Wednesday, 19 June 2013

5 Tempat Popular Untuk Honeymoon di Malaysia

Eh! naper tetiba nak update cerita tempat honeymoon nie eheh
ialah cuti sekolah baru jea lepas kan
confirm ramai pasangan baru kahwin
confirm ramai yang tengah search tempat yang menarik untuk pergi berbulan madu
betul tak..ala tak semestinya orang yang baru kahwin jea boleh pergi Honeymoon
kita yang sudah kahwin bertahun-tahun nie pun digalakkan untuk pergi Honeymoon
pastikan anak-anak ditinggalkan yea..baru best nak Honeymoon
ada chance nak tambah anak tu hahahahahahha

ok jom kita lihat apa kata survey
5 Tempat Popular yang menarik untuk Honeymoon ialah :

1) Cameron Highland Pahang

wah siapa tak suka tempat yang sejukkan..tempat untuk memanaskan badan hehehehehhe
memang sesuai untuk beromantika di atas nie..macam-macam aktiviti boleh dilakukan
Boleh pergi ke Ladang teh, ladang strawberry, ladang bunga, ladang sayur-sayurang..
sambil berjalan-jalan sambil berpegangan tangan sambil mulut makan buah strawberry, memang romantik.

2) Pulau Langkawi, Kedah


Langkawi memang tempat menarik untuk dikunjungi..pada mereka yang nak privasi
boleh menginap hotel mengadap laut..dan boleh buat pelbagai aktivi berdua di pantai
tanpa ada gangguan dari orang lain.sebelum balik jangan lupa untuk singgah ke Kuala Kuah 
untuk membeli pelbagai jenis kraf untuk hiasan di rumah.

3) Pulau Redang, Terengganu

Pada mereka yang cintakan aktiviti menyelam, Pulau Redang adalah tempatnya.
Aktiviti menyelam boleh dilakukan di pulau-pulau kecil berhampiran pulau redang.
Berjalan kaki di pasir pantai yang putih dapat menghangatkan percintaan orang yang
baru berkahwin.


4) Genting Highland, Pahang


Percutian ala Disneyland, pada mereka yang sukakan aktiviti mencabar,
Genting Highland adalah tempatnya. Boleh menaiki roller coaster bersama
pasangan untuk melihat sejauh mana tingginya pasangan bercinta..

5) Bukit Tinggi, Pahang

Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort adalah tempat sejuk yang amat sesuai
untuk pasangan baru berkahwin.
Tempatnya yang seakan berada di luar negara, dengan reka bentuk bangunannya
amat menarik.


ok cha yok cha yok
pada mereka yang tengah mencari tempat untuk Honeymoon
semoga info nie berguna untuk pasangan di luar sana :)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

4 comments:

  1. bestnya kak.. saya tingin nak ke langkawi..tp terlaksana ke tak ntah nti..hihi
    bukit tinggi pun best je.. cameron dah jemu pula..

    ReplyDelete
  2. Kita dulu pi honeymoon Cameron Highland. Hahah.. Sampai skrg duk honeymoon tak sudah!

    ReplyDelete
  3. kawin 2tahun lepas takda p pun honeymoon kat mana2. sabo ja lah. teringin sangat nak p langkawi tapi tu la, janji manusia. waaaaaaaaaaaaaaaa -_-

    ReplyDelete
  4. Semua tempat tu dah sampai...especially Cameron dan Genting...
    Cameron ni ondaway balik ke Temerloh sure singgah one night kat sana...hahaha...kdg2 camping kat sana...
    Genting msa student dulu ..kerap la naik...naik bas dia...best jugak...

    Pulau Redang nak pi tp tggu anak2 besar dulu...

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi