Monday, 11 March 2013

Umar Demam

Jumaat lepas sudah menampakkan umar akan demam
aku cuma berikan ubat demam dalam fridge kepada umar
memandangkan sabtu nak balik ke Melaka
siap-siapkan packing baju

tapi dalam pukul 6.30am
rasa dahi dan badan umar semakin panas
letakkan cool fever tapi tu pun bertahan sekejap sahaja
umar taknak ada benda di dahi dia
walaupun letak kain basah tetap taknak
kalau letak jugak..confirm ko kena penampar dengan si kecik tu

pukul 7am - sabtu lepas
aku dan sayang bersiap-siap
bukan bersiap-siap untuk balik ke Melaka
tapi bersiap untuk pergi ke klinik

umairah ikut wannya balik ke Melaka
last minute terpaksa aku cancell untuk follow mak balik ke Melaka
jadi mak, umairah dan nasir ke melaka
jadi driver Sobri

umar jadi manja yang super duper manja
meregek jea sepanjang masa

umairah cium adiknya sebelum pergi ke Melaka
sebak laks bila anak nak berenggang 

di klinik berpeluk dan bergayut sahaja dengan babahnya

suhu 40 ~ tinggi tu
kena masuk ubat bontot
dalam perjalanan balik ke rumah
terus terlelap

sayang pergi kerja
jadi hanya aku dan umar sahaja di rumah
kesian aku kan..meguruskan anak-anak sorang di rumah

bila umairah takder di rumah memang jadi sunyi
rindu sangat nak dengar si kakak berceloteh
rindu nak berkelahi dengan si kakak

si adik asyik menanya jea
"bu..kak ner"umar
"kakak balik kg dengan wan, esok jumpa kakak yea"aku
"bu cal kak"umar
sehari nhtah baper kali kena call sobri untuk bercakap dengan umairah
emmmm bila adik dan kakak berjauhan asyik nak call jea
cuba depan mata asyik bergaduh jea

hari ahad umar sudah baik demamnya
hari sabtu tu memang aku pantau sebaiknya demam umar
risau sangat-sangat bila anak tidak sihat
jadi hari sabtu tu memang penumpuan yang sepenuhnya kepada umar
umairah bergembira di kg...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

1 comment:

  1. kalau ada depan mata, bertumbuk.. kalau takde, baru cari kakak!

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi