Thursday 17 September 2015

Mini Gathering di Warisan Hati Rimba Ulu Kemensah

cuti hari malaysia kami ke sini
siapa kata dalam bandar takder tempat yang super duper best nie
tak perlu nak ke Bali..untuk berendam dalam air yang sangat hijau nie
tempat yang damai dan pemandangan yang sangat memukau
kolam air bukit dan sungai yang mengalir sejuk...
memang syorkkkk lepak di sini

memula nak buat reunion bebudak sekolah
selaku ena memang selalu datang ke sini
bebudak group dalam whatssap ajak reunion dan lepak di sini
ena pun ok jea..dan tetiba menjadi organizer 
ok jea bagi ena nak organizer semua benda..
memula lebih 22 orang nak join
tapi last minute seminggu nak datang ke sini yang nak join tinggal 3 orang jea termasuk ena
alamak takkan lah kami 3 family jea nak 
jadi ena ajaklah family ena join sekali
bagi meriahkan lagi suasana hehehehe

sehari sebelum datang ke sini
ena siap-siap beli ayam, daging, kambing untuk di marinated
kami buat style potluck..semua bawak makanan
tapi ena yang bawak lebih sebab nak jamu semua orang makan kan
makanan yang ada setelah dihidangkan
BBQ : ayam, daging, kambing, sosej
spegethi
nasi lemak hijau
sandwish
roti jala kuah kari
karipap
buah limau dan tembikai
jajan
air teh o, sunquick, nescafe 
salad kimchi
tengok menu terliur sudah...
mandi makan pastu mandi lagi..pastu makan
hehehehehe tu jea lah kerja kami di sana

ena jumpa dengan imah dan apis di Petron Bdr Baru Sg.buloh pukul 8.30pm
sobri dan anith gerak sendiri ke sana
bagi direction..mudah jea jumpa tempatnya

kalau ada yang nak ke sini..
ikut direction yang ena tulis nie yea..
in syaa Allah takkan sesat punya

korang pergi ke zoo negara
masuk jalan sebelahnya
terus jea jangan masuk mana-mana kawasan perumahan laks
dalam 10 minit tu belok ke kiri..akan jumpa kolam ikan
terus jea ke depan
akan jumpa chalet jinbara..jangan pergi situ laks
korang pergi sebelahnya
warisan hati rimba...

kalau nak walk in datang biasanya chalet mesti penuh
kena booking dulu yea
harga chalet
kalau nak bermalam RM80.00
kalau datang hari RM50.00
 boleh hubungi kak Elly untuk booking dahulu

Kak Elly : 013-324 5916

saper nak datang ke sini
kalau nak bermalam elok datang pukul 6ptg
kalau nak datang pagi..seeloknya pukul 8pg
sebab kalau lewat takut akan berselisih dengan kereta
sebab jalanya kecik...

ok dah abis citer
jom cuci mata melihat keindahan tempat nie
dan aktiviti yang kami lakukan di sini
ops lupa laks nak bgtahu
ada aktiviti lain boleh buat selain mandi manda
ada karaoke, jungle tracking, atv, mandi waterfall
best kan....
tapi ena datang ke sini nak mandi manda jea..
nie pun dah happening dengan family, kawan-kawan dan anak-anak

sangat-sangat jernih airnya
memang tak sejuk mandi dalam kolam nie
sebab airnya dari air bukit
mandi pukul 2 pagi pun rilex lagi =)


nie antara barang yang ena bawak
memang penuh bonet dengan barang
pukul 6pagi lagi dah bangun untuk siapakan semua makanan
dan bawak semua kelengkapan
takut ada barang yang tertinggal nanti ker

pukul 8pagi dah gerak dari rumah
yeayyyy berjaya pujuk ayah untuk datang bercuti kali nie
selalunya ayah memang taknak ikut
memang suka duduk di rumah jea...
umairah dan umar siap-siap dari rumah pakai baju mandi
sampai terus terjun jea hehehehe


kami sampai yang terawal
senang nak parking kereta
datang lambat emmang susah lah nak parking kereta
parking kereta terus jea depan chalet..
dan bawahnya sungai

kolam ikan
besar-besar ikan dalam kolam nie
dapat goreng memang sedap nie hehehehhe


di sini ada 3 kolam
nie kolam yang pertama
suka mandi di kolam nie lagi
sebab dasarnya berpasir
dan warna air kolamnya memang hijau
tak sejuk mandi dalam kolam nie sebab airnya dari air bukit


sejuk mata yang memandang
damai dan tenang jea di sini
sebab tulah family ena memang suka datang ke sini


dari kiri
lini..ena dan imah
imah adalah kawan baik ena dari sekolah rendah lagi
dah lebih 28 tahun kami berkawan
skang nie anak-anak kami laks berkawan


dengan anith
kawan sekolah menengah


tugas hidupkan api
mestilah orang lelaki kan


kaum bapak-bapak
badan masing-masing memang sepesen jea
hehehehhe


adik ipar apis dan mr.hubby
bbq time
bakar kambing..daging..ayahm..ikan..


sobri potong kambing
bagi kecik-kecik skit
boleh makan dengan kimchi
salad kimchi dengan daging sumbat
deabak


ena dan mr.hubby
kenalah romantik skit hahahahaha


lepak bawah khemah
kita makan dulu


family anith dan imah
bagi anak-anak makan kenyang-kenyang dulu sebelum berendam


imah dan anak-anaknya
bebudak nampak kolam
memang dah menggelupur nak masuk terus lah
tak sabar-sabar sudah

family anith
dah 3 orang anaknya
ena jugak baru 2 orang
tapi tetap bersyukur kan
Alhamdulillah


datang jea terus masuk dalam kolam
nie kolam kanak-kanak
paras pinggang kanak-kanak lah
bawahnya sungai
memang damai


bapak budak pun join terjun sekali dalam kolam 
suam-suam airnya

anak-anak kecik
mestilah mak bapak terjun sekali
best wooo


sementara kawal anak-anak mandi
kami duduk di tepi isi perut jugak
sambil tu suap anak-anak makan
pastu terjun semula masuk kolam


anak-anak enjoy mandi kolam

buat keretapi
seronok tengok


kami mandi di kolam yang pertama
di sini barulah mak bapak enjoy nak berendam
sebab dalam skit
paras dada ena jugaklah
yang budak-budak kena pakai pelampung kalau nak mandi di sini


bukan anak-anak jea main keretapi
wan dan p.cik pun ikut sekali join


yang best di ko lam yang pertama nie
kita boleh lompat dari batu besar yang anak ena berdiri tu
dari situ terjun masuk ke dalam kolam
buatlah terjun tiruk ker
terjun lompat ke belakang ker
yang pasti enjoy
ena pun terjun jugak hehehehhe

kami semua..
berendam sampai kecut satu badan =)

muka-muka puas dapat mandi
keseronokkan berganda-ganda biladapat spend masa dengan family
dan sahabat baik

lepas mandi dalam kolam pertama
sambung lagi mandi ke kolam kanak-kanak

di mana sahaja keretapi tetap ada
hehehehhee

sambung mandi ke sungai
sungainya airnya cetek jea


anak-anak yang tak kenal erti sejuk
enjoy jea semuanya

aksi-aksi anak-anak
hehehehe susah jugak nak snap gambar dorang nie
asyik berlari jea

ena dan imah
my bff
aksi gila-gila

bawak jala kecik
bad layan anak-anak tangkap ikan dan udang
anak-anak pakat cari botol nak simpan udang dalam botol

sabar menunggu udang 
pengsan bad cari udang untuk anak-anak yang tengah Q
memang kelakar


sambung mandi ke kolam no.2
kolam nie besar skit dari kolam no.1
dalam jugak
jadi anak-anak kena pakai pelampung mandi dalam nie


umairah dan iman
macam mana mak dorang berkawan dari kecik
skang nie
anak-anak laks berkawan dari kecik

memang enjoy cuti kami hari rabu yang lepas
memang tempat nie menjadi tempat kemestian
kalau anak-anak nak mandi kolam
sangat-sangat puas hati =)


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

7 comments:

  1. Best na....nti boleh ajak famili aku....

    ReplyDelete
  2. ni yg teringin nk mandi sungai ni

    ReplyDelete
  3. Kalau agak letih nak masak. Request kat kak Elly masak ayam lemak cili api. Lagi syiokk..

    ReplyDelete
  4. Kalau agak letih. Boleh la request kat kak Elly masak ayam lemak cili api. Lagi syiokkkk

    ReplyDelete
  5. teringin nak berendam air sungai ler plak hehe

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi