Friday, 30 August 2013

Kulit Wajah Cantik Menawan Dengan GLA Complex

Sticky Post
New Entry Scroll Down
-----------------------------------------------


Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex  merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E yang asli.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan.
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid, masalah jerawat, darah tinggi, kencing manis dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.


Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni

@Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
@Membantu meningkatkan kesuburan
@Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
@Membantu dalam menangani menopus
@Menguatkan kuku dan rambut
@Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
@Membantu menangai ekzema
@Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
@Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
@Menguatkan imuniti tubuh
@Memperlahankan proses penuaan
@Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
@Mengawal kencing manis dan darah tinggi
@Mengawal kolesterol
@Untuk fungsi saraf
@Menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.

Psssttt.. dah ramai yang berjaya HAMIL selepas mengamalkan GLA Complex ni tau..

Berminat untuk buat belian?.
Terus PM atau Whatsapp ke 012-2449373 | Zarena




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saya Berbaju Kurung dan Berwarna Choc :)

untuk entry sebelum nie
aku ada bertanyakan apakah baju dan warna baju yang aku akan pakai
untuk hadiri Event Majalah Lisa
terima kasih pada 11 orang yang meneka dan wish me luck untuk last nite event

tapi takder sorang pun yang meneka dengan tepat
takper nanti aku buat GA simple-simple untuk teman tersayang
aku hanya berbaju kurung untuk ke event nie
macam segan laks nak berbaju lip lap lip lap
sebab aku pergi dari tempat kerja
jadi macam tak sesuai nak masuk ofis dengan pakaian yang lip lap lip lap kan
jadi ambil langkah selamat
pilihan terakhir adalah berbaju kurung :)
selamat untuk semua acara bila memakai baju kurung nie kan

--banner untuk the great event--
acara di adakan di Nando's Ikano
nasib baik perjalanan tak mengambil masa sangat
1/2 jam sudah sampai


--aku yang simple--
berbaju kurung berwarna choc
hehehehheee
idea from mr.hubby

nampak ketara tak muka aku
hahahahahha nasib baik lah semalam bos aku cuti
jadi hilang sekejap dari tempat memang orang tak mencari
selamat...fuh lega sangat..
jadi boleh la touch up skit kat muka aku nie

ok la nanti aku update story apa yang berlaku di acara nie yea
sibuk skang nie..nak closed akaun huhuhuhuh



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 29 August 2013

Bila Besan Berjumpa dengan Besan

ahad lepas family aku datang bertandang ke rumah mak mertua aku
memang last week kami di Sijangkang
pukul 5 lebih baru nampak batang hidung masing-masing
ialah sebelum tu dah beritahu nak datang waktu tengahari
tapi ke petang baru nampak muka masing-masing

selidik punya selidik
adik aku sobri kerja hujung minggu tu
jadi lewat sebab menunggu sobri balik ke rumah dahulu than baru boleh gerak sekali
takper lah asalkan semuanya selamat sampai

umar bila nampak wannya datang
mulalah gedikssss dia sampai
over manja sudahnya

bagi mak aku
niat dia untuk jumpa semua besannya sudah tercapai
memang setiap tahun mak akan datang beraya untuk jumpa besan-besannya
berbeza dengan MIL
mak dan MIL jumpa setahun sekali jea
kalau ada apa-apa majlis baru dapat jumpa
kalau besannya MIL lini dan sobri
memang selalu jumpa
sebab dekat jea rumah :)


MIL aku hidangkan menu yang sangat best
rendang daging
sambal jawa
kuah kari
wah menu yang sangat membuka selera

tapi Lini lebih meratah lauk sambal lauk
memang kesukaan dia...

--Lini dan family--

--adik-adik aku--


--sobri dan dayah--
dayah kini sudah masuk usia kandungan 4 bulan

--mak melayan cucu no.2 nya Pija--

--umar dan babahnya--
di mana sahaja nak bergurau jea
umar penggeli orangnya
kena geletek skit ketawa tak ingat dunia

--mak aku dan MIL--
MIL aku nie memang tak suka bergambar
tapi mak aku laks suka bergambar
jadi abadaikan kenangan mak dan besannya...

semoga tahun depan dipanjangkan usia
untuk dapat berjumpa lagi...






Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Invitation Dari Majalah Lisa

wahhhhhhh bestnya
sebab dapat jemputan dari Majalah Lisa
 untuk Sesi Ramah Raya Bersama Pembaca dan Selebriti Majalah Lisa

petang nie lepas waktu bekerja
aku dan Eikin akan terus gerak ke Ikano
harap akan enjou di event nanti

kenapa kali nie tak bawak mr.hubby laks
mesti korang tertanya-tanyakan
sebabnya event nie untuk diri dan BFF ~ rakan wanita yea
jadi aku ajak la my BFF dari tempat kerja untuk join event nie

hari nie datang ofis dengan baju lip lap hahahahhaha
lawak betullah
--invitation email yang aku terima dari team Lisa--


--my BFF ~ Eikin yang akan join sekali dengan aku petang nie--

cuba teka baju apa yang aku pakai hari nie dan warnanya sekali
kalau ada yang teka betul
pasti ada habuannya
tungguuuuuuuuu :)






Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 28 August 2013

Rakan Sekolah Datang Bertandang

malam tadi terasa kemeriahan
gelak sampai nak cecah telinga dibuatnya
memang best bila rakan-rakan sekolah datang bertandang
sekala sekali bila dapat berjumpa
memang hiruk pikuk jadinya
macam-macam cerita yang timbul
macam-macam cerita yang keluar
bab gelak memang kalah hantu di buatnya..mengilai-ngilai hahahahaha

nie bukan kategori Open House pun
saja jea buat makan-makan untuk rakan
tujuan utama nak laga-laga pipi dan berjumpa sebenarnya
hakikat kami nie semua duduk dekat-dekat
tapi nak jumpa punyalah payah..kalah pak menteri :p

balik kerja semalam macam lipas kudung dibuatnya
tak tukar baju terus jea masuk dapur memasak
nasib baik ada SIL tolong kemas di bahagian ruang tamu
TQ Dayah tolong kak long semalam :)

buat menu simple jea
masak bee hun tom yam
goreng nugget
buat kuih cucur badan dan kuih sira gula
goreng nugget angry bird
itu jea yang termampu aku buat

my bad : my BFF shumie tak boleh nak makan bee hun
ntah macam mana lah aku boleh lupa yang minah nie tak boleh makan makanan yang ada daun limau purut
jadi shumie hanya boleh makan nugget dan kuih jea
huhuhuhuhuhu sorry shumie :(

memang lawak malam tadi
sebab berborak sampai lupa suami..anak dan masa
hehehehhehe dah keluar rumah pun sempat lagi nak berborak
sampaikan mr.hubby angkat kerusi nak bagi kami duduk
amboi amboi amboi perli nampak

TQ shumie..Ida..Suzy dan Imah
yang sudi luangkan masa datang ke rumah aku malam tadi
plan kami lepas nie nak bertenet di restaurant korea laks
sanggup nak ambil cuti untuk berkumpul :)
ok set kan jea masa bila-bila pun boleh

--mr.hubby dan hubby suzy--
memang ramah bila berjumpa
macam-macam cerita diborakkan

--dari kiri : Shumie--
kanan : Suzy
antara yang terawal sampai

--bila berjumpa memang borak tak ingat dunia--
terasa macam budak-budak sekolah dulu jea
mengimbau masa zaman sekolah dahulu
memang menggelikan hati jea


--dalam aku sorok mainan--
umairah bawak keluar semua mainan dia hahahahahaha
jadi aku rasa memang dah macam nusery dibuatnya
dengan mak-mak duduk bersembang
anak-anak berlari sana sini

bab paling lawak : imah takut kucing
hehehehehhe menyakat dia jea lah
barulah tahu si imah nie penakut kucing rupanya
siap anak-anak dia pun takut kucing jugak

kami berlima yang kaki kapochi--
seronok sangat malam tadi

jangan lupa korang plan kita nak keluar sama-sama
harap menjadilah...
persahabatan 20 tahun :)


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 27 August 2013

Kurus dan Langsing dengan Set Budget Shaklee..Sesiapa Mampu Milikinya

bulan Syawal nie pasti Open House sana sini
dan pasti tidak dapat mengawal selera makan
kalau boleh semua yang ada di depan mata nak rasa dan masuk ke dalam perut
hehehehhehhe betul kan

bukan korang sahaja yang alami masalah nie
termasuk jugak lah Tuan Tanah aka aku lah tu hehehehhe
ok tak perli risau akan penambahan berat barat
sebabnya masalah nie dapat di atasi dengan Set Budget aka Set Ekonomi
jadi semua orang boleh miliki set nie
korang pasti tak percaya harga untuk set nie

Jom kita tengok apa yang ada dalam Set Budget nie :

Ini adalah SET KURUS yg paling BUDGET dan paling LARIS..Ena faham kadangkala kita tidak mampu 
nak beli semua produk Shaklee...Walaupun budget tapi ianya masih mampu memberi kesan yg optima..

Manfaat Produk :
Alfalfa
@BANTU Membuang LEMAK dalam badan
@BANTU Menyingkirkan TOKSIN dalam badan

Lecithin
@BERTINDAK sebagai Pemecah & membakar LEMAK
@BERTINDAK dalam Menurunkan kadar KOLESTEROL

BONUS:
*100%semulajadi
* Kulit cantik
* Memekatkan susu badan
* Mengetatkan vagina bagi ibu-ibu
* Bantu atasi masalah keputihan

Banyak kelebihan yang kita akan perolehi selain untuk KURUSkan badan..

Cepat, dapatkan set bajet utk SLIM ni dgn HARGA Yang sangat istimewa..

PM/SMS/Wassap: Zarena.0122449373



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Basikal Baring Di Putrajaya

malam ahad yang lepas
kami lepak sekejap di Dataran Putrajaya
masa nie pun sudah pukul 10 lebih
jadi orang sudah tak ramai..
anak nak berkeliaran pun tak risau sangat
sebab boleh nampak kelibat anak di depan mata

tujuan datang ke sini pun bersebab
nak jumpa dengan Jue untuk ambil Foto FM
sambil menunggu tu sambil membiarkan anak lepas bebas
memang suka la umairah dan umar

sambil aku dan mr.hubby lepak tepi kolam
umar main dekat-dekat kami jea
tapi umairah yang memang berani
slumber jea pergi ke tempat basikal baring ~ aku tahu nama basikal nie sebenarnya
tu aku main bagi nama basikal baring
sebab naik basikal nie kena separuh duduk la..separug baring pun iya jugak
umairah naik basikal tu terus jea slumber badan kayuh jea

amboi amboi amboi
ingat free jea naik
terus la kau dengan mr.hubby pergi ke tempat tu untuk tanya baper charge
ok bayaran ialah RM10.00 untuk 20 minute
pastu umar laks nak naik jugak
kopak duit macam nie
cuma umar kaki dia tak berapa nak sampai untuk kayuh
jadi kami tak benarkan naik..takut kena rantai basikal jea
apa lagi melalak la sebab nak naik jugak

agaknya kesian tengok si bam bam
brother yang jaga basikal tu bagi umar naik basikal tu
special skit sebab basikal tu kecik skit dari yang umairah punya
jadi dapat la jugak
dan lagi best umar tak perlu bayar..bagi Free jea :)
mungkin sebab nak tutup dah kot...
tapi apa-apa pun memang seronok tengok anak-anak dapat bergembira

umairah main memang satu dataran tulah dia pusing
umar laks babahnya kena tengok dan tolak
sebab masih lagi terkial-kial untuk kayuh...
next time boleh la datang bawak anak-anak datang ke sini
tapi Jue cakap kalau malam minggu memang penuh dataran nie
crowded sangat dengan manusia....ooooo

--pemandangan Dataran Putra di waktu malam--
cantik sangat

--masjid Putrajaya--

--umar dan umairah--

--aku dan mr.hubby--

--umairah dengan basikal baringnya--
memang seronok tengok umairah naik
laju jea si kakak nie bawak

--umar yang masih lagi terkial-kial--
mr.hubby kena tolak untuk bagi umar mengayuh basikalnya

--tolak sayang jangan tak tolak--
yang semput mr.hubby bukannya umar
hahahahhaha tergelak aku tengok

--tengok la umairah dah ntah ke mana-mana dia mengayuh basikalnya--
sebab tak ramai orang memang kami nampak kelibat umairah
kalau ramai mesti risau sebab tak nampak kelibat si anak

--yeay best bu naik basikal nie--
umairah bagi komen tentang basikal yang dia naik
sabar jea lah


--aksi umairah--

--aksi umar--

hah korang pernah tengok basikal nie tak
macam seronok jea naiknya
tapi aku tak tahulah orang dewasa boleh naik atau tidak
sebab yang aku nampak malam tu ramai bebudak jea yang naik :)

korang tahu tak nama basikal nie apa
kalau tahu bgtahulah boleh aku betulkan semula nama basikal nie
hahahahahhaha main slumber jea tulis nama basikal baring :p
asal dapat jea kan...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 26 August 2013

Order Photo FM ~ Koleksi Raya

wahhhhhhh suka sangat sebab apa yang dimahukan sudah ada di depan mata
siapa suka yang mengumpul FM ~ Fridge Magnet
sila angkat tangan hehehehhe

skang nie hobi mengumpul FM bukan setakat mengumpul FM di tempat destinasi tempat pelancongan
tapi kini aku telah menggila untuk mengumpul Foto FM laks
emmmmm dari gambar-gambar kenangan tu tersimpan dalam album dan folder
kini aku telah membuat batch by batch untuk koleksi foto FM aku

aku rasa sangat bagus Jue dalam membuat kerjanya
aku order hari Isnin - 19hb
hari ahad - 25hb aku telah dapat order 
baguskan...

Foto FM nie aku order size 10x7cm
order lebih dari 12 keping harganya hanya RM4.50 jea
murahkan..sangat-sangat berbaloi

takder keja sangat
terus aku godek-godek gambar lama terutamanya gambar raya
jadi aku buat photo FM dari tahun 2007 - 2013
wahhhhhh dasyatkan hehehehe

jom layan :)
--gambar raya tahun 2007--
gambar tak clear sangat sebab gambar lama kan

--gambar raya tahun 2008--
tengah preggy kan umairah

--comey tak saya masa mengandung--

--gambar raya tahun 2009--
umairah setahun masa nie

--gambar raya tahun 2010--
tengah preggy kan umar
memang tengah sarat sangat masa nie

--gambar raya tahun 2010--
beraya di Sijangkang
umairah 2 tahun sibuk jea dengan putingnya

--gambar raya tahun 2011--
umairah 3 tahun
umar 1 tahun

--gambar raya tahun 2011--

--gambar raya tahun 2012--

--gambar raya tahun 2013--
raya tahun nie

wahhhhhh meriah kan..
kalau korang berminat untuk order 
sama ada korang sudah design sendiri
ataupun malas nak pikir-pikir nak design
serahkan sahaja pada yang pakar

macam yang aku punya nie
aku serahkan sahaja pada Jue untuk design kan
siap Jue wassap tanya ok ker tidak
setuju terus jea proceed
masa ambil baru bayar
senang jea kan

untuk order : Jue 
sms/wassap : 019-2880276



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Bibik yang Sangat Rajin

Happy Monday uoulssss
amboiiii masing-masing lemau jea nak buat kerja yea
hehehehhe sama jea la ngan diri aku nie
masih lagi duduk termenung depan pc nie

sabtu dan ahad sibuk jea ber'Open House'kan
makan sana makan sini
dah naik tepu lemak di badan nie
bila lah nak berdiet semula nie huhuhuhu

ok korang nak naikkan semangat untuk buat kerja tak
hah jom layan si bibik nie buat kerja
rajin betul la..anak saper la nie :)


--umar menyapu sampah--
rajin sangat sampai bawah karpet pun nak sapu jugak
bagus bagus rajin anak ibu nie :)

sambil makan gula lolipop sambil sapu sampah :)
biasalah umar memang suka berlampin jea
jangan harap la si bam bam nie nak berbaju
lebih suka berHuggies jea :p

--ok sapu jangan tak sapu adik--
nanti ibu upah susu yea...

hah macam mana dah ada semangat nak buat kerja
kita ambil semangat rajin si bam bam nie yea
hehehehehhe

Happy Monday semua...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 24 August 2013

Happy Weekend

wah hari nie sudah hari sabtu
esok hari ahad
pasti macam-macam perkara nak buat hari nie dan esok kan

pasti banyak Open House nak dihadiri
aku sekeluarga akan balik ke Sijangkang
ada beberapa rumah p.cik mr.hubby yang kami tak sempat lagi beraya
In Sya Allah harap hari nie dapat habiskan beraya

esok family aku mungkin nak beraya rumah mertua
jadi perlu buat persiapan 
emmm tak tahu nak masak apa lagi nie...

--selamat berhujung minggu teman-teman semua--

jumpa di hari Isnin nanti
jangan ada yang MC hari Isnin nanti sebab makan terlampau banyak di hujung minggu nie 
hehehehehe ok jada diri yea...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Open House Member GSC ~ Part 3

wahhhhh open house lagi hehehehhe
malam tadi kami member GSC telah di jemput datang beraya ke rumah kak liza 
janji dengan Eikin nak gerak pukul 8pm
tapi aku di rumah pukul 8pm baru nak mandi
hahahahahha mengamuk si mak cik nie :p
pukul 8.30pm baru aku gerak ke rumah Eikin
ambil dia terus gerak ke rumah Kak Liza

kami sampai di rumah kak liza
ramai jugak member GSC yang dah sampai
emmmm datang-datang terus jea la makan
banyak jugak menu yang dihidangkan
ada roti jala..bee hub singapore..kari ayam..nasi impit..kuih raya
wahhhhh tapi aku banyak makan bee hun dan 2 keping roti jala

umairah dan umar emmmm tak pandang pun makanan yang ada
sibuk betul dengan anak monyet belaan family kak liza
geram betul aku tengok
ialah perangai budak berdua nie masa kita nak balik
hah time tu la baru nak makan

tapi aku tetap jugak suap umairah dan umar makan sambil budak berdua tu
layan tengok monyet
hehehehhehe

--kami yang gila bergambar--
tak sempat pun nak bergambar dengan kak liza

--umairah dan umar sudah jumpa jajan dalam bekas kuih raya--
jadi mengunyah gula-gula jea si kakak dan si bam bam nie
biasalah rumah orang buat macam rumah sendiri jea budak berdua nie

tiba-tiba kami buat kerja gila hahahahhaha
memandangkan rumah Nurul berdekatan sahaja dengan rumah kak liza
terus kami berpakat untuk singgah terus ke rumah Nurul
kesian budak nie hahahahaha
tapi nasib baik lah Nurul terima jea kedatangan kami dengan redho hahahahaha

--sempat lagi berposing lepas parking kereta--
dari kiri : kak izan..Ct..Aku..Eikin..

--umairah dan umar--
god boy dan gud girl malam tadi

--amboi amboi umar bila mention nak beraya rumah zahrah--
laju jea nak masuk rumah anak dara Nurul hehehehehe
nutsery tempat aku hantar umairah dan umar sama tempat jugak Nurul hantar anaknya Zahrah
emmmmm umar biasalah dengan aweks
memang gatal skit hahahahaha

--with Nurul--
tengah preggy skang nie
Tahniah

--kami yang serbu ke rumah Nurul--
dalam kami datang serbu macam tu jea
sempat lagi Nurul hidangkan kami dengan keropok lekor dan buah mata kucing

terima kasih kak liza dan Nurul
terima kadatangan kami semua
jumpa lagi open house tahun depan :)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi