aku rasa ramai pencinta see food di luar sana
betul kan kan kan
eheh sama la kita
aku memang suka makan see food walaupun ada alahan
sebab lepas makan confirm akan gatal badan
tapi itu belakang kira..kalau gatal telan jea la ubat kehkehkeh
semalam adalah 1st time aku try buat Butter Prawn
semangat nak buat
resepi nie adalah resepi dari suami Ekin ~ my ofis colleague
jadi sebelum masak adalah sedutan tunjuk ajarku sifu eheh
try ingat satu persatu langkah yang En.Saiful terangkan
sebelum mula baca Bismillah
semoga berjaya "p
Resepi : Butter Prawn
Bahan-bahannya :
1) Udang - kalau dapat udang size besar lagi best
2) minyak masak - 1/2 cawan
3) butter 1 cawan
4) 3 biji telor kuning yang telah dipukul kembang
5) 2 batang daun kari
6) garam sedikit..lada sulah sedikit
Cara nak Masak :
1) udang di perap dengan garam dan lada sulah (boleh jea korang nak tambah bahan perasa yang lain)
2) panaskan kuali, masukkan minyak..bila minyak sudah betul-betul panas,
masukkan butter..setelah butter cair..
3) tangan kiri masukkan telor kuning perlahan-lahan sambil tangan kanan memengang sudip sambil mengacau secara bulatan..jangan berhenti supaya telor tadi akan menjadi memanjang
4) masak sehingga garing dan kekuningan
5) tapiskan telor dalam bekas penapis supaya minyak dapat turun
6) gunakan minyak tadi untuk menggoreng udang bersama dengan daun kari..goreng sehingga udang garing
7) setelah telor siap habis minyaknya menitis boleh hiaskannya di atas udang
senang jea kan :D
--butter prawn hasil usaha aku--
rasa not bad
cuma aku tak puas hati dengan telornya
tak jadi seperti apa yang aku mahukan huhuhuhuhu
mr.hubby cakap hari nie boleh buat lagi
amboi amboi mr.hubby pun sudah kemaruk jugak dengan butter prawn
ok takper untuk suami tercinta akan aku lakukan
chewahhhh
--image from google--
bila lah akan jadi telornya macam gambar di atas nie
aku nak buat telornya jadi bertali-tali macam tu la
ok takper uasaha tangga kejayaan
cha yok cha yok
terima kasih kepada En.Saiful kerana memberikan resepi nie
suka suka suka
akan buat sehingga berjaya
ada lagi satu resepi dan tips yang berguna
kalau korang nak tahu
boleh klik di sini
hoo.. teman ada tengok dalam utube cara buat ni.. kena kaco lama
ReplyDelete