Friday, 31 May 2013

We Got Married

We Got Married
eh!! siapa yang kahwin
akukan dah kahwin eheh "p

sejak tengok We Got Married Global Edition di Astro 393
terus tersuka laks layan reality show nie
memang best la
sweet jea..comey jea..romantik jea..terus aku xcited nak sweet sweet jugak dengan mr.hubby
terus jea jeling mr.hubby
"dah tak romantik kan kita nie sayang"aku
terus mr.hubby kiss pipi
auwwww so suwettttttttttt

dah dah dah kembali kepada tajuk cerita kehkehkeh

ok We Got Married nie ialah reality show
yang mengisahkan artis lelaki dan artis perempuan
disatukan sebagai suami dan isteri dan digandingkan dalam
rancangan "We Got Married"
pasangan harus menjalankan tugasan sebagai pasangan yang sudah berkahwin
tapikan walaupun tahu dorang berlakon
tapi bila tengok wahhhhhhhh rasa macam dorang tu
betul-betul sudah kahwin
ataupun sedang hangat bercinta
ala ala ala ala aku pun nak jatuh cinta semula dengan mr.hubby la

so suwettttttttt gila la
dah la pasangan yang dijodohkan nie comey-comey
geram tau tengok
umairah pun suka jea tengok
skang nie umairah panggil babah dia 
"Oppa" hahahahahha sabar jea la
maksud Oppa ialah Abang

cuba aku gediks panggil mr.hubby Oppa
confirm guling-guling suami aku tergelak
hahahahhahaha aku pun rasa nak tergelak "D
malu saya tau

ok untuk We Got Married Global Edition
pasangan perempuan ialah dari artis negara luar
pasangan lelaki memang artis dari korea

--pasangan We Got Married--

--comey jea pasangan masing-masingkan--

--korang suka pasangan yang mana satu--
aku suka pasangan sebelah kiri
mr.hubby suka pasangan sebelah kanan


--nie pasangan Hongki dan Mina--
Hongki dari group FTIsland
Mina dari Jepun
memang fasih cakap bahasa Korea

--aku suka couple nie--
sebab dorang berdua memang comey dan tak over sangat bila berdua

--suka bila tengok Mina buat gaya Gwiyomi--
cute sangat

--gambar kahwin pasangan Hongki dan Mina--
aku suka sangat tengok gambar kahwin dorang nie
sweet kan

--couple ke dua ialah Taecyeon dan Gui Gui--
Taecyeon dari group 2pm
Gui Gui dari Taiwan

gambar kahwin dorang nie buat di outdoor 
pun sweet gak

--honeymoon dorang di pulau Jeju--
mr.hubby suka dengan pasangan nie
sebab suami aku cakap dorang nie macam kebudak-budakkan

--gui gui memang comeykan--
umur pun baru jea 24tahun

--memang kebudak-budakkan skit--
tak suka la

skag nie aku tengah melayan laks kat Utube
We Got Married Korea laks
we got married kim hyun joong + hwang bo
suka sangat la dorang nie
sweet gila gak
tetiba rasa nak bercinta semula la huhuhuhu

ok kalau korang nak tengok 
meh sini aku letak vidoe couple nie
mana tahu korang pun akan terjebak melayan sama macam aku
eheh




selamat cuci mata hehehehhee


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Nasi Kukus yang Menyelerakan

lunch tadi kami pergi ke Matang Pagar
untuk perkena Nasi Kukus terbaik
aku rasa Nasi Kukus yang terbaik pernah aku rasa dan makan
memang sedap

korang suka tak makan nasi kukus
bagi aku suka jea
sebab bila beli tu tak payah nak pening-pening kepala nak pilih lauk apa
sebab di situ semuanya sudah ada
kuah kari..sayur..sambal belacan dan ayam berempah
nyum nyum nyum sedapnya

--nasi kukus--
makan masa panas-panas memang habis sepinggan aku makan
lapar gila aku hari nie hehehehehe

--aku dan Eikin--

aku dan Fiza jea makan habis
Eikin makan skit..jaga badan eheh

sorry Fiza tak dapat datang ke rumah Fiza esok
kak Ena balik Melaka
tapi k.ena doakan semoga kenduri masuk rumah baru berjalan dengan lancar
Amin

jom kenal Fiza


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Jangan Risau, Pasti Berubah

terbaca di dalam majalah Lisa
korang beli tak majalah Lisa
aku beli sebab nie antara majalah yang termurah
hanya RM3.90 eheh
ok gak info yang disisipkan di dalamnya
yang pasti banyak info mengenai kecantikkan la
bagus tu..boleh dipraktikkan

ok aku nak kongsi ilmu mengenai tabiat orang lelaki nie
best gak bacanya
--ok nie dia..aku type sebijik-sebijik dari dalam majalah Lisa--


Satu kajian yang dijalankan Pusat Penyelidikan Wanita Antarabangsa dan Istitut Promundo Brazil, mendapati responden lelaki yang telah berkahwin, mempunyai pendidikan sehingga tahap sekolah menengah dan biasa melihat bapanya membantu dalam hal-hal menjaga rumah akan lebih cenderung membantu pasangannya menguruskan rumahtangga. Keja-kerja domestik yang dimaksudkan di sini termasuk membasuh baju, membeli dan menyediakan makanan, mencuci tandas, mnegemas rumah, membayar bil-bil dan membaiki apa0apa kerosakan barangan. Dalam kaji selidik yang dijalankan di Brazil, Chile, Croatia, Indoa, Mexico, Rwanda dan Afrika inu juga didapati lebih ramai lelaki bujang mengakui mereka kurang menolong di rumah berbanding suami orang. Dari keputusan ini, kumpulan kaji selidik merumuskan yang kebanyakkan orang lelaki akan mengubah pandangan mengenai tanggungjawab mereka di rumah selepas berkahwin dan setelah umur meningkat, iaitu setelah berpengalaman hidup secara berpasangan dab berkeluarga. Jadi, usah risau jika teman atau suami kamu tidak suka melakukan kerja-kerja rumahtangga kerana ada harapan dia akan berubah nanti!
Sumber : Dari Majalah Lisa June13

--majalah Lisa untuk keluaran June2013--


betul tu jangan la korang risau kalau suami, adik lelaki, abang lelaki, teman lelaki
korang yang malas nak menolong tu
lepas dorang insaf dan timbul kesedaran pasti mereka akan membantu kita kaum wanita nie
menguruskan hal rumahtangga

sebagai contoh adik lelaki aku Sobri
sebelum kahwin emmang pemalas
tapi sejak sudah berkahwin nampak ada perubahan skit
sudah ringan tangan bila aku minta pertolongan
berubah ke arah kebaikan 
siapa yang tak suka kan

pasti kita akan bertambah sayang pada insan yang kita cintai
betul tak...

selamat hari Jumaat
dan selamat berhujung minggu
hujung minggu nie aku akan balik ke Melaka...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 30 May 2013

Blogger Invitation ~ Poise

dapat email dari Ms.Sophia untuk Blogger Invitation
anjuran Poise
lihat pada Penceramah memang menarik dan tertarik
memang niat di hati nak pergi tapi pada tarikh tersebut aku ada di Melaka
adik sepupu akan berkahwin huhuhuhuhu
kalau pergi ingat nak bawak Mak aku sekali
biasalah masalah perempuan kan..
sama-sama akan melalui stage tersebut

macam masalah mak aku
kalau batuk kuat sangat pasti akan terkencing sedikit
pastu kalau ketawa kuat sangat pun pasti akan terkencing sedikit
aku rasa masalah nie di alami kaum wanita usia 50an
betul tak

tu yang rasa kecewa skit tak dapat nak hadir
kalau dapat hadir pasti mak aku akan gembira
kan kan kan
--Blogger Invitation--
duta ialah Raya Azura

Blogger Invitation ke dua
yang aku tak dapat hadirkan diri ialah
Sofia the First
masa jemputan tu aku sibuk menguruskan majlis adik lelaki
kalau dapat pergi pasti umairah akan happy
huhuhuhuhu 

--kartun nie sudah ditayangkan di Astro pun--
tapi tak berkesempatan lagi nak tengok

teman-teman ada dapat tak invitation nie
ada siapa yang pergi...
siapa yang pergi nanti kongsi ilmu bersama-sama yea




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Laneige K-Beauty Contest

hai blogger semua..
rata-rata wanita di luar sana mengimpikan kulit secerah, bersinar dan semulus bak kulit telur rebus "D
betul tak
ataupun semulus kulit bayi..pada mereka yang tiada masalah kulit muka, pasti tiada kerisauan..
Tapi pada diri Ena, yang sudah menjengah usia 30an, penjagaan kulit muka amat dititikberatkan, 
tidak seperti kulit muka ketika usia 20an, tiada masalah rumit yang terjadi..
Tapi kini sudah ketara timbulnya kulit muka tidak sekata, mata panda, liang  yang terbuka luas, parut jerawat dan paling serious uwaaaaaaaaaaaa terdapatnya ruam-ruam kecil di sekitar dahi ~ ruam kecil nie memang membuatkan diri Ena tiada keyakinan diri ketika berhadapan dengan teman-teman sepejabat..
Dan paling tidak suka, ruam kecil nie membuatkan Ena tidak berasa diri cantik di hadapan suami tercinta. Perasaan seorang isteri, mahukan wajah kelihatan cantik berseri dan cantik natural di hadapan suami. 
betul tak korang "D

--kulit muka Ena yang mempunyai masalah ruam kecil di sekitar dahi--
harap produk Laneige dapat mengatasi masalah Ena nie huhuhuhu

Bila mengetahui tentang produk Laneige
terasa hati membuak-buak untuk mencubanya 
Nak-nak Ena adalah peminat tegar artis Korea ataupun K-Pop 
terasa cemburu dengan kulit muka artis korea yang sentiasa nampak natural dan gebu jea..
bila mengetahui Song Hye-Kyo ialah duta kepada produk Laneige lagi hati melonjak-lonjak untuk mencuba produk Laneige
Bila tahu Nuffnang ada mengadakan Contest, terus hati untuk mencuba nasib untuk join contest tersebut..
Mana tahu ada tuah untuk join make-over dari Laneige..
Tuah ayam nampak di kaki, tuah Ena..siapa yang tahu, betul tak...
fuh fuh fuh harap adalah peluang tersebut..
Amin


--duta Laneige ~ Song Hye-Kyo --
siapa taknak kulit secerah dan semulus kulit Song Hye-kyo


--fabulous skin..glowing..dan sentiasa muda kelihatan--
yang bab paling mahal sentiasa muda kelihatan tu eheh
Ena pun nak kelihatan sebegitu jugak "D


--Ena minat pada Song Hye-Kyo sejak kemunculan drama Full House--
memang minat gila la Song Hye-Kyo 
comey sangat dia dalam drama tu kan

--dan terbaru drama Song Hye-Kyo ialah That Winter, The Wind Blows--
memang best drama nie dan penuh dengan tragis

artis dengan produk memang tidak dapat dipisahkan
apa yang artis pakai
pasti peminat akan tertarik untuk menggunakannya
begitu jugak dengan diri Ena
siapa yang taknak kulit seperti artis pujaan
betul tak??

untuk produk penjagaan kulit muka
Ena berminat dengan 3 produk Laneige
iaitu :

Pertama (1) :
--Water Bank Essence--
Long-lasting Moisture Essence for Smooth and Clear Skin Texture
ok untuk produk Laneige nie
Ena berharap sangat untuk mencuba produk yang berasaskan "Water Bank"
kulit muka Ena yang sensitif pasti tidak akan alami masalah sekiranya menggunakan produk yang berasakan air nie..

Ke Dua (2) :
-Pore Care--
suka jugak dengan produk nie
sebab masalah ketara di wajah Ena ialah liang puri yang terbuka luas
di harap sekiranya dapat menggunakan produk nie dapat mengembalikan keremajaan kulit Ena
dan dapat menghilangkan Blackhead di sekitar hidung
ececeheceh :p


Ke Tiga (3) :
--Water Sleeping Pack--
metabolisme kulit terjadi ketika waktu kita nyenyak tidor
jadi dengan menggunakan water sleeping pack nie dapat mengurangkan kerosakan terjadi ketika kita sedang tidor..siapa taknak ketika bangun pagi,  kulit muka kelihatan cerah, segar dan mulus.

siapa keluar rumah tak pakai make-up langsung
sila angkat keyboard hehehehehehe
untuk make-up Ena suka pakai simple jea
hanya memadai dengan bedak compact, blusher dan lipstick
itu sudah menceriakan wajah Ena
eheh
kalau pergi ke pejabat sama jugak alatan make-up yang Ena pakai
cuma ada penambahan dengan memakai eye-liner
supaya mata tidak kelihatan sepet sangat eheh

Untuk Produk Make-up Laneige
Ena berminat dengan : 

Pertama (1) :
--Laneige BB Cushion--
New-concept Cushion BB for Whitening + Sunscreen + Sweat-proof + Soothing + Makeup Effects
  • Functional Cosmetic : UV Protection , Whitening
lengkap untuk sebuah bedak compact
mudah tak perlu lagi pakai BBQ cream


--siapa taknak kulit semulus kulit Song Hye-Kyo --
putih melepaknya kulit dia kan

Ke Dua (2) :
--Eye Liner--
Eyebrow liner that has excellent adhesiveness to express delicate brow lines

dapat menyerlahkan mata yang galak,
bulat dan menyerlah kecantikkan mata "D

Ke Tiga (3) :
--Snow Crystal Lipstick (Peach Pink)--
pink memang tak dapat dipisahkan dengan Ena
Lipstick berwarna pink emmang kesukaan Ena

Ke Empat (4) :
--Lip Treatment--
Lip treatment keeping lip healthy and hydrated

boleh di pakai ketika tidak melakukan sebarang aktiviti
rawatan pada bibir penting kerana bibir adalah tarikan utama ketika kita bercakap dengan orang
betul tak "D
bibir yang sihat amat dititikberatkan


Ke Lima (5) :
--Blusher--

supaya pipi kelihatan blushing
pinky-pinky gitu
pasti akan menyerlahkan raut wajah kita yang comey tomey "D


macam mana cukup lengkap dengan Info yang Ena berikan
mahukan kulit wajah semulus dan secerah artis k-pop
dan  keremajaan kulit wajah seperti Song Hye-Kyo
Laneige adalah jawapannya

jom layan iklan Laneige dari  Song Hye-Kyo
pasti korang terpegun dengan kecantikkan wajahnya
cemburu aiii tau



untuk lebih info mengenai produk Laneige
boleh view di sini

-- di harap Ena terpilih untuk beauty make over nie--
harap-harap Nuffnang akan memilih Ena

cha yok cha yok
Annyeong Haseyo



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Dalam Perancangan

In Sya Allah
hujung tahun atau awal tahun hadapan
apa yang dirancangkan akan menjadi

hasil lukisan dari Ayah
akan bina rumah sewa
harap menjadi seperti apa yang dimpikan dan dirancangkan

In Sya Allah
Amin



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

FM dari Jakarta

hari selasa lepas
masuk jea ofis
nampak ada seketui FM atas meja
bila nampak tu memang sudah tahu siapa yang berikan
Exec kami Sabri baru jea balik bercuti dari Bandung
jadi belikan ole-ole nie kepada member ofis
rajin betul Sabri nie berjalan-jalan ke luar negara
emmm bujang lagi boleh la pusing dunia kan
emmmm best nya dapat berjalan ke luar negara
teringin nak jejakkan kai ke Korea
boleh eheh

--pergi ke Bandung tapi dapat FM Jakarta--
tak kesah la asalkan ada tanda ingatan untuk kami eheh
simple tapi cantik

--serta ada kudapan dari Bandung--
semuanya sedap-sedap belaka

TQ sabri sebab ingat kami di ofis nie
lain kali jangan lupa belikan lagi untuk kami di sini
bertambah lagi koleksi FM di rumah



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 29 May 2013

Minat Korea Minat Burger Korea "P

korang suka tak tengok drama korea
sila angkat keyboard hehehehehe
aku emmang suka sangat layan drama korea nie
umairah pun melayan jugak walaupun dia tak faham sangat

palaing dia suka tengok ialah Running Man
game show nie memang family aku melayan
kelakar tak ingat
pecah perut aku tergelak
tengah-tengah malam pun sanggup gal melayan
gelak mengilai tengah malam kehkehkeh
paling suka tengok Kwang Soo dan Jong Kok
melayan jea gelak tengok dorang berdua nie bergaduh
lawak gila eheh

nanti Jong Kok nak datang malaysia kan
emmm tiket mahal la
ingat nak masuk conetest di TV2 tapi aku takder laks di rumah
hujung minggu nie akan balik ke Melaka
adik sepupu akan berkahwin
emmmm ada cara lain tak untuk dapat tiket free lihat Jong Kok
kalau ada beritahu yea "D

lunch tadi makan di KFC
try promosi terbaru Burger Korea
emmm ok la cuma rasa pedas skit
--set menu pilihan aku--
RM11.00
tak terhabis pun makan
potato wedges tak terusik pun
kenyang sangat lepas makan burger dan seketul ayam
burpppp Alhamdulillah

--nampak perubahan muka--
hehehehhe itu rahsia #perfect365
canggih betul la
muka yang pucat lesi terus jea berseri-seri eheh

--Eikin memang kalau makan set kfc pasti akan ambil kedua-duanya mash potato--
dulu-dulu aku memang tak tahu kita boleh pilih macam tu
hah korang kat luar sana pernah tak buat macam nie


sukanya dengan mamat nie
handsome sangat-sangat kan

korang jangan lupa yea
kalau korang tahu ada contest pasal Jong Kok beritahu yea
sayang korang



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Keranamu Pemadam Api

malam tadi
keluar dinner ke Sri Damansara dengan Eikin
ajak mak sekali
konon-konon nak makan Burger Bakar
tapi bila mak nampak Domino Pizza
terus cancel niat nak makan Burger Bakar
tukar plan asal terus makan di Domino Pizza

ok la sebab orang pun takder
cuma ada couple jea yang tengah makan
aku dan Eikin terus ke kaunter pilih menu pilihan hati dan terus buat bayaran
macam biasa bila umairah, umar dan rayyan berjumpa
sudah bergabung tenaga
budak hyper aktif terus bertambah-tambah aktifnya
tapi aku, mak dan Eikin borak jea
malas nak amik pot sangat peel budak bertiga tu
cuma kali nie umar duduk berkepit dengan wannya
umairah dan rayyan sibuk melompat nak ambil tisu

rasanya baru jea duduk dalam 5 minute
toleh sekali ke belakang, ok jea budak berdua tu melompat
sudah tegur jangan lompat nanti jatuh
dengar sekejap jea
lepas tu melompat semula
kali ke dua aku toleh ke belakang

terus warna putih menyembur 
aku yang terpaku
hanya tengok jea
umairah dan rayyan dah berlari duduk sebelah aku
arggggg sudah
pastu terus habuk putih berterbangan dalam restaurant
baru la masa tu kami semua keluar
sambil terbatuk-batuk

bila sudah keluar baru dapat berfikir dengan logik
apa yang telah terjadi
budak-budak crew sibuk mengipas-ngipas habuk bagi keluar
semua barang yang terdapat dalam restaurant habis berhabuk putih
lantai memang tebal la habuknya

di luar umairah dan rayyan dah duduk menikus..takut rasanya
aku dan Eikin dengan mak aku sekali
tak habis-habis gelak
orang yang berhampiran terjeguk-jeguk tengok apa yang terjadi
emmmm nasib baik la takder perkara serious berlaku

sebab sudah bayar bil jea kami tetap berada di situ
kalau belum bayar memang aku ajak semua orang balik
malu nak tunjuk muka di situ
emmmm lepas nie confim muka kami wanted di situ
muka tak boleh masuk kedai kehkehkehkeh

tapi di sini aku nak tekankan
pihak manager Dominos Pizza sepatutnya meletakkan Pemadam Api di tempat yang sepatutnya
bukan letak di tepi singki yang ketinggian hanya di bawah lutut
lagi satu aku tengok semula safety pin pada pemadam api memang takder
cehhhh apa kes, takder buat pemantauan tentang pemadam api ker

sudah reda semuanya
crew domino sibuk mengelap lantai
Eikin laks meneglap tempat yang kami nak makan
crew kat situ siap tanya lagi
"nak makan sini ker kak"crew domino
"memang nak makan sini ker kak"crew domino
alahai soalan macam nak halau kami balik jea
ialah mesti la kami nak makan di situ jea
tak kuasa nak makan di rumah
dengan muka slumber jea
kami makan sambil gelak-gelak lagi
tak kesah lah suasana dalam restaurant baru jea lepas megalir lava gunung berapi

memang kelakar kalau diingatkan kejadian malam tadi
sampai skang nie kalau bercerita dengan Eikin
confirm kami still boleh gelak lagi hahahahahaha


--keadaan restauran Domino yang masih berkelabu dengan habuk pemadam api--

--umairah, umar dan mak yang cuak duduk di luar---
tengok sampai ke luar habuknya berterbangan

--setelah keadaan reda--
budak-budak crew tengah sibuk membersihkan kawasan dalam restaurant
habis semuanya berhabuk

--lantai yang dipenugi serbuk putih pemadam api--
kesian crew sebab nak hilangkan serbuk nie confirm kena cuci lantai
memang tak boleh sapu pun

--keadaan pemadam api yang di gantung--
takder langkah keselamatan yang diamalkan


--Pn.Eikin tengah membersihkan tempat makan kami--
pekerja sambilan di situ kehkehkeh

--gelak-gelak jugak tapi tetap makan--
habis la semuanya sumbat dalam perut kami

--mak yang tak habis-habis gelak--
tengok gelagat cucu-cucu dia
lawak siot

--umairah dan rayyan--
masing-masing salahkan diri masing-masing
sabar jea la

--umar yang kusyuk makan buah zaitun atas pizza--
banyak jugak si bam bam nie makan

--aku yang panik--
kalau kebakaran betul confirm kami semua nie rentung
boleh duduk diam jea tengok serbuk pemadam api tersembur
eheh

--Eikin dan Rayyan--
meratah makan kepak spicy

--umar..umairah..rayyan--
emmmm budak bertiga nie berjumpa
ada jea peel yang dibuatnya
emmmm bergabung tenaga sungguh la budak bertiga nie

--yeay kami yang hyper aktif--
sebelum balik snap gambar budak bertiga nie depan Domino

aku rasa budak-budak crew Domino tengok kami balik
pasti dapat tarik nafas lega
eheh

korang pernah tak alamai situasi yang sebegini
emmmm sangat la dramatik youall
terbaikkkkkk



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi