Tuesday 6 August 2013

Deliver Kuih Raya Dua Hari Berturut-turut

wah tajuk tak hengatkan
macam banyak jea tempahan yang di terima :)
tapi tetap syukur dengan rezeki yang Allah berikan
Alhamdulillah

lepas la nak bayar duit tol dan minyak nak balik Melaka nanti hehehehhe
sikit atau banyak tetap kena bersyukur
betul tak...

hari sabtu dan ahad lepas
adalah hari aku menghantar tempahan kepada pelanggan
kebanyakkan pelanggan aku adalah antara kenalan aku jugak
seronok dapat bersua kembali
dapat jumpa sekejap tapi tetap terpahat di hati
ada yang jumpa semula selepas 11 tahun tak berjumpa
dasyat kan..hanya jumpa di FB jea
jumpa secara realiti barulah rasa real
depan mata..nak borak panjang pun tak sempat
sebab kejar masa untuk jumpa pelanggan yang lain

hari sabtu pagi jumpa pelanggan area sg.buloh jea
malamnya pergi ke Cheras, Putrajaya dan ke Shah Alam
ahad laks jumpa pelanggan di Banting dan Putrajaya
jadi dua malam bertutut-turut kami lepak di Jambatan Putrajaya :)

--bersama dengan Kak Hana--
bekas rakan sekerja di Schneider

--bersama dengan Amy rakan sebilik masa study di KPM--
berjumpa semula selepas 11 tahun tak jumpa
masih cantik seperti dahulu
seronok sangat dapat berjumpa..

--bersama Nurul adik sepupu--
raya nanti tak dapat nak berjumpa sebab Nurul dan suaminya akan beraya di Kuantan
tahniah sebab sudah preggy :)

--bersama rakan sekerja mr.hubby--
ramai jugak yang order dari tempat kerja mr.hubby

--bersama dengan Eka bekas rakan sekerja di Appco--
berjumpa selepas 7 tahun tak berjumpa
fuhhhhh lama jugak kita tak berjumpa...

tu la buat kuih nie menghubungkan aku dengan rakan yang lama tak berjumpa
sorry korang dapat jumpa sekejap jea
mengejar masa sangat-sangat
In Sya Allah kalau korang jemput aku datang ke rumah
pasti akan terjah
rindu nak borak panjang dengan korang semua...

kepada mereka yang order kuih raya dr Ena
terima kasih yea...
next year sudi-sudilah order kuih raya dari Ena lagi

Zue Tahir
Kay Kamarul
Azhari - Bob
Sya Baharuddin
Lola Mokhtar
Ana
Mukriz
adik sepupu - Nurul, Hafiz dan kak long Yati
SIL - kak mar dan abg amir
rakan sekerja mr.hubby

minta maaf sekiranya ena terlupa nak letakkan nama korang di sini
takut terlupa nak letak..
terima kasih sesangat ...

selamat hari raya Aidilfitri dr Ena sekeluarga :)


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

3 comments:

  1. klu dekat pasti ya pun order.......syukur dgn rezeki yg diberi....

    ReplyDelete
  2. byk la duet kak ena raye nie yer..rezki..

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi