Monday, 19 August 2013

Open House Sana Sini

Open House hari Jumaat yang lepas
lepas magrib terus gerak ke rumah mak mertua adik lelaki ~ Sobri & Dayah
kami pergi dua buah kereta
mak dan ayah sebuah
dan kami sekeluarga sebuah
open house nie hanya untuk kami jea hehehehehhe
jamuan makan untuk ahli keluarga sahaja

kami dihidangkan dengan Mee Kari
rasanya last week dua kali aku makan mee kari
hari selasa di rumah Lini
dan hari jumaat di rumah adik ipar
emmmmm memang menu simple untuk open house kan

sambil makan sambil borak
tapi mak dan ayah yang lebih boraknya
aku tak reti nak berborak apa :)
dengar sahaja orang tua berborak

--besan mak dari kiri..kakak dayah dan mak--

--bapak dayah dan bapak aku--
masing-masing melayan Anugerah Lawak di astro
gelak sakan memasing

--kami bertiga--
Dayah..Lini..Aku

--aku dan mr.hubby--
anak-anak memang tak sempat nak bersnap
lebih sibuk bermain di luar
sakan masing-masing berlari di halaman rumah yang luas


------------------------------------------------------------------------------

hari sabtu aktiviti memang padat dari pagi sehingga la ke malam
pergi yang mana sempat sahaja
nak pergi ke semua rumah memang tak dapat lah
sorry pada teman-teman yang ajak datang ke rumah
tapi kami tak dapat datang, memang tak sempat nak datang
mengejar masa ke sesuatu tempat sangat la sengal
sebabnya jalan jem teruk
banyak habiskan masa di atas jalan raya dari di rumah kawan-kawan
tension betul di buatnya

sabtu tengahari pergi dahulu ke kenduri kahwin teman mak
makan kenyang-kenyang barulah balik rumah
rilex dan kemas apa-apa yang patut
petang baru gerak ke Open House, rumah teman-teman

--umar bergaya sakan spec pak chunya--
dapat tahu pak chunya habis la hehehehhee

--umairah tak makan pun--
sebab sudah bersarapan roti canai dua keping dengan babahnya
lebih banyak minum air jea

--mak dan cucu bongsu--
yea la cucu bongsu
next year comin soon.. cucu akan bertambah :)
In Sya Allah

--mr.hubby yang MC pada hari sabtu lepas--
semalaman tak dapat tidor gara-gara sakit gigi
lepas subuh jea teman mr.hubby pergi klinik untuk dapatkan ubat tahan sakit
cian sangat dengan mr.hubby

--gaya kami yang sama--
uwaaaaaaaa sejak raya nie jerawat di muka naik dengan berjaya sungguh
agaknya sebab makan macam-macam tu yang jerawat naik dengan sewenang-wenangnya
geram betul lah

---------------------------------------------------------------------

petang baru gerak ke rumah teman-teman
1st haouse kami serang ke rumah Ain
konvoi sekali dengan Syikin
sesat jugak di buatnya mencari rumah si Ain nie
nasib baik la dengan berkat kegigihan nak datang jugak
sampai jugak ke rumah minah nie :)

sampai di sana kebetulan ramai jugak yang sampai sekali
hehehehehehe jadi makin meriahlah suasana di rumah Ain
dengan di konker oleh member-member GSC :)

--suka tengok anak-anak kak ayu--
sedondon jea sekali pandang macam twins jea :)

macam-macam hidangan disediakan
pilih jea nak makan apa
aku cuma makan roti jala dan ratah begedil :)

--sebelum balik sempat lagi bergambar di luar rumah--
TQ Ain menjemput kami semua datang beraya ke rumah
Ain yang Free Hair tu...

--Apa umar berpampers jea--
geram betul aku dengan si bam bam nie
tengah makan-makan tu
aku hanya nampak umar sudah berpampers jea
tanya kenapa buka seluar
"uwar cah"umar
translate : seluar basah
emmmm umar memang macam nie lah perangainya
kalau baju atau seluarnya basah memang dia akan buka
walaupun basah skit tetap akan di buka

geram sungguh lah
seluar dia basah hujung seluar jea
jadi masa dalam rumah Ain tu
umar hanya berpampers jea la
malu betul dibuatnya...
sabar jea lah

selepas rumah Ain
kami terus gerak ke One Utama
ada event yang kami nak hadiri
yang nie nanti aku update next entry yea :)

--------------------------------------------------------------

selepas balik dari One Utama
call dulu kak hana
boleh datang lagi ker
sebab masa tu sudah pukul 9.30pm
bila kak hana cakap boleh jea lagi
terus kami menuju ke Permatang Pagar
siap tanya direction lagi nak ke rumah kak hana ~ 1st time nak datang :)
emmmmm nasib baik tak sesat
sebab jalan dia tak belok-belok
straight jea...

menu yang dihidangkan ada laksa dan nasi impit di makan dengan rendang daging
sedapnya
dua-dua aku tibai
hahahhahahaha masa nie memang tengah lapar sangat
semua benda nak rasa :p

--dengan kak hana masa kerja di Schneider dulu--
orangnya sangat la ramah
wahhhhhhh anak bujang kak hana sangat lah handsome hahahahaha
amboi dah berkenan dengan anak bujang orang nampaknya...

sorry pada Erid dan Khair
tak sempat nak datang ke rumah korang
nak datang lepas pukul 10 lebih
takut korang halau dengan penyapu jea nanti
hehehehehhe

hah ada saper-saper nak jemput Ena datang ke rumah...
sila kan
In Sya Allah akan datang
tapi tu lah jalan jem sangat la
semua orang nak pergi ke Open House kan...






Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

3 comments:

  1. wah.. meriah dengan open house.. fifi last weekend tggu org dtg rumah je..

    ReplyDelete
  2. bizi betul kak ena ngn open house..best2..

    ReplyDelete
  3. fuh!
    berjln2 sungguh ko ni
    ahahahha
    raya thun ni sederhana jekan tpi penuh org buat openhouse
    alhamdulillah

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi