Tuesday 28 May 2013

PRU 13

basi punya cerita
tapi tetap nak jugak ceritakan
gara-gara gambar simpan dalam lappy di rumah
tak berkesempatan langsung nak masukkan dalam thumdrive
bila teringat, tu yang baru skang nie dapat masukkan gambar dalam blog
eheh

tak kesah la bila nak upload
sekurang-kurang masih lagi berkesempatan untuk bercerita
betul tak

5.05.2013 sejarah semua rakyat Malaysia keluar mengundi untuk PRU13
kali nie kali ke dua aku keluar mengundi
tetap tempat sama iaitu Sek.Keb.Kundang
belakang rumah mak aku jea..jalan kaki pun boleh

cuma mr.hubby mengundi di Sijangkang
dan aku mengundi di Sri Kundang
berbeza tempat tetapi tetap menjalankan tanggungjawab membuang undi
5 tahun lepas aku mengundi dengan mak aku
kali nie aku mengundi dengan mak dan lini
adik aku lini adalah pertama kali keluar mengundi

pukul 10am kami keluar dari rumah
nak cari parking punya la susah
kalau tahu jalan kaki jea..lagi senang
parking jauh dan terpaksa jalan jauh jugak untuk masuk ke kawasan sekolah
orang yang datang untuk membuang undi punya la ramai

--sebelum Q kami menyemak nama dulu--
ialah takut kan nama sudah di potong
cari nahas jea
dan nama masih clear untuk membuang undi

--sedang menyemak nama--
sebelah aku ialah mak

--yeay kami bertiga dapat no. bilik yang kami akan memangkah--
aku dan lini kena Q di bilik no.4
mak laks kena Q di bilik no.2

--tempat untuk membuang undi--
semuanya terkawal

--aku dan lini--
panas gila
Q punya la panjang
kalah panjang ular
berbelok-belok untuk beratur
panas usah cerita la

--ramai gila orang yang datang--
tapi seronok jugak sebab dapat jumpa kembali teman-teman masa sekolah dahulu
masing-masing sudah berubah skang nie
siap bertanya khabar lagi

aku dan lini beratur sampai 2 jam
kaki lenguh usah cerita la
rasa nak menampor orang jea
menyesal laks datang pagi-pagi nie
5 tahun lepas aku datang lepas zohor
orang sudah kurang
memang menyesal...

--mak masih lagi beratur--
kesian mak..terpaksa Q lama jugak
aku rasa bilik no.4 dan no.2 memang ramai
sepatutnya buka la bilik lebih skit
jadi tak payah nak beratur lama sangat
penat gila siot
jadi aku balik dulu
lini yang temankan mak beratur
aku dah nak pengsan time tu

--bukti jari telunjuk sudah diwarnakan--
aku rasa masa hari tu rata-rata dalam FB penuh dengan gambar jari
eheh comeynya kan

--dalam surat khabar sinar SPR cakap dakwat takkan hilang--
emmmm yea la tu

balik tu aku basuh pinggan mangkuk
terus jea hilang dakwatnya
emmmm malas nak komen

tu jea cerita masa jari aku di calit dengan dakwat kekal
kekal la sangat...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi