Saturday, 22 June 2013

Pantai Saujana Port Dickson

amboi cerita pasal Pantai lagi
kali nie Pantai Saujana laks
sebelum nie cerita pasal Pantai Kg.Kuala Sg.Baru
boleh view di sini 
perjalanan pulang kami ikut jalan PD
mak ajak makan dulu
memandangkan sebelum balik dari rumah pak long
mak sempat beli udang galah 2kilo ~ RM40.00 [murah gila kan harganya]
udang memang besar gila
besar tapak tangan

mak minta singgah mana-mana kedai minta tolong masakkan udang
1st kedai kami singgah
tanya minta tolong masakkan udang
terus jea pekerja di situ, cakap tak boleh masakkan
kalau cakap baik-baik takper nie cara cakap memang kasar ~ berlagak sungguh
2nd kedai tanya ~ teragak-agak taukey kedai tu nak terima
aku cakap la tak kesah nak charge berapa pun kami bayar jea
pastu dia cakap ok
kami minta masakkan udang berlada dan udang goreng kunyit

sambil pekerja kedai masak menu yang kami order
aku, mak dan lini berjalan-jalan di sekitar kawasan
sedert dengan kedai-kedai jual FM dan barang hiasan yang lain
emmmm apa lagi memang memborong FM PD la di sini
mak aku memang dah menarik tangan kami dua beradik
sebab masing-masing dah kemaruk dengan FM hahahahahhaha
nie antara FM yang sempat aku beli masa di situ

Pantai Saujana nie korang tahu tak mana lokasinya
mudah jea
lepas roundabout ambil arah jam pukul 12 [kalau dari Pantai Klebang]
yang sebelah kanan ada Petronas
jalan terus jea
sampai jumpa Baden Bundle
hah area situ la Pantai Saujananya
nampak banyak gerai-gerai tepi jalan
Pantainya tepi jalan sahaja
banyak wakaf disediakan untuk orang ramai beristirehat
dan kawasan pantainya memang luas
sesuai untuk buat aktiviti main layang-layang

tapi kami datang waktu malam
jadi suasana gelap sedikit
masa kami pergi ke tepi pantai
ramai jea orang mandi [hish tak sejuk ker mandi waktu malam nie]
couple memang ramai la berdating tepi pantai nie emmmmmmm
jangan buat maksiat sudah - tapi kalau duduk sudah berdua emmmmm
fikir-fikirkan lah orang ketiga siapa kan? 

--Suasana Pantai Saujana ketika waktu siang--
view memang cantik
nak lebih info boleh klik di sini
memang sesuai untuk buat aktiviti berkeluarga


--nie view waktu malam--
sejuk dan damai jea

lepas siap menu yang kami order
kami pergi lepak di wakaf
makan di situ jea
m.cik kedai tu charge RM10.00 jea
untuk upah masak dan guna bahan di kedainya
terima kasih m.cik

--udang berlada dan udang goreng kunyit--
dengan angin sepoi-sepoi bahasa
memang sedap la makan
masing-masing pun memang tengah kebulur
jadi apa yang terhidang depan mata memang semuanya nampak menyelerakan
balun semuanya masuk perut
sedap gila m.cik tu masak :)

--muka-muka yang kelaparan--
pastu ada lauk dari rumah pak long yang kami hidangkan sekali
acar buah
kari melaka 
Alhamdulillah kenyang perut

lepas makan umairah ajak pergi pantai
aku ajak mr.hubby temankan
sebab yang lain malas nak pergi ~ masing-masing sudah kepenatan
tapi mr.hubby taknak pergi laks
aku merajuk di situ
"takper taknak teman, nanti isteri syg nie kena culik, tanggung sendiri"aku
terus pimpin tangan umairah pergi ke pantai
umar ikut pak chunya main di playground

--kami berdua--
lapang sangat kawasan tepi pantai nie

tapi tengah snap-snap gambar
mr.hubby datang
eheh takut jugak isteri dia kena kidnap :p

--sentap sekejap pastu ok semula--
gambar lepas sentap
betul kata Fifi..lepas gaduh lagi romantik hahahahahhaa
bergambar siap dukung lagi
nasir siap nak muntah lagi hahahahahha
jangan nak muntah yea :p

--sejuk sangat kami terus naik semula ke atas--
lagi laks waktu tu sudah pukul 10pm
tapi orang ramai jea lagi di area pantai tu

memang seronok lepak tepi pantai waktu malam
sejuk sangat
marah-marah sayang adalah resepi kebahagian dalam rumahtangga
betul tak :)




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

6 comments:

  1. besar nyer udang.. murah pulak tu..best2.. sape x sayang bini oi.... hehe...

    ReplyDelete
  2. memang besoo udangnya! org kedai yang first tu jeles kot udang korang beso.. tu yg dia tak mau masakkan tu. hahah..

    btw, hari tu masa pi pulau, ain pun duk atas dukung cik abang ms nak turun bot, pastu dia lepaskan aku... terduduk kot jatuh kat pantai.. sakit bontot gua!

    ReplyDelete
  3. seronoknya.... makan besar ni...

    ReplyDelete
  4. wah...syoknye jenjalan kat pantai...then makan reramai...cantik view pantai kat situ ye..

    ReplyDelete
  5. besar udang tu.. nak jugak.. beli kat mane? hihi.. sokong tu.. bile da baik mesti romantik.. :)

    ReplyDelete
  6. sonok gak gaduh2 manja ni......

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi