulan kaji selidik merumuskan yang kebanyakkan orang lelaki akan mengubah pandangan mengenai tanggungjawab mereka di rumah selepas berkahwin dan setelah umur meningkat, iaitu setelah berpengalaman hidup secara berpasangan dab berkeluarga. Jadi, usah risau jika teman atau suami kamu tidak suka melakukan kerja-kerja rumahtangga kerana ada harapan dia akan berubah nanti!
Sumber : Dari Majalah Lisa June13

--majalah Lisa untuk keluaran June2013--


betul tu jangan la korang risau kalau suami, adik lelaki, abang lelaki, teman lelaki
korang yang malas nak menolong tu
lepas dorang insaf dan timbul kesedaran pasti mereka akan membantu kita kaum wanita nie
menguruskan hal rumahtangga

sebagai contoh adik lelaki aku Sobri
sebelum kahwin emmang pemalas
tapi sejak sudah berkahwin nampak ada perubahan skit
sudah ringan tangan bila aku minta pertolongan
berubah ke arah kebaikan 
siapa yang tak suka kan

pasti kita akan bertambah sayang pada insan yang kita cintai
betul tak...

selamat hari Jumaat
dan selamat berhujung minggu
hujung minggu nie aku akan balik ke Melaka...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi