Friday 4 September 2015

Terengganu : Masjid Terapung

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih di kenali dengan nama
Masjid Terapung..
bila sebut masjid terapung mesti semua orang tahu kan...
kalau datang ke Terengganu
tak lengkap percutian kalau tak datang ke sini..
kami dapatlah solat asar di sini..
Alhamdulillah

ok jom baca dulu tentang sejarah Masjid Terapung nie..

Masjid ini direka oleh seorang arkitek terkenal yang merupakan anak jati negeri Terengganu dan juga merupakan kerabat diraja Terengganu iaitu Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Projek ini dimulakan pada September 1991 dan siap sepenuhnya pada Januari 1994 dengan kos pada masa itu RM6.997 juta. Proses pembinaan projek ini pula dilakukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Seni bina masjid ini merupakan gabungan seni bina Islam dari timur tengah dan tempatan. Berkeluasan kira kira 1372 meter persegi, ia mampu memuatkan seramai 1000 orang jemaah pada satu satu masa. Kawasan solat pula terbahagi kepada dua iaitu jemaah lelaki di tingkat bawah manakala jemaah perempuan pula di tingkat atas. Kenapa ia dinamakan Masjid Tengku Tengah Zaharah? Ia dinamakan sebegitu sempena nama bonda kepada Al Marhum Sultan Terengganu pada masa itu Tuanku Intan Zaharah Binti Al Marhum Tuanku Setia Raja. Ia dirasmikan oleh Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Syah iaitu Sultan Terengganu pada masa itu lah. Walaubagaimanapun disebabkan kedudukan masjid ini seolah olah terapung di atas air menyebabkan orang Kuala Terengganu lebih suka memanggil masjid ini sebagai masjid terapung.

ok jom cuci mata tengok apa yang sempat ena snapkan...


cantik sangat masjidnya
putih memukau mata
kalau datang petang skit
masa matahari nak terbenam
pemandangan waktu tu adalah yang terbaik
matahari betul-betul belakang masjid..
memang memukau mata yang melihatnya

umairah yang berposing
umar dah tak sabar nak tengok ikan dalam kolam
jangan saper-saper datang ke sini nak memancing yea
sini kawasan larangan untuk memangcing
ikan-ikan yang ada dalam kolam memang besar-besar

ada orang jual makanan ikan
1 peket rm1.00
baling jea dalam kolam
memang menderu ikan timbul nak makan


mak di hadapan masjid terapung


kami berdua
tak lengkap kalau tak snap gambar bercouple hehehehe


umar yang handsome =)


mak kesayangan =)


ehhhh mestilah ena pun nak berposing depan masjid terapung jugak


masamnya muka mr.hubby
masa nie cuaca panas skit
muka memang kena berkerut skit
sebab cahaya matahari memancar depan mata 


masing-masing leka tengok ikan dalam kolam


tak tahu apa nama ikan nie
memang banyak


ikan todak pun ada
ikan besar tu tak tahu jenis apa
ada bintik-bintik di badannya


kongsi makanan ikan
sama-sama beri ikan makan


umar leka tengok ikan yang timbul
memang banyak sangat


duduk lama di sini pun memang anak-anak suka
sebab damai sangat di sini


mr.hubby nyanyi lagu ikan kaloi
hahahhahaha


umairah


ena pun nak jugak selfie depan masjid...
nampak putih melepak laks muka ena
lepas solat tepek bedak tanpa tengok cermin
nie lah dapatnya....

sekitar masjid terapung nie
ada gerai orang jual cenderahati dan gerai minum...
jadi nak cari ole-ole, bolehlah beli di sini
kenangan =)


bolek klik link di bawah cerita ena sepanjang di Kuala Terengganu =)





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

2 comments:

  1. masa outstation ganu pn ada singgah sini...tp kt blog tk sempat cite...bz benor hehe

    ReplyDelete
  2. Xpenah smpai terengganu lg na...

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi