Thursday, 28 November 2013

Umar Zariff Sudah 3 Tahun

Alhamdulillah
hari nie Umar Zariff
anak ke dua kami
telah genap usianya 3 tahun

terasa kejap sangat anak membesar depan mata
umar yang banyak sangat peelnya
kadang-kadang sangat mencuit hati dengan telatahnya
buat kami tersenyum melihat

bijaknya membuat kami suami isteri sangat bangga
apa yang kami dapat lakukan
setiap solat mendoakan yang terbaik untuk anak-anak yang kami sayang
umairah zahrah dan umar zariff
dua-dua kami sayang
tiada perbezaan dalam memberikan kasih sayang
dua-dua kami sayang tanpa berbelah bahagi

tiada hadiah mahal ibu dapat berikan
tiada kek bertingkat-tingkat ibu dapat berikan
hanya doa setiap selepas doa ibu dapat berikan

semoga anak ibu menjadi anak yang soleh
menjadi anak yang bijak dan pandai
menjadi anak yang hormat orang tua
menjadi anak yang lembut hatinya dan mendengar kata
menjadi anak dapat meminpin ibu di masa tua nanti
Amin

--umar zariff 3 tahun--

--umar zariff 2 tahun--

--umar zariff 1 tahun--

--umar zariff baru dilahirkan--

kamu anak kebanggan ibu
=)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

6 comments:

  1. semoga jadi anak yg baik ye..doa seorang ibu adalah sgt mujarab.

    ReplyDelete
  2. happy bday umah. Smoga menjadi anak yang soleh. Amin

    ReplyDelete
  3. comel nye mase kecik.. dah besar makin hensom pulak.. hepi besday buat umar.. jgn nakal2 dengan ibu..

    ReplyDelete
  4. suka tengok umar.. mata dia.. mulut dia.. cumeyy

    ReplyDelete
  5. happy birthday umar.. jadi anak yang soleh ye..

    ReplyDelete
  6. happy belated besday umar.. tmbam betul umah baru lahir ye kak.. geramnya..

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi