Thursday, 21 November 2013

Al-Fatihah untuk Adik Ahmad Ammar

pagi nie tengok link dari mr.hubby tag di FB
memula tak tahu jugak siapa Ahmad Ammar nie
tapi selepas tengok videonya 
terasa air mata mengalir
terasa diri nie nak dibandingkan dengan arwah yang mati syahid
Ya Allah
terasa diri jauh ketinggalan
semoga diri ku nie akan terus menjadi hambamu yang lebih baik dari sebelum nie
Is Syaa Allah
semoga anak-anakku
umairah zahrah dan umar zariff menjadi anak yang solehah dan soleh
Amin

di saat diriku yang masih leka
masih ada lagi anak muda berjuang di jalan Allah
insaf

jom baca sebagai pengingat diri
Allahu Akbar
--arwah anak tunggal lelaki dalam keluarganya--




--video yang membuatkan aku mengalirkan air mata--

--kata-kata akhir dari arwah--
yang sangat-sangat nak mati syahid


"setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.."

-al-imran:185



Terasa gelap pandangan seketika, apabila menerima berita yang sangat menyedihkan. Adinda kami, Ahmad Ammar Ahmad Azam, pelajar tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul, telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ammar kemalangan jalanraya di Istanbul.

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.

Seorang anak yang terbaik kepada kedua ibu bapanya, seorang sahabat yang terbaik kepada kami semua, dan seorang anak muda yang penuh iman di dadanya dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai cita-citanya, bagi berbakti kepada umat.

Semasa di Istanbul, saya meluangkan masa berbincang dengan beliau dan sahabat-sahabatnya yang menuntut di sana, tentang banyak persoalan, terutamanya keprihatinan beliau tentang program pengajian Sejarahnya yang ketiadaan elemen 'Ilahiyat' untuk membentuk pandangan hidup Muslim. Ia penting kerana Ammar bukan hanya mahu menjadi sejarawan, tetapi sejarawan yang jati diri dan dasar intelektualnya adalah ISLAM.

Terlalu banyak persoalan berbangkit. Tidak sempat dibual sepenuhnya. Bersambung sedikit di Ankara. Kemudian berjanji untuk menyambung diskusi di rumah saya apabila beliau dan rakan-rakan pulang bercuti ke tanah air musim panas baru-baru ini. Namun jadualnya penuh. Saya pun begitu juga. Kami tidak sempat berjumpa. Buku-buku yang saya siapkan untuk bekalannya juga tidak sempat saya serahkan.

Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akandikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.

Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.

Impian Ammar, adalah realiti kita.

-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
– Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H –


AlFatiha untuk adik Ahmad Ammar


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

9 comments:

  1. sedih sgt baca cerita ni... Semoga Arwah tenang bersemadi di sana.. Amin. AL- FATIHAH

    ReplyDelete
  2. al fatihah.....moga menajdi contoh kpd anak2 kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin
      semoga anak2 kita menjadi ank yg solehah dan soleh
      Amin

      Delete
  3. sebak jugak tengok video tu semalam.
    bertuah dia kan~
    jauh nye dari kita kalo nak dibandingkan~

    ReplyDelete
  4. beruntung sgt mak dan ayah arwah sbb dpt anak mcm arwah ammar nie.. sweet famili bila ngk dia ngn kakak2 nya dlm gambar tu..

    ReplyDelete
  5. sedih baca kisah ni.. dalam orang duk kalut cerita pasal kisah villa nabila, timbul kisah teladan ni.. Ya Allah.. tenang juga ibu & ayhnya kan..
    saya tersentap rasa, 02 nov dia pergi meninggalkan kita semua.. 02 nov juga tarikh saya nikah & sanding.. dalam kita gmbira, rupanya ada yang bersedih disana..
    moga dia diletakkan di tmpat yang atas di syurga sana..
    al fatihah..

    ReplyDelete
  6. sayu tengok video ni.. menimpikan seorang anak yang syahid di jalan Allah.. hebat didikan mak ayah arwah..

    ReplyDelete
  7. AlFatihah.. tercapai gak hajat n kata2 beliau yg nak syahid kat sana kan..

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi