Tuesday 22 September 2015

King Crab di The Manhattan Fish Market

saper tahu king crab
kalau rajin tengok Nat Geo mesti tahu pasal king crab nie
ena selalu tengok sebab mr.hubby memang suka tengok 
kalau tengok nelayan tangkap king crab tu
perghhh selalu akan pkir
agaknya billah dapat makan king crab nie
ialah king crab nie di luar negara jea
kalau ada di malaysia mesti harganya berlipat kali ganda kan
jadi lupakan jea lah nak makan
sedih jea ;(

tapi hari sabtu lepas
bawak anak-anak ke eCurve
tengok dinasour
dan kebetulan mak ternampak king crab nie
terus panggil kami datang tengok
wahhhh tercengang kami tengok
wahhhh bila tengok harga ok lah
munasabah la walaupun still rasa mahal lagi
nak merasa apa salahnya kan...
biar sekali merasa untuk seumur hidup nie hehehehhee

nie kalau nelayan luar negara tangkap king crab nie
memang besar-besar
berbulan-bulan jugaklah dorang akan di laut untuk menagkap king crab nie


ada 2 jenis menu yang korang boleh pilih
rm99.90 macam yang korang tengok pada gambar nie
rm69.90 hanya king crab jea

memandangkan kami bertiga orang dewasa
dan 2 kanak-kanak
kami decide untuk ambik set punya iaitu RM99.90
emmmm takperlah
asalkan hati happy walaupun wallet akan menipis
dalam set nie ada nasi goreng..ikan dori, sotong bertepung..sayur dan mestilah ada king crab kan


king crab yang belum di masak
di letakkan di depan restaurant
tu yang tertarik dan menarik nak mencuba
besar tu

mak yang xcited tengok king crab nie
sebab mak pun tak pernah makan lagi wpun umur dan 57 tahun
jadi kami masuk untuk mencuba

umairah mendapat mahkota
macam-macam sebenarnya anak-anak ena dapat nie
kalkulatir lah..pen lah..mahkota lah..pelapik minuman lah
hahhhh macam-macam dapat kan


umar yang tak duduk diam

umairah dan umar siap tulis nama lagi di mahkota
umairah zahrah
umar zariff


anak-anak kesayangan ibu

bersama dengan wan
ena memang akan bawak mak ena ke mana-mana kami pergi
sayang mak


dapat sup
tak sure sup apa nie
tapi macam rasa sup ketam


dapat free 4 air
dan free 1 sup
jadi sangat-sangat berbaloi kan


wahhhhh terliur lagi sekali tengok king crab nie
lepas rasa king crab nie 
perghhhhh memang cair dalam mulut
isinya kasar-kasar
memang puas lah makan


hehehehhe sajer jea kumpulkan gambar king crab nie
edit dalam 1 gambar
terliur sudah


bab keluarkan isi dari kulit
mr.hubby memang power buat
pulas pada bahagian sendi
tarik dan isi terus terkeluar
tak payah nak gigit ker
nak ketuk-ketuk ker
memang nikmatnya dapat makan
cicah laks dengan sosnya
perghhhhh


i'am king in your life =)
me and mr.hubby


hah yang nie 1st time cuba
memang sedap
Sizzling Banana Fritters with Ice-cream
cair gitu jea dalam mulut
pisang..ice cream dan sos putih


kepenatan kami hari sabtu tu
dari pagi sampai ke petang
makan jea aktiviti kami sekeluarga...

rasa macam nak makan lagi king crab nie
tapi nak cuba menu yang rm69.90 jea
kan kan kan 
korang cubalah..
rugi tau tak mencuba..
bagi lidah tu rasa menu yang lain laks dari kebiasaan =)





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

6 comments:

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi