Friday, 29 November 2013

Makan Satay

setiap bulan
kalau sekali tak perkena satay
memang tak meriah hidup hehehehe

aku makan satay biasa-biasa jea
tapi yang memang kegilaan satay nie
adalah mak dan umar
umar nie mengikut betul wannya...

lepas hantar set slimming shaklee
pada customer di Damansara Damai
terus belanjer mak makan di Satay Subang
baisalah area sg.nuloh nie bukan banyak sangat pilihan untuk makan satay...

kali nie kami makan di kedai jea
malas nak beli tapau
ialah ubah selera jugakkan 

sambil menunggu order kami sampai
aku borak-borak dengan mak
umairah dan umar pun borak-borak jugak tau
tapi borak dengan budak dari meja lain
hehehehhe umairah memang ramah tamah
semua orang dia nak tegur

last-last bebudak kat situ jadi kamceng
siap main sesama lagi
emmmmm

korang suka makan satay tak
--order satay 30 batang jea--
pastu mak order mee goreng basah
rasa dia ok lah
satay memang sedap

--kuah satay dan nasi himpit--
aku suka lagi kuah satay hj.samuri
sedap dan berlemak gitu

--ok sila abaikan lubang hidung umairah yang besar tu yea--
nie yang paling ok sekali
gambar yang lain semuanya dikembangkan hidungnya
sabar jea lah

--umar memang kusyuk bila makan satay--

--memang berlawan makan satay--
umar dengan mak
cucu dengan wan sama naik jea kalau makan satay

--umairah dan umar--
sorang peramah
sorang lagi pemalu
dua-duanya berbeza
tapi kalau bergaduh macam kucing dengan tikus hehehehe




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tamat Sudah Mini GA : Saya Nak Supplement Hebat

wahhhhhhh ramai jugak yang sudi join
contest yang ena buat di blog ena nie

terima kasih yang sudi join
contest ena nie
seramai 54 orang
telah merajinkan diri dan bakal layak menerima supplement HEBAT dari Ena

ok untuk last round
korang boleh buat semakan
ada tak sesaper yang telah join tapi namanya tidak tersenarai

cepat-cepat check yea
sebab esok ena akan umumkan pemenangnya
sebab ramai yang join ena akan
umumkan 3 pemenang
sebelum nie dalam kepala otak
tak ramai yang sudi join contest di blog ena nie
jadi sorang jea la kot pemenangnya
tapi bila lihat senarap peserta
terus dengan baik hatinya nak berikan 3 hadiah hebat kepada yang menang

ok cepat-cepat check yea
sama ada nama korang ada ataupun tidak
terima kasih pada yang sudi join contest di blog ena nie
=)


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Mini GA : Saya Nak Supplement Hebat

sempena bulan Nov nie
adalah bulan kelahiran Umar
Ena nak buat contest simple-simple untuk sahabat-sahabat
yang sudi join di blog ena nie :)

--umairah zahrah dan umar zariff--
anak-anak tersayang Ena
tahun nie genap umar 3 tahun

Syarat-syarat Penyertaaan mudah sahaja :

Peserta dari Blog : 
1) LIKE pages : Zarenaheeney Vitamin Shop di FB
2) FOLLOW blog ena nie http://zarenaheeny.blogspot.com
3) Buat Entry Bertajuk "Mini GA : Saya Nak Supplement Hebat"
4) tinggalkan URL link entry anda di ruangan komen nie

Peserta dari FB : 
1) LIKE pages : Zarenaheeney Vitamin Shop di FB
2) FOLLOW blog ena nie http://zarenaheeny.blogspot.com
3) SHARE gambar ini di Wall FB anda dan Tulis “Mini GA : Saya Nak Supplement Hebat”
4) tinggalkan URL link FB anda di ruangan komen nie atau di pages FB


Mini GA : Saya Nak Supplement Hebat nie
berlangsung pada 19.11.2013 sehingga 29.11.2013

hadiah yang bakal di terima oleh pemenang ialah 
supplement yang Ena jual 
supplement apa try tengok apa di bawah header blog ena
best tak :)

Pemenang akan dipilih melalui Random.org
di harap dapat sambutan dari sahabat semua
dan terus memberi sokongan kepada Ena di dalam dunia blog dan new business yang Ena ceburi
sayang korang semua....



Peserta Mini GA : Saya Nak Supplement Hebat

#10 Aliah Law http://watashiwaaliahdesu.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#11 Syuhada Salleh http://www.syuhadasalleh.my/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#12 Mama Darwiish http://mamadarwiish.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#13 Nuriesya Nadia http://nadiaradzif.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#14 Zack http://fazahunhan.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#15 Saira Othman http://whyvenusmarscollide.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#16 Cikgu Norazimah http://cekgunorazimah.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#17 Mujahiddah Agama http://syahadasyuhada.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#18 Nadhirah http://adichiee.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#19 Daris Rifqi http://justcontestonly.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#20 Noor Aina W Azmi http://chenta-taugeh.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#21 Nadratul Syazwana http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#22 Aisha Fauzi http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#23 Iza Ishak https://www.facebook.com/ishak.lyna
#24 Needa Aziz https://www.facebook.com/needa.aziz.90
#25 Shahida Rahim http://nuyushahidarahim.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#26 Siti Azura Salamat http://thesilentfreezesoul.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#27 Sya Mimie http://april-in-love.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#28 Suhaila Zahara http://lalazarryn.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#29 MG Schmidt http://melangkaugarisan.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#30 Ika http://schomells.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#31 Eyra Dzuhairah http://eyra1990.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#32 Amyma Omar http://nooramyma.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-heb.html
#33 Misse Nadh http://supernaddyss.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#34 Yang Ayesha http://purplestarz89.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#35 Ain http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#36 Ika Zulkefli http://sepupusepakat.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#37 Nik Aina http://inameowmew.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#38 Nik Aina https://www.facebook.com/cik.ina.773
#39 Tengku Butang http://honeyoyeke.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#40 Nur Mahirah http://beyondtotheinfinity.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#41 Fatin Diana http://www.fatindiana.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#42 Fatin Diana https://www.facebook.com/ftndiana27
#43 Hannan Wahyu http://hannaannnnn.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#44 Hanis Masturina http://hanismasturina.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#45 Cik Karmila https://www.facebook.com/karmilaluvleeminho
#46 Ieyzartd Syahieyr http://giveawaymudamudi.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#47 Naz Ieqa http://nazwww.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#48 Nazira Naziha http://hellomynameisnazira.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#49 Atiqah Norbeli http://atiqahnorbeli97.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#50 Atiqah Norbeli http://sipendekmataempat.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#51 Atiqah Norbeli https://www.facebook.com/photo.php?fbid=222792067899045
#52 Atiqah Norbeli http://facebook.com/nurul.atiqahhii 
#53 Hannyn Shamsudin http://theywalkinmyway.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#54 Mar Mansor http://jnjikita.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html
#55 Cik Karmila http://narumihuda.blogspot.com/2013/11/mini-ga-saya-nak-supplement-hebat.html

CLOSED SUDAH : 29.11.2013


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 28 November 2013

Aktiviti Petang

setiap petang nielah aktiviti anak-anak
turun jea dari kereta lepas ambil dari pusat nursery
kalau nampak pak chunya ada di rumah
lepas balik dari kerja
hah mulalah mengendeng dengan pak chunya

mengendeng sebab nak naik motor
nak ronda satu taman hehehehhee
kalau mood pak chunya ok
dapatlah umar naik motor meronda sampai ke Tasik Biru
kalau mood pak chunya tak ok
jangan haraplah dapat keliling kampung hehehehehe

umairah biasanya sampai jea di rumah
terus ngadap tv
layan kartun yang dia suka
dah tak berapa nak join sangat aktiviti di luar
emmmm memang ngadap tv jea lah si kakak nie
kalau aku keluar ke mana-mana pun
ajak si umairah
mesti umairah akan tanya dulu
nak pergi mana bu
kalau cakap keluar sebab nak hantar barang
emmmm memang dia taknak ikutlah
kalau panjing cakap nak hantar barang pastu nak makan sekali di luar
barulah umairah nak ikut
emmmmm simdrom anak dah besar nie =)

kalau aku dulu
pantang mak dengan ayah nak keluar
cepat jea kami adik beradik meluru nak ikut sekali
tapi bebudak skang nie
lebih rela duduk di rumah dari nak ikut mak bapak kan

--umar dan pak chunya--
rajin layan nasir dengan anak buah dia

--umar skang nie semuanya nak pakai versi besar punya--
taknak dah pakai seluar senteng-senteng nie dah

--peace yo--

--ingat nak trim skit rambaut umar bahagian yang tepi--
tapi taknak dia bila kita cakap nak potong
memag tak bagi...


selamat hari jadi umar
kita celebrate birthday umar malam esok yea
babah kerja la sayang
tak seronok kalau celebrate birthday umar babah takder huhuhuhuhu
nanti kita bawak goodies beg untuk kawan-kawan adik yea =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Set untuk Anak Cergas dan Bijak

Asyik bercerita tentang kecantikan dan kesihatan kita sahaja kan, jadi entry kali ni khas untuk ibu bapa yang inginkan anak-anak membesar dengan sihat, sentiasa cergas dan aktif serta mudah fokus dalam pembelajaran. Saya pasti, sebagai ibu bapa, sudah semestinya kita ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak kan.

Kanak-kanak juga perlukan supplement, untuk memastikan perkembangan fizikal dan mental mereka di tahap optimum, terutamanya yang mempunyai masalah seperti .....

• kurang selera makan atau memilih makan/picky eaters
• kerap demam, batuk dan selsema
• kerap sembelit
• berlebihan berat badan/obes
• mengalami masalah eczema
• mempunyai penyakit asthma

Ibu mana yang tak risau bila anak-anak kerap sakit, makan pun 2 atau 3 suap jer, sayur dan buah tak nak makan, asyik sembelit sampai pedih-pedih bila nak cuci, masalah eczema atau ada asthma sehingga membataskan pergerakannya.

Gabungan dua produk dari Shaklee iaitu Mealshake dan Omega Guard amat sesuai untuk perkembangan fizikal dan minda kanak-kanak terutamanya yang mempunyai masalah seperti di atas. Banyak feedback positif dari ibu-ibu yang telah mencuba produk ini dan berpuas hati dengan kesan ke atas anak-anak mereka.


♥ HANYA YANG TERBAIK UNTUK ANAK KESAYANGAN ANDA ♥




Kebaikan Set untuk KANAK-KANAK :

⏩ Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak ( bijak dan fokus pada pembelajaran)
⏩ Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit.etc athma, eczema
⏩ Memperkuatkan sistem imunisasi badan
⏩ Anak yang mengalami masalah berat badan

MEALSHAKE SHAKLEE
**********************
✔ Bbekalkan 19 dgn vitamin & mineral perlu utk
tumbesaran yg normal
✔ Menambah selera makan anak
✔ Anak tak mudah kerap jatuh sakit
✔ Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak2 yg berpuasa.
✔ Mengatasi masalah sembelit kanak2
✔ Sebagai cara utk menambah berat badan anak
✔ Kaya dgn kalsium, magnesium dan vitamn
protein untuk perkembangan tulang yang sihat
✔ Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak2 kerana boleh dibancuh dengan susu formula. Rasa french vanilla & teksturnya seperti susu tepung
✔ Rendah lemak & glisemik. Tiada risiko anak obesiti
✔ Sesuai untuk anak2 yg obesiti kerana beri rasa
kenyang yang lama.
✔ Makanan untuk otak yg bijak ia mengandungi kolina, kalsium & protein


VITAMIN C ® for Children Chewable
*******************************
✔Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dlm
tubuh
✔Antioksidan penting dlm melindungi sel kulit drp
rosak & melambatkan penuaan
✔Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi &
gusi yg sihat
✔Meningkatkan sistem imun tubuh
✔Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-
kanak & orang dewasan
✔Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis
ataupun pengawet tambahan
✔Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
✔1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren
iaitu bersamaan 100mg
✔Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga
kecantikan kulit dan awet muda

OMEGAGUARD
***************
✔Membantu dalam perkembangan otak kanak2, kajian menunjukkan kanak2 yg mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas
✔Dapat merawat penyakit eczema dr dalam, biasanya ibu2 ambil alternatif utk menyapu ubat luaran shj tp beberapa lama kemudian akan muncul kembali ttp dgn pengambilan omega 3 dpt mengelakkan mslh eczema utk timbul kembali
✔Tingkatkan sistem imunisasi kanak2 dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jd bila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan
✔Mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jd ianya amat berkesan utk mengurangkan serangan asma pada kanak2 dan mengurangkan penggunaan inhaler
✔Kanak2 lebih cergas dan aktif serta membantu meningkatkan fokus kanak2 semasa belajar.

AMARAN :
�� Mealshake mengandungi sumber soya & susu lembu, tidak sesuai utk mereka yg alergi soya, susu lembu & lactosa intolerance


Untuk Pesanan & Pertanyaan
sms/whatssap : 0122449373
email : zahriff@gmail.com


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Umar Zariff Sudah 3 Tahun

Alhamdulillah
hari nie Umar Zariff
anak ke dua kami
telah genap usianya 3 tahun

terasa kejap sangat anak membesar depan mata
umar yang banyak sangat peelnya
kadang-kadang sangat mencuit hati dengan telatahnya
buat kami tersenyum melihat

bijaknya membuat kami suami isteri sangat bangga
apa yang kami dapat lakukan
setiap solat mendoakan yang terbaik untuk anak-anak yang kami sayang
umairah zahrah dan umar zariff
dua-dua kami sayang
tiada perbezaan dalam memberikan kasih sayang
dua-dua kami sayang tanpa berbelah bahagi

tiada hadiah mahal ibu dapat berikan
tiada kek bertingkat-tingkat ibu dapat berikan
hanya doa setiap selepas doa ibu dapat berikan

semoga anak ibu menjadi anak yang soleh
menjadi anak yang bijak dan pandai
menjadi anak yang hormat orang tua
menjadi anak yang lembut hatinya dan mendengar kata
menjadi anak dapat meminpin ibu di masa tua nanti
Amin

--umar zariff 3 tahun--

--umar zariff 2 tahun--

--umar zariff 1 tahun--

--umar zariff baru dilahirkan--

kamu anak kebanggan ibu
=)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 27 November 2013

My Niece kena Deman Campak

Isnis lepas melawat sekejap anak buah Pija
yang kena Deman Campak
sudah lebih seminggu pija kena demam campak
masa kami datang melawat nie cacar dia dah kurang
pastu dah tak gatal sangat
sudah kembali aktif macam biasa

memula sampai tu umairah dan umar taknak salam langsung dengan pija
ialah macam pelik jea satu badan bertompok putihkan
umar asyiklah menyorok belakang wannya
umairah sekejap jea taknak dekat dengan pija
lelama ok semula
siap maian tab sesama :p

umar lah sampai ke sudah emmang taknak duduk dekat dengan pija
hehehehehe
lawak betul
biasanya umar yang akan sakat pija
kali nie pija laks yang sakat umar
terjerit-jerit umar menjerit taknak pija datang dekat pada dia
tergelak jealah kami tengok

emmmm makin keding anak buah aku nie
time sakit nie taknak makan langsung
minum susu jea
nasib baiklah susu dia nak minum
tengok badan tinggal rangka jea aku tengok

harap cepat sembuh pija
kesian mak long tengok pija nie

--umairah dan pija--

--umar buat hal dia sendiri jea--
taknak dekat dengan pija

--tengoklah lebih rela duduk di bawah dari duduk dekat dgn pija--
hahahahahhaha

agaknya apalah yang umar pikirkan tentang pija kan
sampaikan taknak duduk rapat dengan pija

semoga cepat sembuh yea pija
mmmuahhhh


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

TQ Majalah Lisa....kemenangan yang tidak di sangka =)

TAHNIAH Zareena!

Kamu berjaya dipilih menjadi antara dua pemenang bertuah promosi Ulangtahun LISA ke-2. Oleh itu, sila tebus hamper LISA bernilai RM2,000! di;
HPB Press Holding Sdn Bhd, 
21-1,Lorong Setiabestari 2,
Medan Damansara Heights, Kuala Lumpur. 
Waktu tuntutan: 10am-12pm atau 2pm-6pm sahaja. 
Sila hubungi Natasya/Ju 03-20959033 untuk maklumat lanjut.
*Sila tuntut hadiahmu sebelum 06/12/13.

Terima kasih di atas sokonganmu!
Team LISA Malaysia


--tak sangka menang-- 
Alhamdulillah 

korang nak baca ker 
apa story yang ena hantar ke Majalah Lisa nie 
takyah lah malu hehehehhehe 
kena ajak mr.hubby ambil hadiah nie 

hehehhehehe yeayyyyyy
syukur =)


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Adab Memandikan Bayi Ketika Waktu Pantang


Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. 
Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air. 

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR... Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam. Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik. 

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam. 

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya. 

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

 4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi. 

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi. 

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman. 

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat. 

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah. 

p/s: Mak-mak mesti kita dah expert bab nie. Kita yg muda plak kene belajar ^^


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 26 November 2013

Resepi Mudah Macaroni Cheese Tekak Melayu

tajuk entry punyalah dasyat hehehehhe
tekak melayu tu
tak agak-agak kan

sebab adik Sheila Salim ada menanyakan resepi macaroni cheese nie
tu yang merajinkan diri buat resepi nie tepek dalam entry
mana tahu ada sesaper nak buat kan
tapi nie bukan resepi ikut werstern tau
nie resepi main ikut tekak sendiri jea
hehehehehe

--adik Sheila Salim bertanya--
kak ena menjawab hehehehehhe

--macaroni cheese lepas keluar dari oven--
cheese masih mencair lagi

--rupa macaroni dengan cheese diaatasnya--

Bahan-bahan :
-Macaroni : tak kesah jenis yang melenkong ataupun lurus [2 gengam]
-daging hancur
-sayur campur : boleh digantikan dengan cendawan butang
-cili sos 2 sudu
-tomato puri
-4 ulas bawang merah : dihiris
-3 ulas bawang putih : dihiris
-cheese

Cara Memasak :
- tumis bawang putih dan merah sehingga harum
-masukkan cili bos masing sehingga garing
-masukkan daging hancus
-dah garing sedikit daging, masukkan tomato puri
-dah sebati semuanya masukkan sayur campur/butang
-letakkan perasa : garam/lada sulah
-siap

masukkan macaroni yang telah di masak dalam bekas yang boleh masuk dalam oven
parut cheese atas macaroni - parut ikut suka korang nak letak baper banyak [ikut suka tekak]
masukkan dalam oven
panaskan sehingga cheese mencair

siap untuk di hidang
selamat mencuba =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Mohabbatein versi Umar =)

hah dulu suka jea layan citer hindustan
kalau dalam bilik asrama tu macam-macam pelakon hindustan
aku tampal kat dinding tepi katil
dalam loker pun tampal jugak kehkehkehkeh

time tu aku suka gila dengan
shah rukh khan, amir khan, salman khan, hitrik roshan
saif ali khan...
perghhhhhhh memang tangkap leleh la layan citer hindustan nie
siap belakang buku pun tampal hero kesukaan memasing

opsss lupa nak tanya
korang pernah tengok filem mohabbatein nie
pelakon utama shah rukh khan dan aishwarya rai
pastu bapak kepada aishwarya rai nie amitab bachan
pastu ada 3 hero student lelaki dan 2 heroin student perempuan dengan sorang janda
semuanya memang hebat-hebatlah

tetiba lak layan feling hahahahahha
suka dengan tema yang tulis luahan hati atas daun kering tu
memang tangkap cintan la

--para pelakon folem mohabbatein--

hish tetiba jea cerita pasal filem hindustan kan
kenapa
sebabnya umar ada buat gaya shah rukh khan dalam filem tu
masa shah rukh khan pukul gendang tu

jom layan versi umar laks
sila abaikan rumah yang tengah bersepah tu yea
dah hero versi umar nie memang seksi
hanya pakai pampers jea



--hehehehehhe layan jea lah keseksian umar nie yea--

tergelak-gelak kami hahahahaha
gendang guna bakul baju
pemukul gendang guna batang vacuum
habislah vacuum wan dia 
hehehehhehehe

pecah perut kami tergelak tengok peel si umar nie =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

As Salam dan Selamat Pagi Sahabat Semua

wahhhhh cerianya aku hari nie yea
walaupun hujan di luar
tapi jangan mendung-mendungkan mood korang pepagi nie yea

mulakan permulaan hari nie dengan berzikir
istifar
selawat
laillahaillaAllah
Ya wahhab

dan kalau rajin dan mahukan rezeki yang lebih
rajin-rajinkan diri buat solat dhuha yea....

--selamat pagi--
Alhamdulillah dapat menghirup kembali udara pagi nie
Terima kasih Ya Allah 
kerana masih memberikan aku kehidupan hari nie
In Sya Allah akan terus melakukan amal ibdahmu dengan 
syukur kepadamu
Amin

--senyum jea dah dapat PAHALA--
mudahnya Islam
tapi senyum dengan ikhlas yea

Ok jom sambung kerja....



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 25 November 2013

Resepi Mudah Cheese Cake Meleleh

semelam buat cheesecake meleleh
dan up di FB
ramai laks yang menanya macam mana nak buat
sebabkan permintaan yang mahukan resepi
jadi rajinkan diri menepek resepi mudah cheesecake meleleh di sini
semua orang boleh sesama kan

memang sedap
tapi bagi aku dan my family
rata-rata semuanya lebih suka chock moist cheesecake meleleh
yang resepi asal tak dapat sambutan hahahahaha
ok takper aku akan bagi dua-dua resepi sekali kat korang
jangan risau
pilih jea mana satu korang nak pilih yea

--buat dua jenis chaeesecake meleleh--
choc dan vanilla

--perghhhhh kalau sesaper yang diet tu--
beringat skit-skit yea
tinggi tu kalori dalam kek nie hehehehehe
tapi sedap punya pasal lupakan sajer hahahahahaha



Cheesecake Meleleh - Kek Sponge yang biasa

Bhn2 Utk Kek
*100g tepung hongkong/tepung kek
*60g tepung jagung
*1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk/susu cair
75g mentega cair

Cara Membuat
1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
4)Bakar dalam oven pada suhu 160c-170c selama 45 minit @sehingga masak.

Untuk Cream
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream

Mix semua bahan dia atas hingga sebati,
adunan ini memang cair.
(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)

Untuk Hiasan 1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan
1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3)Parutkan cheddar cheese di atas kek.Siap. 


Choc Moist Cheese Cake Meleleh
-2 cwn tepung gandum
-1 cwn koko
-1 cwn milo
-1 cwn susu pekat
-1 cwn minyak masak/olive oil
-1 cwn air panas
-1 cwn gula
-4 bjk telor
-1/2 sudu kecil baking powder
-1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara Membuat
masukkan semua adunan ke dalam bekas
mix kan semuanya sehingga sebati
bakar masak sehingga 30-45 minit..masak sehingga masak

Untuk Cream 
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream

Mix semua bahan dia atas hingga sebati,
adunan ini memang cair.
(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)

Untuk Hiasan 1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan 
1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3)Parutkan cheddar cheese di atas kek.Siap. 


Ok selamat mencuba semuanya
senang jea nak buat
makan masa sejuk-sejuk
memang terangkat
1 bekas pun tak cukup hehehehe


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Extra Tenaga Semalam ~ Rajin Memasak

semalam duduk di rumah jea
mr.hubby bekerja
kami anak beranak lepak di rumah
cuma semalam memang xtra tenaga
dari pagi sempai ke petang tak sudah-sudah aku di dapur

pagi buat breakfast specil skit
macaroni cheese hehehehehe
untuk tengahari buat ikan kerapu masam manis
sambil masak tu sempat lagi buat kek
kek apa lagi yang tengah popular skang nie
kek cheese meleleh la hehehehhe

cuma kesian kat anak-anak lah
seminggu terperap di rumah
tak keluar ke mana-mana pun
takper yea sayang
hujung minggu nie kita keluar jalan-jalan yea.....

--makaroni cheese yang baru keluar dari oven--
nyum nyum nyum sedapnya

--sebab diet kan--
makan skit jea lah
orang kata basahkan tekak jea gitu ahakss
yang tak menahan cheese tulah
sedapnya

--ikan kerapu 3 rasa--
makan masa panas-panas memang sedap
dia punya sampah sarap dalam sambal emmang meriah
macam-macam ada

--petang baru dapat makan cheese meleleh nie--
buat dua perasa vanilla dan choc
yang choc memang cepat jea habis - TERBAIK
vanilla kurang skit rasanya

mr.hubby minta buat lagi
buat banyak-banyak skit
nak bagi akwan-kawan dia rasa
in sya Allah yea sayang
nanti ena buatkan lagi =)

memang hilang segala penat bila mr.hubby puji melangit
hehehehehe suka suka suka

--sedap cakap mr.hubby--
hahahahahahha

--umairah mcm tak suka jea kena rasa kek ibu--
tapi bila dah makan habis separuh kakak makan :)

bestkan bila kita masak
ada orang suka
jadi penat lelah kita berbayar dengan kata pujian suami dan anak-anak


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Vivix Membantu Merawat Pesakit Kencing Manis


= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
PROMOSI VIVIX NOVEMBER 2013
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 
Diabetes adalah penyakit yang sangat merbahaya.Tinjauan Kesedaran Diebetes yang dijalankan pada tahun lalu menunjukkan sebanyak 33 peratus penghidap penyakit diabetes di negara ini tidak pernah melakukan saringan kesihatan.

Apakah itu Diabetes

Diabetes ialah dimana tubuh badan kita mengalami gangguan fungsi metabolisme penyerapan kadar gula didalam tubuh.Hal ini berlaku bilamana sel-sel didalam tubuh kita tidak menyerap insulin dan juga kerana pankreas tidak memproses insulin yang cukup dalam tubuh sehingga mengakibatkan tingginya kadar gula dalam darah.

Secara umumnya penyakit diabetes mempunyai 3 tahap. Tahap 1,tahap 2 dan gestational diabetes atau dipanggil kencing manis ketika hamil.

Secara umumnya ketiga-tiga jenis penyakit ini adalah sangat merbahaya.pencegahan sangat membantu.

Punca penyakit diabetes :

1-Pola makan seseorang 
– bagi anda yang sering memakan makanan yang mengandung karbohidrat secara berlebihan akan meningkatkan risiko terkena penyakit diabetes. hindari juga makanan makanan yang mengandung lemak atau berlemak tinggi, pengambilan secara bersesuaian jangan sampai berlebihan. kurangkan pengambilan makanan yang manis, usahakan minum minuman atau makanan yang rendah gula.
2-Kegemukan atau obesitis 
– Hal ini berkait rapat dengan pola makan, pola makan yang tidak teratur akan menyebabkan kegemukan. timbulnya lemak yang berlebih didalam tubuh akan mengganggu kerja insulin di tubuh kita, dengan tergangunya hormon ini maka timbullahgejala penyakit diabetes. kebanyakan orang terkenaa iabetes disebabkan kegemukan.
3-Usia 
– Dengan bertambahnya usia maka fungsi organ dalam tubuh pun akan mulai berkurangan. sebuah mesin kalau sudah lama juga akan sering mengalami gangguan.
4-kurang bersenam 
– kurang bersenam dan hanya menghabiskan waktu kita untuk bekerja duduk berdiam diri tanpa adanya aktiviti tubuh badan akan meningkatkan risiko terkena penyakit diabetes. semakin sedikit aktiviti yang anda lakukan maka semakin sedikit pula gula didalam tubuh yang terbakar menjadi tenaga sehingga terjadi pengumpulan gula didalam darah dan menyebabkan diabetes.
5--keturunan 
 – Jika keluarga anda ada yang menghidap penyakit diabetes.Anda berisiko terkena penyakit kencing manis, walaupun kebarangkaliannya adalah sangat sedikit anda mungkin akan menghidap penyakit ini di kemudian hari.

Pola pemakanan yang tidak sihat dan tidak teratur adalah penyebab utama berlakunya penyakit ini,Dimana masyarakat moden seperti zaman sekarang memaksa kita mengambil makanan yang cepat dimasak dan mudah didapati seperti makanan di dalam tin atau makan di restoren-restoren tanpa kita menghiraukan risiko yang akan berlaku.Menjaga pola pemakanan adalah kunci menghindari penyakit ini.


Diperkenalkan vivix shaklee dapat membantu menangani masalah kencing manis.
Vivix merupakan satu-satunya suplemen yang mampu menembusi DNA manusia.Sangat bagus untuk merawat 3 penyakit serangkai kencing manis,penyakit jantung dan darah tinggi.Jika anda tahu ibubapa anda menghidap penyakit ini. In Sha Allah vivix shaklee membantu merawat pesakit kencing manis.


Mari kita lihat apakah kebaikan VIVIX ini.

Q: APA ITU VIVIX?

Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi dan anti kanser.

Q: APA ITU RESVERATROL?

Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.
Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.

Q: BAGAIMANA VIVIX DAN RESVERATROL BERFUNGSI SEBAGAI PENAWAR DIABETES?

Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin:

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis.
Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.

2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.

Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.

Q : WAKTU SESUAI UNTUK AMBIL VIVIX?

A : Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum. 1 botol Vivix tahan untuk pengambilan selama 1-1.5 bulan.

Q : BOLEH KE AMBIL VIVIX LEBIH 1 SUDU TEH SEHARI?

A : Menurut kajian terbaru, tidak kelihatan apa-apa faedah tambahan dari mengambil lebih daripada hidangan yang dicadangkan iaitu satu sudu teh setiap hari.

Q : ADAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA DENGAN VIVIX?

A : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional.

Q : PERLU KE SIMPAN VIVIX DALAM PETI SEJUK?

Penyimpanan dalam peti sejuk selepas pembukaan akan membantu untuk mengekalkan kesegaran optimum, warna, dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk.


Anda ingin mencuba, atau mahu hadiahkan kepada mereka yang tersayang??

Jom dapatkan dari Ena
sangat sangat berbaloi-baloi sekiranya beli dalam bulan November nie

sms/whatssap : 0122449373
email : zahriff@gmail.com



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi