Friday 3 May 2013

Kembali Bekerja

setelah 3 hari bercuti ~ MC
gara-gara demam dan batul melampau
sehingga ke hari nie pun masih lagi batuk
tapi memikirkan kerja di ofis pasti menimbun-nimbun
gagahkan diri jugak untuk masuk bekrja semula hari ini
kalau ikutkan hati malas jea nak masuk
ialah esok pun dah cutikan
maknanya minggu nie aku hanya bekerja dua hari sahaja
hari Isnin dan hari Jumaat eheh

aku rasa kali nie lah aku kena batuk yang paling teruk sekali
tak pernah kena macam nie
biasanya ubat batuk tak habis makan pun batuk dah hilang
tapi kali nie sudah 3 botol ubat batuk aku teguk
tapi tak hilang-hilang jugak batuknya

aku yang tak pernah sedut guna Nab
terpaksa guna jugak sedut nab
sebab dah sesak sangat nafas gara-gara batuk yang berpanjangan
lepas sedut nab memang rasa lega dan terasa lapang sahaja dada
Alhamdulillah

lepas guna kaedah moden ~ ubat batuk 
tak jalan dan still jugak batuk
aku guna kaedah tradisional laks
guna limau dan kicap

masukkan kicap dalam sudu ~ kalau boleh guna sudu soup 
pastu perahkan sebijik limau
kacau-kacau skit guna jari penunjuk
pastu selawat dan telan jea
memang lega

nie aku dapat petua yang lain
In Syaa Allah balik nie nak buat


SHARING: penawar sakit tekak atau batuk
Tip mudah menyediakan penawar sakit tekak atau batuk

Hirisan buah lemon, hirisan halia dicampur dengan madu asli di dalam balang atau bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar. Tahan sehingga 2-3 bulan.
Cara penyediaan, masukkan sesudu ke dalam gelas, dan tuangkan air suam.


macam best jea kan
kalau ada sesiapa yang batuk 
boleh la try petua aku gunakan
dan petua yang baru nie...


SELAMAT MENCUBA =)


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi