Friday 22 November 2013

10 Koleksi Terunik di Dunia

Setiap orang mempunyai hobi yang berlainan. Ada yang gemar bermain bola, berenang dan lain-lain lagi. Selan itu ada juga yang gemar mengumpulkan koleksi-koleksi seperti stem, barang permainan dan sebagainya. Kini terdapat 10 jenis koleksi yang diikira paling unik di dunia. Koleksi ini dikumpul atas dasar minat mereka semata-mata. Jom tengok gambar di bawah ini.

Dimistris Pistiolas, Athena, Yunani. Memiliki koleksi kamera filem terbanyak di dunia, kamera ini milik peribadinya, Gan. C Dimitris ini memiliki 937 kamera model vintage.

Wang Guohua yang berasal dari China, telah mengumpul koleksi bungkusan rokok sejak tahun 2003. Dia menyimpan bungkusan rokoknya di sebuah bilik di kota Hangzhou, wilayah Zhejiang, Cina. Koleksinya sekarang sudah lebih dari 30.000 bungkus meliputi lebih dari 100 jenama, dan lebih dari 10 Negara.

Lisa Courtney telah mengumpul koleksi patung-patung yang berkaitan dengan Pokemon dan telah dimasukkan didalam rekod dunia pada tahun 2010 edisi gamers. Koleksinya telah mencecah 12113 patung.

Ini gambar di ambil di basement seorang pengumpul, Ron Hood, yang berada di daerah Lewiston. Orang ini adalah pengumpul PEZ (bekas gula-gula) . Ketika ini diai baru memiliki 3000 PEZ, boleh dikatakan masih sedikit.

Seorang petani, Heinrich Kath, memperlihatkan beberapa koleksinya berupa cawan-cawan Beer, jumlahnya lebih dari 20.000. Dia tinggal di Cuxhaven, Jerman. Yang peliknya, dia tidak meminum beer tapi dia suka mengumpul koleksi gelas beer(Mug) sejak tahun 1997.

Valli Hammer, seorang pengumpul koleksi patung getah. Tak ada dari koleksinya yang hampir sama. Memang bukan yang terbanyak di dunia kerana rekod dunianya dimiliki oleh seorang yang berasal dari California. Tapi Valli ketika ini sudah memiliki 2.469 patung. Matlamatnya adalah untuk memecahkan rekod dunia.

Pam Barker yang berasal dari Leeds merupakan pemegang rekod dunia. Dialah pemegang rekod pengumpul koleksi item burung hantu dengan jumlah lebih dari 18.000

Mary Ann Jual dari Cincinnati, memiliki 40.000 gulungan View-Master koleksi peribadinya, dianggap sebagai pengumpulr dunia terbesar di Green Bay, Wisconsin.

Bermula dari rantai kunci yang dibeli di Vietnam (di mana ia berkhidmat sebagai penembak helikopter ketika waktu peperangan) 41 tahun yang lalu. Ron Tyler akhirnya menjadi pengumpul koleksi barang ini di sepanjang kehidupannya.

Sharon Bladgey mengumpul 6.000 boneka santa claus. Belia hanya memerlukan waktu selama 3 minggu untuk membolehkannya layak mendapat rekod dunia.

Perghhhhhh macam-macam jenis koleksi dapat kita tengok kan
korang punya hobi apa plaks
macam ena, ena punya hobi mengumpul FM dan key chain
tak banyak lah lagi
In sya Allah akan ena tunjukkan ke semua kolsi ena setelah berjaya
memecahkan rekod
hahahahhahaha ada hati tu nak pecahkan rekod...

kalau ada teman-teman blogger nak bertukar-tukar
koleksi FM dan Keychain dgn ena
sangat-sangat dialu-alukan :)

berminat untuk dapatkan produk shaklee dari Ena
boleh hubungi ena melalui
sms/whatssap : 0122449373
email : zahriff@gmail.com


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

13 comments:

  1. wah.. paling syok camera tu.. antik2 tau..

    ReplyDelete
  2. wahhh..lepas ni boleh la kalau rasa2 nak tukar FM atau keychain dgn kak na..=D

    ReplyDelete
  3. yang merokok tu banyak betul koleksi kotak rokoknya... agak2 kalau scan paru2 cam mana lah tu Ena...hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya pengumpul nie tak merokok just suka mengumpul jea

      Delete
  4. wahhhh,barang dorang tu dah boleh jualkan !hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorang mesti rasa syg nak jual
      nnti dorang dah mati baru anak2 akan jual hahahahaha

      Delete
  5. zura suka gak kumpul FM, keychain.
    suka kumpul setem dan yang dah lama mengumpul tapi x pernah view kat blog adalah.. zura suka kumpul paper beg. hehhehe

    ReplyDelete
  6. dasyatttt.. siap ada galeri dlm umah tuu

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi