Monday 24 June 2013

Bacaan IPU Jerebu Terkini

Jerebu :
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan


--pemandangan dari ofis--
memang gelap jea pemandangan
terasa baru pukul 7am 
padahal masa aku snap gambar nie waktu sudah pukul 9.30am

hari nie semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur dan N.9
diarahkan tutup
bukan sekolah sahaja yang tutup
tempat nursery umairah dan umar pun tutup
terpaksa mr.hubby ambil cuti hari nie
aku nak cuti tak boleh sebab ada kerja yang perlu disiapkan
kalau esok nursery still tutup jugak
terpaksa aku laks yang kena ambil cuti huhuhuhuhu

pagi tadi tengok Indeks IPU di Jabatan Alam Sekitar
menunjukkan catatan IPU di selangor antara yang tertinggi
Pelabuhan Klang menunjukkan bacaan IPU 296
kalau korang nak tengok lebih details
boleh klik di sini

--nilai IPU dan indeks bacaan
lebih 301 memang bahaya
semalam bacaan di Muar memang tinggi
lebih dari 700


--bacaan IPU di dalam Malaysia--

harap Jerebu akan cepat hilang
harap hujan akan turun dengan cepat

kesian pada anak-anak
sebab tak boleh nak main di luar
terkurung di dalam rumah sahaja

untuk info mengenai IPU Jerebu
korang boleh view di sini
jangan lupa pakai mask yea...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

7 comments:

  1. alhamdulillah..jerebu di pasir gudang dah berkurangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap semakin berkurangan lagi hari nie..
      jgn lupa pakai mask

      Delete
  2. seelok2nya pakailah mask. mencegah tu lbh baik dari merawat. saya yg tgh preggy ni pun risau je. semoga Allah mendengar dan memakbulkan doa kita. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu mencegah lebih baik dr merawat
      bykkan minum air kosong yea

      Delete
  3. ya pun cuti...tp cuti sekolah ni kena ganti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kena ganti semula tu yg lemah jea kan

      Delete
  4. sesak nafas bile kuar dr opis td.. rs cm mls je nk g kje esk..hehe...

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi