Thursday 18 July 2013

Oreo Cheesecake Tanpa Bakar

petang semalam sambil memasak untuk juadah berbuka
sempat lagi curi-curi masak untuk buat cheesecake untuk orang mengidam
kesian laks pada SIL sebab teringin nak makan Oreo Cheesecake
sebab aku niekan SIL yang baik hati
buatkan jea lah

msg SIL untuk belikan bahan-bahan
aku cuma tolong buatkan jea
kali nie aku buat Oreo Cheese cake tanpa bakar
resepi yang sangat mudah
pejam mata pun boleh buat hahahahahaha
sila jangan percaya :p

apa lagi jom kita buat...

Bahan-bahannya :
  1. 2 paket biskut oreo
  2. 1/2 butter yang telah dicairkan [aku cairkan dalam microwave jea]
  3. 250g cream cheese [aku guna philadelphia] 
  4. 200g whipping cream
  5. 1 cawan susu full cream [kalau takder susu boleh guna yogurt asli]
  6. 1/2 cawan gula kastor [kalau takder korang blend jea gula pasir biasa tu]
  7. 1 sudu besar esen vanilla [aku guna 1 penutup esen vanilla jea]
  8. 2 sudu gelatin
  9. sedikit air panas

 cara untuk membuatnya :
  1. 1 setengah paket orea dihancurkan [asingkan cream oreo]. aku hanya ketuk jea oreo tu dalam plastik untuk hancurkan. sudah hancur, gaulkan dengan butter yang telah dicairkan, gaul sehingga sebati [sampai boleh kita kepam dengan tangan seperti doh]. tekankan oreo tadi ke dalam bekas, tekan sehingga mampat, boleh simpan dalam fridge untuk sejuk sebentar.
  2. dalam mixer bowl, masukkan cream cheese dan gula - pukul sehingga kembang
  3. masukkan whipping cream - pukul sehingga kembang
  4. masukkan susu segar - pukul sehingga kembang
  5. masukkan sedikit esen vanilla
  6. kalau suka boleh masukkan sedikit oreo ke dalam adunan [ambil sedikit oreo dan blend]
  7. di dalam bekas yang lain masukkan gelatin dan sedikit air panas. kacau sehingga sebati dan gelatinnya larut. masukkan larutan gelatin ke dalam adunan dan kacau dengan perlahan-lahan.
  8. keluarkan oreo di dalam fridge, letakkan adunan di atasnya, sapu rata. susun oreo di atas adunan [kalau nak lebih sedap lagi letak serbuk oreo sekali], selepas tu letak lagi adunan cheese di atas lapisan oreo..buat selang selikan.
  9. siap simpan dahulu di dalam fridge selama 4 jam sebelum makan.
  10. sedap di makan waktu sejuk-sejuk.


--aku masukkan oreo di dalam plastik dan hancurkan guna batu lesung--
sebab taknak hancur sangat
nie untuk base 

untuk oreo dimasukkan ke dalam adunan
aku blend sebab nak betul-betul jadi serbuk

--siap sudah oreo cheesecake tanpa bakar--
tapi aku tak makan pun
buat untuk SIL kan
harap dia dia suka
dan baby dalam perutnya pun suka eheh

--nie gambar yang di tag oleh SIL malam tadi--
emmm licin dia sorang jea makan

-- SIL - hidayah--
muka makin berseri-seri skang nie sejak preggy


--mak buyung mengidam--

semoga selamat semuanya :)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

30 comments:

  1. untunglah ada orang buatkn...mesti sedap...

    ReplyDelete
  2. cm senang jer nk buat yer..tp x th la klu fiza wat jd ke x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sng sgt nak buat fiza
      klu fiza buat mesti jd jgk
      sbb fiza buat apam pun jd jea
      nie lg kuih yg tak payah bakar
      lg la fiza blh buat punya

      Delete
  3. sedapnyer, meh sikit. sy pon ngidam gak ni..hohohoo

    ReplyDelete
  4. Untungnya dpt kakak ipar cam ena ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehheheheh klu nad ddk sblh umah ena
      blh jea bg sepiring kat nad eheh :)

      Delete
  5. biar betul xyah bakar ni.. teringin nak buat jugak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul tak payah bakar
      sng sgt nak buatnya

      Delete
  6. mcm senang jek kan.. bleh try ni

    ReplyDelete
  7. senang je nak buat kan...licin ye mak yung mkn...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..

    Hahah senang ni..tp kalau sofia tak sempat buat semua biskut tu makin susut dulu..penyudahnya kang mmg tak jadi cake hahaha

    regards,
    Unsmiley

    ReplyDelete
  9. bertuah adik ipar ena.. dapat makan kek yang di idamkan~ air tangan kakak plak tuh.. mesti lah lagi sedap kan~

    ReplyDelete
  10. ena ya pun ngidam gak nie.....heheheheheheh

    ReplyDelete
  11. rajinnya kak ena buatkan tuk orang mengidam.. :)

    ReplyDelete
  12. Salam sis . Nk tanya . Kalau blender je filling dia tu boleh tak?tak payah pakai mixer bowl tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya pki mixer supaya semuanya sebati dan cheesenya jd kembang

      Delete
  13. Salam sis.. Nak tanya ni.. Kalau kite blender je yg filling tu boleh tak? Tak pyh pkai mixer bowl tu .. :)

    ReplyDelete
  14. alamk.. gelatin tu nak cari kat ne

    ReplyDelete
  15. Gelatin tu sng kew nk crik..kat supermarket mmg ade eh...x pernh tau bhan yg pelik2..slalu wat kek butter jer..hihi

    ReplyDelete
  16. Akk gelatin nk tauk bape sudu dlm cawan and digaul dngn bpe air Panas?

    ReplyDelete
  17. Akk gelatin nk tauk bape sudu eh?.

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi