Wednesday, 5 June 2013

Cuci Mata punya Pasal

lunch tadi memang kelam kabut dibuatnya
makan memang terkocoh-kocoh
nasib baik tak tercekek jea
sampai di the store punya lah susah nak cari parking
susah sangat nak cari di bahagian bawah terus jea naik parking atas
tu pun susah jugak nak dapatkan parking
last-last parking haram jea
main parking belakang kereta orang lain
nasib la..

memula di ofis plan nak makan Pizza
tapi sampai di the store pun pukul 1.30pm
nak makan pizza apanya
sebab dari tingkat 2 jadi sebelum turun ke bawah tu
sambil jalan sambil stop
sebab nampak baju-baju dan tudung-tudung yang berkenan di hati
tu yang menjadikan lambat lagi untuk makan

kebanyakkan stall dan kedai sudah jual baju raya
emmmm tahun nie memang fesyen peplum menjadi pilihan
termasuk la aku
rambang betul mata aku tengok
semuanya cantik-cantik belaka

pastu nampak laks satu kedai nie jual baju peplum set dengan seluar
dengan harga RM29.00 sahaja
murah gila kan
try la cuba memang cun la
cuma sebab kerja masa mungkin esok la kot nak rembat
hahahahahhaa

last-last malas nak pikir sebab kesuntukkan masa
pilihan untuk lunch hanya la KFC
cepat..mudah dan sedap
pastu berat badan naik jangan nak membebel yea Pn.Zarena :p

--snack plate pilihan hati--
menci tau memula nak order set A
tak ingat nama set tu apa
yang dalam dia ada nasi, cebisan ayam dan ada gravy jagung
harga baru RM4.90
tapi bila budak crew tu cakap kena tunggu 10minit untuk goreng cebisan ayam
emmmm terus cancel
ialah mana boleh tunggu nanti masuk lambat ke ofis
[padahal memang masuk lambat pun]
hehehehehhe bos sila jangan marah yea
jadi takder pilihan order jea snack plate

--aku dan Eikin--
sama jea menu pilihan kami ~ snack plate

--Hafiza memilih menu twister--
kalau aku makan set fiza nie confirm pukul 4pm aku sudah kebulur semula
seyes lapar beb
mula la mencari stock biskut kering dalam kabinet
kehkehkeh dah jadi macam kucing laks

lagi satu hal
masa nak balik
menuju ke lif macam biasa untuk naik ke tingkat 3
last-last tengok ada notis tampal beritahu lif rosak
sengal!!!!!
jadi terpaksa la naik tangga sehingga ke tingkat 3
fuhhhhh memang hilang terus lemak tepu yang aku makan tadi
skang nie pun dah lapar semula
confirm sampai di rumah nanti
terus serang tudung saji hahahahahha

macam-macam hal lunch tadi
seyes tak suka...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi