tak sah kalau datang ke terengganu
kalau tak cuba sotong celup tepung
ok kalau nak makan semua jenis yang celup-celup tepung nie
ena sangat-sangat syorkan untuk ke Warung Pok Nong
yang terletak di Mengabang Telipot
Nak tahu lebih lanjut tentang warung nie
boleh call 09-6127655 or 013-3517262
memang dorang akan angkat phone jangan risau
nak call tanya direction pun boleh =)
ena ke sini guna google map jea
syukur tak sesat
just follow jea direction yang diberikan =)
perjalanan kami ke sana awan memang dah gelap sangat
hujan pun sekejap ada sekejap stop
tapi bila sampai jea tempat yang dituju
hujan turun memang selebat-lebatnya
tapi orang yang Q memang tak berganjak
tetap setia Q dalam barisan
ena siap Q dalam hujan bertemankan payung..perghhh sanggup tu
wpun hujan turun dengan lebat
meja memang penuh semuanya
mak dan mr.hubby berdiri tepi meja yang orang tengah makan
berdoa semoga dorang cepat makan dan pergi balik hehehhehee
yang datang rata-rata bukan orang tempatan
datang memang bercuti dan dan datang memang nak makan di sini
tu yang semuanya bersabar menunggu
hujan turun adalah nak dekat 1 jam
dalam 1 jam tu ada yang dah bangun..tapi still ramai yang datang untuk makan
tak kesahlah hujan lebat ataupun tidak
cuaca mendung dalam perjalanan ke warung pok nong
tetap jugak teruskan perjalanan
hujan sudah turun
sekejap lebat
sekejap benti
tengok punyalah ramai orang
warungnya kecik jea
tapi manusia yang datang
punyalah ramai
warung nie buka 3.30pm sehingga 8pm
kalau nak makan dengan tenang
datang lah awal skit
dalam hujan kami beratur..
nie ena dah masuk ke dalam bawah bumbung
tapi baju dan seluar memang dah basah lencun lah
mr.hubby menunggu meja
kalau kami jadi orang yang tengah duduk makan
mesti rasa tak selesa
ialah tengah makan orang berdiri di sebelah
hehehehehe
warung pok nong
kedainya kecik jea
tapi yang datang masyaAllah punyalah ramai
no.telephone untuk di hubungi
mana tahu nak reserved meja dulu ker
style kat sini sempoi jea
saper cepat dia dapat
lepas jea orang dapur goreng
akan letak dalam dulang
korang boleh pilih apa yang korang nak makan
ikan
sedapnya ikan goreng tepung
kenapa erk kalay di rumah tak sukanya makan ikan
kat sini makan ratah jea
harga makanan di sini
ikan sekor RM3.50
udang 3 ekor RM5.00
sotong ikut harga pasaran
nie antara celup tepung yang kami ambil
3 ekor sotong RM38.00
2 ekor ikan RM7.00
15 ekor udang RM25.00
4 mangkuk ABC RM10.00
2 bekas ketupat sotong RM20.00
total kami bayar RM101.00
murah kan
sotong memang terbaik
sedap sangat-sangat
mak dan umairah
makan tanpa non stop
umar memang banyak makan udang
kami sekeluarga
selera sungguh kami makan
selepas 1 jam lebih menanti untuk makan
bila makan terus lupa apa yang kami hadapi sebelumnya
memang berbaloi
umairah banyak makan sotong
mr.hubby puas hati dapat makan sotong
sotongnya memang sedap
makan time panas-panas
terbaiklah
makan sotong di sini akan dibagi sekali dengan gunting
mudah untuk potong sotong tu
potong kecik-kecik senang nak ngap masuk ke mulut
kami dah sampai di sini
memang terbaik..
tak rugi datang wpun menunggu dalam basah
tak rugi menunggu untuk dapatkan meja
memang best
celup tepung terbaik in town
mmg dh byk gk bc review pok nong ni tp asal p ganu tk sempat nk try
ReplyDelete