Monday, 12 August 2013

Mencari Itik untuk di masak rendang itik

hari nie sudah kembali bekerja
awalkan..aku rasa ramai yang masih lagi bercuti
betul tak..

ok aku akan marathon buat entry pasal raya
sebelum raya..malam raya sehinggalah berhar-hari raya hehehehhee
jalan raya pun sekali :p

sehari sebelum raya
hari rabu minggu yang lepas
kami pergi ke Kg Merbau Sempak ~ Lorong 7
untuk membeli itik
korang makan itik tak..
kalau ada yang makan pasti akan merasai kesedapan daging itik
lebih sedap dari daging ayam

sebenarnya dari hari isnin lagi mak dan mr.hubby
mencari orang menjual itik
semuanya kehabisan
pergi ke Pusat Ternak Itik di Paya Jaras pun kehabisan jugak
lagi la di situ kena order itik sebelum bulan puasa lagi
perghhhh lagi dasyat

sekali wassap dengan member GSB
sorang rakan ~ idah
berikan no.contact yang menjual itik
masa aku call aku berserah jea
kalau ada dapat la merasa itik
kalau takder makan jea la rendang ayam huhuhuhuhu

sekali dapat call m.cik tu
terus lah aku order itik 2 ekor
minta tolong siang sekali..
hari rabu pergi ke Lorong Gajah 7 pukul 11 lebih
dalam hati harap adalah m.cik tu simpan
nasib baik kami sampai m.cik tu tak jual lagi itik yang aku order
fuhhhh selamat..

--m.cik salasiah nie bukan setakat jual itik jea--
tapi jual kambing, ayam kampung, telor itik
dan susu kambing sekali

--yang berpapan tu lah reben ayam kampungnya--
itik dan kambing di belakang rumah

--mak tengah berborak dengan m.cik salasiah--
macam-macam mak aku nie tanya
sampaikan itik nie makan apa pun mak aku siasat hehehehhee

--itik yang sudah siap di buang bulu--
nak beli itik kena beli itik jantan nila tau
jangan beli itik betina bertelor sebab dagingnya takder

--kami beli 2 ekor itik--
yang beratnya lebih dari 7 kilo
sekilo harganya RM17.00
total kena bayar RM127.00

bila tengok harganya memang rasa macam tak berbaloi jea kan
tapi bagi family aku sangat-sangatlah berbaloi
bila-bila lagi dapat makan rendang itik
makan memang banyak la
sedap tu

kalau ada yang nak beli itik
boleh contat mak cik nie
ada binatang ternakan lain selain itik

m.cik salasiah : 019-6431395
kg.merbau sempak, lorong gajah 7

selamat menjamu rendang itik :)

--rendang itik yang siap di masak--
makan sampai menjilat jari
terbaikkkkkkkkkk




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

4 comments:

  1. nak rasa ckit, x pernah mkn rendang itik :) gulai telur itik selalu ler.. hihi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt..

    Fuhhh mmg terbaiklah kak daging itik..mmg sedaaappp! terliur dh nih...

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
  3. xpernah mkn..bw la ke opis..hehe..

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan rendang itik.. tapi daging itik pernah makan..

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi