Wednesday, 14 August 2013

Balik Kampung

raya pertama di waktu pagi kami di Kundang
tengahari baru kami berangkat balik ke Melaka
tapi perjalanan balik ke Melaka ambil masa 3 jam perjalanan
memang sakit pinggang dibuatnya
biasanya perjalanan hanya mengambil masa 2 jam sahaja
tapi disebabkan jem di nilai dan di Seremban
terus kematu bontot duduk dalam kereta
emmmmm ramai yang balik kampung halaman di hari raya pertama

kami sampai di rumah Pak Long pukul 3 lebih
terus baring untuk luruskan pinggang
memang keletihan
tapi tak boleh nak buang masa
sebab dalam masa sehari mesti marathon habiskan beraya di semua rumah m.cik dan p.cik
sebab kena bertolak balik jugak ke rumah
tak kesahlah pukul baper habis beraya
sebab raya ke dua nak balik ke Sijangkang
nak lama skit di rumah mertua sebab bulan puasa kami memang tak tidor di kampung
kesian pada mr.hubby dan anak-anak yang rindu pada neneknya


--jalan jem tu start dari nilai--
pengsan kami dalam kereta
nasib baik lah kereta auto
jadi kaki taklah kejang nak tukar gear jea

--hilangkan kebosanan dengan snap snap gambar dengan anak-anak--
pastu kami sambung tidor hahahahahha

--umar pakai kpiah babahnya--
emmmm cute tak saya :)

--nasir di rumah p.long--
terlupa nak bergambar di rumah p.long
kepenatan sangat sampai tak berminat nak bergambar sangat

paling suka beraya di rumah pak long sebab ada rendang kerbau
perghhhhhh memang banyak la makan
sampai 2x m.long tambah rendang kerbau dalam bekas
setahun sekali tu dapat makan rendang kerbau nie
memang terbaikkkkkkkkkkk

puas sudah melantak di rumah pak long
kami gerak ke rumah mak su laks
kat sini kami makan kuih raya jea
memang tak larat nak makan lagi
sudah full house di buatnya

--bergambar dengan mak su--
anak-anak makan buah rambutan
pokok tengah membuah dengan lebatnya

--kami lebih selesa duduk berborak di luar rumah--
sejuk jea..

kemudian kami singgah ke rumah family pak itam
tapi kami duduk di luar jea
ramai sangat tetamu di rumah mak itam
kami lepak jea di luar
dan kebetulan family pak long sampai sekali untuk singgah beraya
jadi kami di luar lebih sibuk bergambar dari nak makan hahahahahaha
borak sekejap dengan mak itam dan pak itam
baru kami gerak ke rumah mak lang laks

--kami lepak di luar jea--
bersama dengan family pak long
nie sedikit jea kalau berkumpul semuanya emmang tak muat dalam gambar hehehehehe

--aku dan lini--
bergambar ala-ala loving gitu
di bawah pokok klapak :)

--yang lelaki sibuk berborak--anak-anak sudah kepenatan tapi tetap maintain dengan berbaju raya--

kemudian kami singgah ke rumah mak lang dan pak lang
cuma masa kami sampai pak lang baru jea keluar beraya
nasib baik masa kami sampai adik sepupu ada di rumah
kami lepak sekejap untuk solat asar dan berehat sekejap
--kami bergambar di luar rumah pak lang--
makin cantik rumah pak lang

--anak-anak sibuk bermain di halaman rumah atuk langnya--
siap kutip mercun bola lagi
buat main-main - takyah risau mercun bola nie bekas jea 


--aku..mak dan nasir--
masing-masing sudah keletihan tapi tetap nak habiskan jugak beraya di semua rumah adik beradik mak

kemudian kami singgah ke rumah mak ndak
di sini kami mandikan anak-anak dan solat magrib dan isyak sekali
siap makan malam sekali di sini
kesian pada pak ndak sebab mata sudah tak nampak selepas buat laser
gara-gara kencing manis
dapat jugak berjumpa dengan anak cham
comel sangat
tak bergambar pun di sini huhuhuhuhu
kelupaan betul lah

anak-anak lepas sudah mandi
lagilah bertambah aktif sebab badan sudah segar
mak pak dia jea yang makin keletihan

kemudian kami singgah ke rumah pak uda dan mak uda
rumah last yeayyyyyyyyyyyyy
berjaya jugak menghabiskan raya di rumah m.cik dan p.cik
di rumah pak uda memang kami beraya lama
di sini kami bertembung sekali lagi dengan family pak long :)

pukul 12 lebih baru kami bertolak balik
yang ikut balik cuma ayah jea
mak dan family lini bermalam di hotel
sebab esoknya nak beraya ke Gemas
tahun nie aku memang tak dapat nak follow mak ke Gemas
sebab tak ambil cuti raya pun
dan hari sabtu mr.hubby sudah bekerja
jadi memang raya ke dua memang kena berada di rumah mertua

--di halaman rumah pak uda dan mak uda--

m.cik dan p.cik aku nie semuanya adalah adik beradik mak aku
semuanya tinggal di 
kuala sg.baru
pengkalan balak
paya pa'abas
alor gayah

tahun nie beraya memang tak berkesempatan untuk cuti-cuti malaysia pun
sedihnya
mr.hubby laks raya ke tiga sudah kembali bekerja
tapi hujung bulan kami sudah plan akan bercuti
suka suka sukanya...

warna warni di hari raya...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

2 comments:

  1. Sakan beraya. Kitorang duk rumah je sebab ramai org dtg tak putus putus..

    ReplyDelete
  2. waaahh.. banyak nye rumah ena pergi.. kalau fifi mau melepek da.. tapi raye tahun ni fifi sempat bercuti ke perlis.. :)

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi