Wednesday 9 September 2015

Terengganu : Bukit Puteri Tempat Bersejarah

BUKIT Puteri yang terletak berhampiran Taman Shahbandar di Kuala Terengganu mempunyai kisah yang tersendiri antaranya ialah ada yang menyatakan bukit itu adalah tempat tinggal kerajaan puteri bunian yang menjadi tempat penduduk meminjamkan peralatan untuk mengadakan jamuan ataupun kenduri antaranya ialah sudu, pisau dan pinggang mangkok.

Bagaimanapun puteri bunian itu meninggalkan Bukit Puteri kerana ada pihak yang memimjamkan barangan itu tetapi tidak memulangkan semula menyebabkan puteri bunian itu merajuk dan mencari tempat lain untuk meneruskan kehidupannya membantu menusia dan selepas itu Bukit Puteri tidak lagi menjadi tumpuan orang ramai pada masa itu.

Selain itu, menurut sejarah, bukit itu dibuka oleh puak dari Johor yang bernama Tuk Raja Menteri. Beliau datang ke Terengganu untuk menabalkan Sultan Zainal Abidin I sebagai Sultan Terengganu yang pertama Monument sejarah serta bahan-bahan artifak yang ditemui termasuklah Genta ( sebiji loceng besar), Meriam Beranak ( sejenis meriam), rumah api lama, dan tanah perkuburan lama.

Ia merangkumi kawasan seluas 658 hektar dan ketinggiannya adalah 200 meter pada paras laut. Meriam beranak ialah meriam yang mempunyai satu meriam utama dan terdapat beberapa meriam kecil berhampirannya dan mempunyai ukuran berbeza antara satu sama lain. Meriam yang berukuran besar dikatakan ibu kepada meriam yang kecil-kecil itu.

Rumah api pula bertujuan untuk pedoman atau panduan kepada pelaut untuk memasuki pelabuhan Kuala Terengganu. Ketinggiannya ialah kira-kira 10 meter dan lebih dkenali sebagai “Tanda Kuala Negeri”. Di atas Bukit Puteri itu juga, terdapat kawasan tanah perkuburan pembesar Melayu ketika itu antaranya ialah kubur Syed Yasin Akil Muhammad yang lahir di Sumatera, Indonesia, keluarganya berasal dari Timur Tengah dan datang ke Terengganu, berkahwin dengan Che Siti, anakanda Sultan Zainal Abidin 1.

Terdapat juga rumah genta yang memuatkan genta yang dibuat pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin ke 2 dalam tahun 1326H (1908M). Genta ini digunakan untuk memasyurkan sesuatu bencana seperti kebakaran dan serangan musuh.

Ukuran lilitan genta ini ialah 228 sentimeter dan tingginya 78 sentimeter. Menurut sejarah, pada tahun 1830, berlaku satu perebutan kuasa melibatkan dua kerabat diraja Terengganu iaitu Tengku Mansur,Sultan Terengganu yang menganugerahkan pangkat Sultan Mansur Syah II dan Tengku Umar, menjadi Yang Dipertuan Besar.

Tengku Umar membina Kubu di atas puncak Bukit Puteri sebagai pertahanan. Kubu ini dibina oleh batu bata dan simen bersama madu,limau dan putih telur.

Walau bagaimanapun, Bukit Puteri telah ditawan oleh Sultan Mansur Syah II. Tengku Umar telah dipaksa untuk lari ke Besut. Bukit Puteri kemudiaanya berada dibawah pengawalan Sultan Muhammad I. Beliau yang menggantikan tahta ketika Sultan Mansur Shah II mangkat. Walau bagaimanapun, Sultan Mahmud tidak mampu mempertahankan Bukit Puteri ketika ia diserang oleh tentera Tengku Umar. Akhirnya, Tengku Umar berjaya menakluki Bukit Puteri semula.

Beberapa artifak sejarah masih wujud di Bukit Puteri sehingga kini. Antaranya adalah seperti loceng besar, meriam, tiang bendera, rumah api, kubur dan dinding pertahanan.

Bagaimanapun, pada suatu masa dahulu, terdapat banyak meriam di Bukit Puteri. Meriam tersebut dipercayai berasal dari Spain,Portugal dan Tanah Melayu. Mereka menamakannya sebagai Seri Jamlor, Seri Buih,Seri Johor dan Laila Majnun. Loceng masih ada sehingga sekarang.Ia diperbuat daripada tembaga kuning.

Lilitan dan tingginya adalah 228 sentimeter dan beratnya adalah 175 kilogram.Loceng tersebut berbunyi apabila berlaku rompakan,kebakaran atau kawasan diceroboh oleh musuh. Mereka mempercayai bahawa loceng itu dijaga oleh seorang budak lelaki dari kerabat diraja.

Budak lelaki itu membunyikan loceng jika ada apa-apa kecemasan atau bencana alam melanda. Selain itu, dipercayai juga terdapat sebuah gua yang dikenali sebagai gua Puteri boleh ditemui disini. Ia digunakan sebagai tempat menyimpan serbuk senjata, batu dan peluru besi.

Tiang bendera yang terdapat di puncak Bukit Kiara digunakan untuk mengibarkan bendera diraja ketika terdapat majlis rasmi diadakan. Tinggi tiang bendera tersebut adalah kira-kira 18 meter. Rumah api pula terletak di puncak Bukit Puteri dan berfungsi sebagai panduan kepada nelayan dan kelasi kapal yang melintasi Kuala Sungai Terengganu.

Ketika Tengku Umar memerintah, baginda membina sebuah istana yang bernama Green Palace di kaki Bukit Puteri.tetapi istana tersebut telah hangus terbakar pada tahun 1882. Baginda membina semula istana baru berhampiran kawsan Green Palace tersebut.Ia dinamakan sebagai Istana Maziah dan masih wujud hingga kini.

Kini, Bukit Puteri dijadikan kawasan tumpuan pelancong dalam dan luar ke Terengganu, sebuah bazar perniagaan dibina di bawah Bukit Puteri yang dinamakan Bazar Warisan. Orang ramai boleh menaiki Bukit Puteri melalui bazar itu. Pemandangan indah sekitar bandar Kuala Terengganu dan muara Sungai Terengganu dapat dilihat dengan jelas di atas bukit itu.



pintu gerbang menyambut kedatangan pelancong


untuk pergi ke bukit puteri nie
boleh naik dari bazar warisan
naik sehingga ke atas
kena bayar seorang RM1.00

kami sekeluarga
mak tak larat nak naik tangga
jadi mak cuma lepak di bazar warisan
cuci mata tengok cenderahati yang ada di jual di situ

pemandangan laut dari atas bukit
memang cantik viewnya

mr.hubby
mengah jugak naik sehingga ke atas


anak-anak dengan ibu meriam dan anak meriam
besar dan kecik

ena pun nak jugak bergambar dengan mriam


meriam dari bahagian atas
kecik dan besar

nielah loceng besar yang ada di atas bukit
loceng nie fungsinya untuk dibunyikkan sekiranya ada masalah seperti kebakaran
atau ada serangan musuh

nie meriam paling besar di atas bukit
terus menuju ke laut

naik tangga lagi untuk sampai di puncak bukit
kubu namanya

ada 2 tepong di puncak bukit
untuk melihat musuh yang datang


view dari atas puncak bukit
kami anak beranak di sini

 di tangga rumah api
penting sangat-sangat rumah api nie
menjadi petunjuk kepada para nelayan untuk pulang semula

tiang bendera
untuk kibarkan bendera diraja ketika majlis rasmi

nie lubang untuk letak ubat bedil
ubat bedil tu untuk letak dalam meriam
dalam jugak lubang nie

berehat sebentar


Singgahsana ini dibina oleh Sultan Baginda Umar sebagai tempat Baginda bersemayam bagi membincangkan pelbagai strategi dengan pembesar-pembesar


kalau penat mendaki
ada wakaf disediakan 
jadi boleh berehat sebentar di sini
sambil melihat pemandangan yang cantik di atas nie
nyaman terasa



di hadapan bazar warisan
nak naik ke bukit puteri kena naik dari sini..

jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang dikuburkan di atas bukit Puteri
=)




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

1 comment:

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi